Tuesday, May 25, 2010

kenapa aku suka pada nya.



1.

hi. lokasi sekarang berada di lapangan terbang bayan lepas. menunggu flight.flight esok. sah - sah la letih.

2.

setelah tamatnya pertandingan debat terbuka arau, (mungkin juga pertandingan kali terakhir remy menyebabkan remy amat gigih untuk berfikir, bila lagi remy jumpa kawan2 debat remy lagi.) bukan sekadar kawan. tapi DIA .yang remy suka. remy jatuh cinta. kali PERTAMA.(serius)


3.

kenapa remy suka pada nya? erm.. perlu tak jawab soalan sebegitu? bukan ape, kalau kita menilai bentuk soalan 'kenapa kita suka pada nya?', sebenarnya kita telah mendiskriminasi manusia sebenar nya. kan? sebagai contoh, jawapan nya, saya suka dia sebab mata nya sepet, dia baik, ada karisma, dan sweet.(contoh ye . rda, kalau baca entri nieh, diam2 jew ok! hehe) makna nya manusia yang tidak memiliki ciri2 tersebut menyebabkan mereka tidak ada peluang untuk memiliki anda. kan?


4.
tapi, kalau remy jawab soalan cam tuh , jawapan remy pun pasti akan berbentuk mendiskriminasi seseorang. hue~ tapi, adakah ianya menafikan hak untuk kita memilih siapa yang kita suka? (berfikir sekejap)entah la.

5.

hari ini, (sejak mengenali dia sebenar nya) remy suka pada nya. selalu untuk remy menafikan keadaan itu, pelbagai usaha, dilaku kan.. tapi semakin kuat untuk remy melupakan dia, semakin kuat perasaan suka pada nya hadir. entah kenapa. dia masih tak mengerti. hati amat sengsara ( mati la madah bagai)lantak lah. remy berhak.

6.

erm... entah la.kekadang remy masih tertanya2, kenapa suka pada nya. apa ciri - ciri ekslusif yang ada pada nya sehingga jatuh hukum remy suka pada nya? tak ada. tapi remy kekal suka pada nya.kekadang timbul persoalan, pernahkah dia menyukai remy?


7.
kali ini, remy jumpa dia juga. remy masih suka pada nya. remy kekal suka pada nya. remy sayang dia. remy cintai dia. dia yang pertama. dan selama nya. remy suka pada nya.suka.

8.

siapa kah dia? dia tahu siapa dia. :)






p/s -tahniah rda, anas, mizi and leya!!! gud job~

Sunday, May 16, 2010

Kenyalang Debate Open ( kisah cerita nya)

1.
hi , seperti mana yang dijanjikan, kali ini remy nak cerita kan sedikit berkenaan dengan satu aktiviti yang telah di anjurkan UNIT DEBAT UiTM cawangan Samarahan, SARAWAK. yakni, KENYALANG DEBATE OPEN.

2.
maaf lah andai teknik penceritaan remy nie tak membuatkan kalian semua puas dengan apa yang betul - betul terjadi. al maklum la..remy sangat tak reatur. (ada kaitan kew? ) haha

3.
erm..baiklah. untuk memudah kan lagi penceritaan ini, remy nak ceritakan mengikut kategori. pertama berkenaan dengan teknikal perdebatan, kedua berkenaan dengan pengurusan. dua perkara ini sahaja yang perlu untuk highlight kan. mudah.(malas nak tulis panjang - panjang sebenar nya)

4.
teknikal perdebatan.


i. setelah mendapat pendaftaran peserta secara rasmi, pihak KDO's menerima 12 pasukan debat bagi kategori bahasa melayu. pasukan uitm sarawak menghantar 3 pasukan. (makna nya 9 pasukan yang hadir) kalau di ikutkan sepanjang remy menyertai debat, ini lah pertandingan paling sedikit penyertaan nya yang pernah remy jumpa. tidak menggapa.KDO masih baru lagi.kali pertama kowt. (sekadar menyedapkan hati).


ii. seawal pagi persiapan telah di sediakan. pasukan remy, macam biasa, remy, iee dan jack. semasa pusingan pertama tidak ada masalah. semua berjalan dengan lancar. Kepanasan bahang masalah bermula apabila masalah tabbing berlaku. Remy terkejut tatkala orang yang dilantik sebagai tabbing tidak tahu apa – apa menggunakan system tersebut. Kali ini, remy tak menyalah kan sesiapa. Remy tuding jari kepada remy. kenapa? Pertama, abg zarul email remy system tabbing . kedua, remy mengambil perkara terlalu mudah. Remy ingatkan mereka pandai menggunakan system tabbing tuh. (walhal remy dah Tanya sebenarnya, samada mereka reti atau tidak menggunakan system tersebut.) hurm~ tapi satu benda pun mereka tak reti menggunakan nya. Kepercayaan terlalu berat untuk di berikan kepada mereka. masalah.

iii. setelah lebih setengah jam masalah bodoh cabaran berlaku kepada penganjur KDO, mujur abang jef (pendebat senior UIA) hadir sebagai menyelamatkan keadaan. Syukur. Sekarang remy tak pasti sama ada hendak berpihak di tempat mana. Sungguh memalukan. Tapi demi kebaikan bersama, aku perlu bertindak apa yang patut. ( apakah tindakkan itu?) tidak boleh di ceritakan, offensive. Haha.

5.

Pengurusan.

i.

Dari aspek pengurusan, terdapat berberapa perkara perlu untuk di perbaiki. Contoh nya, dari aspek penginapan dan makanan.

ii.

Dari aspek makanan, terdapat peserta mengatakan mereka mengalami tidak cukup makanan. hal ini benar. Pada hari ke – 2 remy tak makan. Sebab?? Makanan sudah habis. Paling menyedih sama sekali, orang lain (bukan comitee KDO) mengambil makanan yang di sediakan sesuka hati. Staff am nya. Kalau nak tolong dengan sehabis baik tak apa. Kalau datang sekadar nak makan free, baik bali rumah dan masak sendiri. Percuma. Ini tidak, mereka makan makanan peserta dan urus setia kemudian blah cam tuh jew~ what kind of human are u? mereka ingat, bajet yang di sediakan tuh beratus – ratus ribu? HELLO! HEP sediakan RM5000 lebih sahaja. Literally.RM 5000 lebih. Cukup tak? Sah2 tak cukup. Kedua, dana yang di berikan adalah untuk pelajar membangunkan aktiviti. Bukan untuk di makan oleh staf yang hampir sama ramai dengan peserta ye. Mengalami tak cukup makan, satu perkara yang amat sensitive. Ini akan memberikan cerminan kepada pihak luar yang datang bertanding. Harap kalian faham~

iii.

Dari aspek penginapan pula, tahniah buat Jackson gerasi! Kerana mampu fight for penginapan. Nasib baik tak di kenakan bayaran. Hue~. Tapi, proses ‘fight’ tuh amat perit. Sangat perit. Akhir sekali, di berikan kolej serapi. Secara peribadi nya, remy amat tak suka kolej tuh. Pertama, kolej lama. Orang dari university lain datang, so apa perasaan mereka berada di kolej macam tuh, kemudian berdebu. Arggh! Rasional mereka tak nak bagi kolej sri gading ialah “dulu pesta tari yang mengangkat nama UiTM Sarawak pun peserta nya tinggal kat serapi juga’’ so, what da point??? Huh! Kepada pihak kolej , sila bertolak ansur sedikit ya. Jangan jadikan perkara sekecil ini di jadikan sebagai satu alasan untuk membuktikan kalian semua berkuasa. Tidak ya.

Secara kesimpulan nya, banyak perkara yang perlu untuk kita majukan. Jangan sesekali mengambil sesuatu perkara itu dengan mudah. Kita perlu kuat. Mungkin kali ini kita gagal, tapi, tolong belajar dari kesilapan. Jangan mudah melenting. Marah dan sebagai nya. Buat staf, pihak atasan yang sebagai nya, sila bagi kerjasama yang sebaik mungkin ya. Saya percaya kalian boleh lakukan.





p/s - lame nya nak update . miss everyone here!


Thursday, May 13, 2010

kenyalang debate open

pengumuman :
1. Pertandingan Debat Terbuka Kenyalang akan diupdate apabila tamat nya pertandingan tersebut. remy sangat sibuk(propa) . maaf buat semua kerana jarang mengupdate blog ini. seribu kali maaf.

2. ada beberapa perkara yang ingin di cerita kan. cerita remy suka kat seseorang. tapi tidak dapat memenangi hati nya. apakah ciri - ciri ekslusif yang dia pinta?
GOSH~ aku mencintai dia... sungguh!



p/s - pengumuman kedua tak penting untuk kalian. tapi aku kekal nak ceritakan jugak. :)