Saturday, December 31, 2011

Saat bersama panda.

jumpa panda,
Cinta dan rindu sangat bergelora, 
Saling berutus berita,
Gelak dan jenaka.

Semalam bersama rakan,
Rindu hati ini terubat.

Hebatnya semalam.

Jenayah ( Malaysia Hari Ini 13 Dec)

Bila menonton Malaysia Hari Ini, 
Motif dan tujuan yang sama. 

Melihat Ally Iskandar,
Dan suara dia. 
Didengari.

Hari ini, 
Cerita soal jenayah.

Si penganalisis jenayah,
Menarik tumpuan. 

Ini jenayah, 
Kau curi hati aku. 


P/s - cubaan pertama post entri pakai ipad2.

Friday, December 23, 2011

new Gadget

Gadjet terbaru aku : Blackberry Torch 9800 dan ipad2 3G + wifi. woooo!
 
  
my ipad :)

 
aum!

Kena berlapar untuk beli apa yang kita impikan. MONEY, so SEXY! 

Merry Christmas!!

Money can buy happiness. 

karat

Terlalu lama tidak update blog ini sehingga aku lupa bagaimana nak compose entri. oh, hampir sama level dengan Friendster. Demn!
#selfconflict

p/s : Henry Golding, bila nak mai Sarawak lagi ? jumpa lagi ya:)

Wednesday, August 24, 2011

nota benci. fahamilah.

selalunya aku sangat gembira bila berada di tempat baru, tapi tidak di sini,
selalunya aku akan gembira bila kerja menawarkan gaji dan bonus yang lumayan, tapi tidak di sini,
selalunya juga aku akan sangat gembira bila sama kerja dengan kawan saya, tapi tidak di sini.

semua benda ada masalah,
semua benda tidak elok, 
semua benda tidak menarik.

saya tidak suka pada persekitaran masyarakat kampung ini,
saya tidak suka dengan budaya di sini yang tidak pernah menghormati agama sendiri,
saya tidak suka dengan pemikiran tidak matang,
saya tidak suka kalau kebajikan kerja saya di abaikan.

saya manusia, perlukan sebagai manusia normal.
saya manusia, perlukan kehidupan yang bertamadun.

hanya itu yang saya pinta. 
sebuah kehidupan yang normal.

Sunday, April 3, 2011

susulan

akan hadir satu perkara, kalau kita minta, dengan berkat doa dan izin Tuhan... saya percaya, kita di sana. terima kasih Tuhan. terima Kasih.

Monday, February 28, 2011

i miss u

I only got to kiss you once but the taste of your lips still dances on my tongue.

i miss u. 
you-know-who-u-are

 

Saturday, February 26, 2011

penat.

i.
saat aku lali,
jerih pedih mengigit sengal,
lesu yang tak perlu di sangkal,
hati gundah, bebual

ii.
geli geliman, 
mencerna sketsa ketinggalan zaman,
tak sedar fasa perubahan,
rambut kau dah beruban,
ikutlah dunia sezaman.

iii.
aku lelah,
mendengar drama yang tak sudah,
tak lepas dari pengertian pundah,
seantero dunia punya serabah. 
blah!

iv.
hati amat,
mahu semua ini tamat,
kerah segala keringat,
demi impian yang kita hambat,
agar kita bergaul rapat,
tidak sesat,
walau sesaat!




Monday, February 21, 2011

seperti dulu

i.
takkan aku kunci
kisah semalam yang mengulit diri
tak mungkin aku padam
kisah semalam, sekali pun kelam
suram, muram
semua jika.

ii.
biarkan sajak mengalun cerita
kerna sang penglipur lara berpadu jenaka
tukang biola, sibuk mengesek lali
rindu sesekali
bercarum menentu sendu.

iii.
aku,
rindunya pada kisah semalam,kelam
tidak, tidak kelam. ia terang
segar
kekal indah
bertambah jingga kenangan itu pabila dialunkan
seni sendu yang siap ritma bait tika
oh, sekali lagi aku rindu. 



oh, entri ini untuk awak. sekadar melafaz rindu.

Tuesday, February 15, 2011

entri : Valentine, asalkan ada.

1.
Valentine. Aku mula membayangkan suasana yang amat romantic. Hadiah berbentuk hati, bunga rose, cincin, berpasangan, exclusive restaurant and so on. You name it! Setiap individu menyambut dengan pelbagai cara. Buat yang bertentangan dengan agama, mereka diam sahaja.

Namun saat valentine ini juga mulalah segelintir manusia memberikan serba sedikit pandangan terhadap valentine, atau erti kata lain, Hari Kekasih. Sama ada yang pro atau kontra, terpulang pada diri mereka masing – masing. Mulut mereka. Sesiapa pun berhak.

2.
Bagi yang bersetuju dengan kehadiran Valentine Day: mereka beranggapan bahawa itulah hari paling istimewa buat si dia dan kekasih. Maksiat ? oh! Itu terpulang kepada nafsu serakah dan keutuhan iman masing – masing. Kalau buat seks bukan hari valentine pun tak ada beza. Kekal juga seks. Kekal juga DOSA. So tak ada reason nak kata valentine day is hari maksiat. (ini dirumus dari Facebook seorang sahabat. Naz. Haha ) thanx for the idea.

Ada yang menentang hadirnya hari Valentine. Meluahkan buah fikiran mereka masing – masing. Ada di antara mereka berpendapat bahawa hari ini akan mendorong kita membuat maksiat, mendorong kita melakukan dosa, bukan perayaan sesetengah kaum. Oh! Banyak lagi. Mintak lagi daripada mak cik Google, dia akan sediakan. Tak cukup dengan carutan siap buat pakatan , tunjuk perasaan. Oh! Bosan dengan drama sebegini. Haha. Lame! 

3.
Saya ? oh! Saya tak pasti sama ada saya menyambut nya atau tak. Haha. Hidup single sifatnya lebih simplistic. Kata abg Bonat, tak mati kalau tak ada couple. Yes, saya menyokong. 100%. Jadi, bersempena dengan 14 Februari, balik dari pejabat, aku mengambil keputusan untuk menonton wayang sorang – sorang. Semoga aku gembira. Hurm. Boleh tahan juga aku. Nonton sorang – sorang. Haha

Sengaja aku tak mengajak kengkawan. 2 alasan, pertama – tak nak ganggu privasi mereka. Mungkin , mereka nak luangkan valentine mereka kat orang yang mereka sayang. Siapa tahukan ? Kedua – cuba untuk hang out sendiri, enjoy sendiri. Haha (enjoy kah aku ? ) :P

Kebetulan keesokkan harinya cuti umum. aku boleh balik lewat. Oh! This is heaven.

4.
Cuba untuk aku salami hati, apa sebenarnya yang aku mahu. (lagu sofea jane – black berdendang)oh! Sehingga saat ini aku tak daham, bagaimana nak lakarkan perasaan ini. Ahh! Apa ini. Hurm.



Tak apa lah. Ini sekadar entri yang merepek. Valentine, asalkan ada.

Super Junior - Tahniah

Sekalung tahniah buat kalian
Jauh di sudut hati, aku terlalu gembira
Kekalkan prestasi


Oh! Tidak sabar menunggu March,


Semoga kita ketemu.









Love all of you.

Monday, February 7, 2011

setinggan


menumpang lenguh di sangkar berbisa. 
menakuk diri di lambaian sayu. 
sesak bernafsu. 
mencari curiga di celahan suasa,
mengikis sendu, terjumpa haru.
ketawa pilu.
setinggan
itu aku.

Tuesday, January 25, 2011

berubah

tingkat 1,
tempatku, baru, segar,(semua tak pasti) 
pelik.aneh. luarbiasa.
PERASAAN.
janggal. jarang. tak selesa.
TINGKAH LAKU.
oh! itu peralihan fasa, demi fasa. 
TRANSFORMASI.
normal.

Sunday, January 23, 2011

buah hati

ini buah hati,
awak buah hati,

saya buah hati,
kita buah hati. tiada yang menonjol.
buah hati  itu kisah semalam,
dilupakan jangan.
disakiti jangan.kita sama berbuah hati.
oh kisah buah hati! 

Friday, January 21, 2011

luka

kaca terhempas. hati tak menentu. keruan sudah. sakit. pedih. derita.

pilu. jiwa luka. hati ternoda. parah. bernanah. cecair panas keluar dari telaga cina



Thursday, January 20, 2011

hilang

2 kali berjumpa malam,
aku hilang,
jasad sebuku,
hidup buntu,
tiada arah tuju, 
aku, 
masih duduk termagu,
menunggu, 
bersulam hati pilu,
berselubung bayu, 
nan beku, 
tidak menentu,
oh! senja lagi,
3 kali hilang dalam malam. 
kenapakah?


letih



Oh! laju kaki melangkah,
pantas dan tangkas,
lari laju - laju,
melewati Pustaka,
sepasang pusingan,
kaki mula lesu,
2 pasang,
kaki terhenti,
oh! aku cepat letih,
muatan berat,
Ketulan lemak, aku jemu!
kita bercerai
muktamad.

Wednesday, January 19, 2011

Kod Rahsia!

1. Nah! ini update terkini. sekarang kalau nak tulisan rahsia, boleh sahaja. carik software. 
haha. 

2. Ini kod rahsia saya. siapa boleh terjemahkan, saya bagi hadiah :) 


Sunday, January 16, 2011

Gawai Antu. Rayme Lala . Perspektif.

1.
Hurm. Hai! Im back. Minggu pertama 2011 sepatutnya entri ini dikeluarkan. Haha. Tapi, siapa tak kenal dengan kemalasan aku. Eh, jap2! Ini bukan malas, tapi aku betul – betul sibuk. ( ini serius!haha) Kerja. Ye aku kerja. Haha 


younger brother, n cute cuz!

2.
Bukan apa, kali ini aku hendak berkongsi pengelaman. Chewah! Pengalaman selama umur aku tak pernah tengok satu perayaan bagi masyarakat Iban. Cukup menarik. That is it. GAWAI ANTU. Haha kalau di terjemahkan dalam bahasa Melayu secara mentah – mentah ialah, ‘’hantu bergembira’’ . haha! Tergelak.


 my brother, bapa sedara

3.
Bukan hendak menceritakan salah – silah dan bagaimana upacara tersebut dijalankan. Kalian boleh saja rujuk kat Kak Google. Dia pemurah.  apa yang aku hendak kongsikan bersama ialah, kemeriahan upacara tersebut.

4.
Wow! Sangat meriah! Lagi meriah dari Anugerah Juara lagu, or what-so-ever. Kalian boleh bandingkan dengan mana – mana upacara sekalipun. Apa yang pasti Gawai Antu is very da meletop, diva, bunga api bagai. U named it!


 kazen : mila, patrice!

5.
5 hari berturut – turut tetamu kunjung datang. Minuman seperti Bir, Level 5(favorite), Jack Daniel, Black Label, Bacardi(favorite) and so on ntah berapa ratus botol dah habis. Aku terbayangkan berapa budget yang telah di gunakan. Menelan air liur juga aku pada masa tuh. Haha.

- Okeh! Lets do some simple math
• 1 bottle level 5 is RM 150.00
• 1 bottle Black Label is RM 130 (plus minus)

6.
Kemudian darab kan dengan 70 botol setiap satu. (sedang tekan kalkulator)
Wah! Anggaran untuk wain sahaja (tak termasuk bir) lebih kurang RM 50000 ! damn!
(tak kira lagi makanan untuk tetamu dan sebagainya)


 jangan risau, dua - dua cute! aww! melvinson!

7.
Fuh! Banyak tuh! Haha. Tapi taka pa , bukan duit aku yang keluar. Haha. Persiapan bermula dari tahun lepas sebenarnya. Oh! Mereka bijak mengatur.

8.
Di saat kemeriahan itulah, aku mula mengenali sahabat handai baik yang jauh mahupun yang dekat. Tak pernah ketinggalan, sanak saudara. Noted. 


 rayme lala, nenek, kazen (mila)

9.
Siapa sangka, dalam ramai – ramai masyarakat Iban yang hadir berkumpul bergembira, terlihat seorang gadis Melayu. Tunggal yang hadir memeriahkan suasana. Hatty namanya. Jauh di sudut hati aku terharu, seorang gadis Melayu. yang bukan darah daging, bukan sepupu – sepapat hadir menghulurkan bantuan di samping memeriahkan suasana.

10.
Di saat aku melihat tangan berbalut plastic untuk membantu selagi boleh, aku terharu ; gadis manis ini pandai menyesuaikan diri. Bijak berada di komuniti orang yang terlalu asing buat dia. Ini sebenarnya bukti, bangsa , bahasa dan agama tidak membezakan kita. Tambah lagi, dia pandai menyesuaikan diri dengan ahli keluarga aku. Oh! Tuhan ku, kurniakan aku sifat cerianya kepada aku juga. Aww!


 wanita iban dari kampung sebelah. berketas.

11.
Tersenyum juga aku tatkala melihat adik beradik mak aku kumpul bersama. Kalaulah datuk masih hidup dan melihat scene nie, mesti dia gembira. Oh! I miss u Grandpa!

12.
Melayan karenah sepupu, tak manang tangan. Buat eddy, seemslike long time we didn’t meet each other. I miss u so bad. Thanx for spending time with me. Oh ya! Runway! Photoshoot, kekal jadi tema. 


 upacara miring sedang dijalankan


13.
Jangan jadikan jarak dan masa sepagai pemisah antara kita. Kekalkan berhubung ya .

Kongsilah gambar ini buat kenangan bersama. Aku rindu masa itu.(gambar selebihnya akan menyusul.)

aku rindu,
Semoga kita ketemu.
simpan dulu, hati yang menderu.
Menyeru, kata rindu
Aku rindu.

bingkisan diri. you-know-who-you-are.

awak, 
awak kata awak gembira
awak kata awak ceria, 
saya gembira, 

awak,
awak juga kata,
awak banyak rahsia nak kongsi bersama, 
banyak cerita gembira, 
aww! panas! hot story! 
aww! awak!
saya sudi dengar, 
malah tak sabar.

awak, 
awak kata kita bahagia, 
serasi bersama,
teman tapi mesra, 
saya angguk saja.
saya tahu tentang itu.

awak, 
kalau awak tak ada, saya sepi, 
sebab saya sendiri,
tiada lagi cerita  - ceriti, 
tiada lagi dengar puji,
tiada lagi senyuman suci, 
tulus dari hati,
saya sepi. 

kita jauh awak, 
semoga awak kekal seperti selama nya. 
jangan berubah,
balik nanti kita jumpa,
saya rindu kat awak. 
awak. 


- momentum kimia sahabat-

Irman, Tasha, Ima, Fiona, Julian, Majory
aku ingin kau tahu!