Friday, January 16, 2009

saturday......................

hello readers.
1st of all, <== morning!! hurm, dis morning my roomate go to ppkp. ape tue?
pusat pembangunan dan kepimpinan pelajar. GOT it??
hahaha.


well, every semester kena attend dis boring s*#t xtvt. i dun know y..
so, kebosanan memang akan menerjah.
apa yang aku perlu buat ek??

- kemas bilik.
- g laundry.
- makan.(gigih menambahkan berat badan)
- latihan untuk debat awam. ***gabra
- zzzzzZZZzzZZ PENTING!!
- BERSENAM. <== i tell u!! DONT U EVER2 nak ikut nafsu MAKAN!!!

boring la.. satu nie rasa nya....;(

Wednesday, January 14, 2009

banjir

erm....hula..
1st of all happy new year..
well, as usual... kalau dah nak dekat - dekat chinese new year nie, memang akan hujan.
....
...

.. hujan jang turun bagaikan mutiara..
blabla blabla... x ingat lagu sudirman tue***


hujan!!! angkat pakaian dari jemuran!!

2 minggu nie aku asyik g laundry !!
kopak aku..

kini aku amat merindui CAHAYA.

Sunday, January 11, 2009

HUJUNG MINGGU BERSAMA ULAT MULONG + TEBALOI + SEAFOOD!!

WAH.............
dah tumbh yis pula blogger aku nie. maka, dengan segala kudrat yang ada, ku cuba tuk bersihkan nya...
ok, 1stb ofall.. nak mintak maaf bebanyak cuz slalu tak update blog nie...
reason???? erm...(tgh fikir)

tak pe lah... kita tinggal kan masalah tue sunyi dan sepi.




well, saya nak kongsikan pengelaman aku kat korang tentang apa yang aku alami semasa hujung minggu nie tadi.

MUKAH!!
uols tahu tak tempat nie??
nie aku bagi maklumat kat korang..
(petikan dari wikipedia)
Mukah merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak dengan keluasan 2,536 km2. Kawasan pentadbiran bahagian Mukah meliputi bandar Mukah, pekan Balingian dan Selangaumengikut pembahagian kawasan terbaru,Dalat turut dimasukkan dalam bahagian Mukah. Bandar Mukah yang didirikan di tepi Sungai Batang Mukah berada sejauh kira-kira 3.5 jam perjalanan dari Sibu. Ia dibuka oleh orang tempatan dan kemudian ditadbir oleh residen ketika pemerintahan James Brooke. Mengikut banci tahun 2000, penduduk Mukah berjumlah lebih kurang 47,900 orang dengan kebanyakan mereka berbangsa Melanau.

Mukah mempunyai banyak keunikan yang tersendiri seperti makanan yang eksotik, budaya, kepercayaan, dan lain-lain. Mukah menjadi pusat kebudayaan orang Melanau dan "Pesta Kaul" yang diraikan pada bulan April oleh nelayan tempatan merupakan salah satu acara tahunan yang penting di sini.

Kawasan di persekitaran Mukah ialah tempat penanaman sagu yang penting. Kini, pembandaran telah dilakukan dengan pesat untuk menarik pelabur asing datang ke Mukah.

ha...
best tak overview nie??
namun itu bukan titik persoalan yang ingin aku bangkitkan dalam blog nie..
apa yang aku nak kongsikan kat korang ialah...
PERJALANAN semasa ke mukah melalui jalan DARAT.

bertolak dari uitmcs jam 8.45am telah memberikan aku gambaran awal bahawasanya kami akan sampai di sana tepat jam 6.00 pm. tidak menggapa detak hati ku...
asal kan aku dah jumpa junior aku cukup!!!



sepanjang perjalanan dari samarahan tidak lah aku begitu masalah... aku, ima,fadilah,irman,julian, tasha...se ia dan sekata.. bergurau senda dan ada juga yang melayan perasaan masing - masing. di engkelili, kami bertemu dengan satu kemalangan yang agak dasat ...BAS TERBALIK.. jauh di sudut hati aku berdoa agar kami selamat sampai ke destiasi. aku cuba Untuk melupakan kisah yang terjadi 2 tahun lepas, di mana BAS UITM TERBAKAR SEMASA PERJALANAN KE MUKAH. mata ku pejam.
....
...
........


....zzzzz...
zzz
...
z.....

tatkala aku cuba tuk buka mata, SAH!
aku dah sampai di PEKAN SELANGAU. simpang di antara ke bintulu dan mukah.
rambangan kami berhenti seketika. jam dah menunjukkan pukul 06.00p.m SAH!! kami pasti akan sampai sekitar jam 09.30 p.m...
penat itu pastui terlintas di dalam fikiran ku..
kami mula kan perjalanan...
di sini lah aku rasakan aku macam nak patah balik jer.. jalan berlubang - lubang..
memang teruk sangat. 30 minit dari tempat perhentian tadi aku dah mula rasakan mual dan nak muntah..
namun sebagai lelaki, aku kena tunjukkan EGO ku..(SENTAP!!)

AKU TAK NAK KAHWIN DENGAN ORANG MUKAH!!
benci nya aku dengan kondisi perjalanan yang demikian.
hurt!! namun berbekal kan semangat yang kian pudar di kikis dek lubang - luang jalan raya, aku terus menaruh harapan..
3 seperti yang di jangka, kami tiba di uitm mukah!!
SENTAP!!
kampus kat mukah merupaan blok - blok kedai..2
dan ada fakulti di sana. sedikit.
tidak menggapa.... apa yang pasti akan aku jadikan perjalanan ini sebagai pelengkap hidup aku yang masih serba kekurangan.
titik!! nanti aku upload gambar k!!!!

Friday, November 28, 2008

mari membaca!!

Aku rajin baca buku!!!!

Tatkala sedang asyik melayan kebosanan, timbul pula hobi yang sekian lama ku tinggalkan sunyi dan sepi tanpa sebarang berita. Ya, baca buku..(oing!!!) masa kat Kolej Perindu,(UiTM shah Alam) time debat tue, aku ternampak buku kat tepi TONG SAMPAH, aku kutip la.. sayang kan buku di buang sesuka hati. Masih cantik lagi. Buku bertajuk GAZA DI SERANG – CATATAN SEJARAH PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN PADA TAHU 2006 HINGGA AWAL 2007 di tulis oleh MASZLEE MALIK.

Tersentap aku!

Aku kenal penulis buku nie. Aku rasa, kalau dah kat tepi tong sampah, mungkin orang dah buang kot.

So kau ambik la, mana lah tau, buku tu nanti berguna pada masa debat nanti. Cek2 tak berfungsi,.. aku gigihkan diri untuk embawwa buku tersebut ke bumi tercinta. SARAWAK BUMI KENYALANG.

Sampai kat sini, aku cuba belek2 buku tue dan baca synopsis nya. Nampak menarik, aku cuba selak2 dan terus menyelak. Aku tertarik. Tapi aku belum baca habis lagi. aku baru baca sampai ISU PALESTIN : DI MANA OIC?..... apabila pengarang cuba mengupas isu tersebut untuk di masukkan ke dalam buku ini, aku sedar. Betapa besar nya kesilapan yang Negara kita telah lakukan(berdasarkan pemahaman aku terhadap isu OIC )

TERSENTAP!!

Katanya pada hari ini kita terlalu bersimpati dengan masyarakat Islam di Palestin. Katanya kita memberi bantuan kepada rakyat palestin. Tapi apa tindakan yang kita telah lakukan? Apa bantuan yang kita lakukan? Menghantar ketenteraan? Untuk minimbulkan lagi kemaraan rejim Zionis, AS dan sewaktu dengannya ?

Begitu??

Sekalipun dalam bayangan, apakah bantuan yang ingin rakyat Malaysia ingin laksanakan, keewangan?? Berpa jumlah nya?

Pernahkah perdana menteri kita pada hari ini memberi tahu berapa jumlah nya?

Kalau Negara Qatar terang terangan, membantu sebanyak USD50 juta. Kalau Iran genap USD 100 juta. Kita??

Saya kira saya serah kan kepada perdana menteri tuk menjawabnya..

Pada hari ini bukan ingin menyatakan, mahupun menunjuk berapa bantuan yang perlu kita perolehi. Namau, setidak – tidak nya, nyatakan berapa. Seringgit? 50sen?

Atau berapa? Tidak salah maklumkan berapa kiranya. Sehingga kini ianya masih tidak dapat di jelaskan dalam bentuk angka.

Kata perdana menteri, kita memberi sokongan kepada palestin. Apa jenis sokongan?mungkinkah sokongan yang di maksudkanitu adalahkata – kata seumpamakumpulan sorak yang menyorakkan kumpulan bola sepak yang tengah rancak beraksi di padang bola? Atau mungkin, inya berbentuk seumpama kutukan –kutukan dan kecaman – kecaman anggota PBB yang berjumlah hamper 400 resolusi terhadap rejim Zionis?

Hanya perdana menteri kita sahaja yang tahu jawapan nya..

Sedangkan hakikat yang perlu kita terima OIC yang telah dipengerusikan oleh Kuala Lumpur pada masa itu. Mereka juga harus sedar dengan OIC dengan mesyuarat mereka yang berlansung di JEDDAH pada tahun 2005, lantas mengaitkan isu PALESTIN dan MASJID AL – AQSA antara salah satu resolusi nya.. maknanya perhatian terhadap PALESTIN itu perlu!

Persoalan nya…… apa fungsi OIC dan bantuan MALAYSIA??

P/s ; reaksi??

Wednesday, November 26, 2008

piala naib canselor 2008

hahahahah.....
lame aku dah tak update blog nie, dah berkulat nampak nya. sebagai seorang pelajar, tanggungjawab kita bukan menjadi persoalan sebenar nya, cuma rasa MALAS tue yang membuatkan kita terus lali dengan persekitaran..caya la..!
wah gitu~
hari nie aku cuba lap sawang - sawang yang di buat oleh sang labah2 malas.
aku cuba yang terbaik!


GO REMMY GO!!
sebenar nya aku baru balik dari SHAH ALAM untuk pertandingan debat Piala Naib Canselor yang diadakan pada 18 sampai 26 november 2008.
huh!!
banyak cerita yang aku aknak ceritakan..
aku akan cuba yang terbaik, agar korang dapat tahu..

1. aku n member aku berangkat lpas aku abis paper SOIL MANAGEMENT, yang cukup memeningkan otak aku yang sudah cukup kusut bercelaru, tepat jam 3.00 pm kami berangkat. naik Air Asia. UiTM SARAWAK akan jadi kaya kalau KELAB KEBUDAYAAN minta bajet. TUK kelab yang berilmiah...HANJENG! Tapi tidak menggapa. asal kan kami selamat sampai, itu sudah cukup memadai. dengan hasrat yang menggunung tuk sampai ke tempat pendaftaran peserta, aku gigih kan diri untuk aku berdikari. walau pada hakikat yang perlu seisi dunia tahu, aku pemalu!
WAH~~~

2. PERTANDINGAN
banyak yang aku peroleh kali ini..
Pertama - PENGELAMAN
sekiranya dulu aku amat terhad untuk dapatkan pelbagai maklumat dan cara - cara berdebat..
kini setidak2 nya aku sudah pandai merangkak, daripada mengesot. hakikatnya VC kali nie amat memberikan aku seribu satu makna. tahun lepas aku bertanding, macam timun lawan durian!
SENTAP!! pepatah! buat yang memberi tunjuk ajar, seperti ABANG MONT,ABANG ZARUL, ABANG FAIZAL, ABANG BONSAI.. thanx!!
korang memang LEGEND dalam dunia nie.. kredit tuk korang semua. WAH~~

kedua - pertandingan

sepanjang pertandingan, kalah mati memang adat pertandingan..buat pasukan yang pernah lawan..korang secara tidak lansung telah melatih aku tuk berfikir menjadi lebih matang. banyak pengelaman yang aku timba dari korang semua. dalam hati aku slalu berkata, "untung nya dapat bertanding dengan diaorang nie.." GITU! bukan apa.. aku amat menghargai korang masa tue caya la.. terkandas suku akhir , mencerminkan aku perlu lebih berusaha. begitu juga team aku!
banyak lagi yang aku perlu lakukan. bukan sekadar bercakap kosong tanpa sebarang konsep perdebatan yang kukuh. itu yang pasti.

ketiga - persahabatan.

seminggu lebih aku di shah alam. banyak yang aku tak kenal menjadi kenal. maka secara tidak lansung, segala entiti yang menjadikan kondisi persahabatan terbentuk. tukar no fon, email, friendster, and macam2 pekara yang di gunakan tuk berhubung di tukar.(betul ke ayat aku nie)
huahuabuat kengkawan... aku hargai korang semua. korang memang baik!caya la..buat my roomate yang baru aku knal..HAKIM... aku ada americas next porn star yang baru.. ko nak tak..
hahaha..
pokok nya..korang memang baik la... love uols

keempat - Pengurusan

secara jujur nya aku memang tak berapa selesa dengan tempat yang menjadi pertandingan. namun setelah aku berpijak di bumi yang nyata, baru aku menyadari bahwa korang bersusah payah menyediakan tempat nie..
- khulafa restoran- sirap manis sangat!
hehehe..aku terima seada nya. tapi itu bukan titik persoalan, asalkan aku sudah ada tempat bertanding, cukup! bagi aku...
thanx pihak penganjur!!

Saturday, October 25, 2008

BOSAN!!!

final dah nak mula...
nota pn blm wat lagi..
tak tahu nak wat ape pas nie,,,
cubaan berani mati la...
hehehe...

Saturday, October 18, 2008

a guy's guide to life

elo.....
tatkala aku sedang seronok menyelami suasana bosan tahap dewa....terlena seketika aku dengan buku yang sekian lama aku tak pernah sentuh(bujat tahap gedik!!)... lantas aku cuba baca untuk menghabiskan masa itu emas itu..haha..
-A GUYS GUIDE TO LIFE...
-KARYA JASON BOYETT
-2208 PAGES ...

....ERM.. kalau di lihat dari segi pengertian tajuk, seakan - akan orang yang membaca nya tak ada panduan dalam menjalani rutin seharian...(perlu ke ada panduan?? erm... erm....)
lantas aku terkesima seketika (mak enon!!) kenapa aku baca buku nie??
naper kawan aku syor kan aku agar aku baca buku sbegini??
erm..... i dont have a nonsense answer for da nonsense question!!!(fiona!! kau pinjam word ko kjap!)haha...
tapi aku nak citer kan korang ape yang ada di sebalik buku ini k...
sebenar nya buku nie berkisar tentang kehidupan LELAKI pada masa kini yang kurang keyakinan diri... justeru, ianya di terjemahkan kepada 3 elemen asas
> MIND
>BODY
>SOUL....

1. MIND - dari aspek nie ada beberapa mitos yang aku rasa cukup menarik!!(almaklumlah... aku nie cetek ilmu pengetahuan.) antara nya...
- myth : guys are action heroes in disguise, bringing muscles, mayhem, and mad combat skills to every situation..
-where it comes from?? ; Vin diesel movies, old bruce Wills, pre - Govenor Arnold Swarzenegger movies.
actualy , pretty much any movie with explosions andccar chases and guys with larged tatoo biceps.
....
THE REALITY ; A GUY CAN BE A HERO BY DOING A RIGHT THING, BY DEFENDING THE UNDER DOG OR BY SPEAKING UP FOR SOME KID WHO'S BEING PICKED ON.
HEROES COME IN ALL SHAPES AND SIZES. AND YOU DON'T HAVE TO BE IMPOSIBLY RIPPED TO BE ONE....


p/s = to all yang suke kutuk - kutuk aku tak berani ...
nah aku hadiah kan korang buku nie,...jangan ayat awek jer lebih!!! tapi nak selesai kan masalah yang remeh pen macam nak selesai kan masalah negara sekarang!!
hampeh korang tue!!!
sape makan durian die la yang dapat bau ny..
hhehehe....





cukup tuk kali nie...
nanti aku sambung k!!