Thursday, March 4, 2010

kerana khilafnya remy.

Hi. Hari ini hari khamis! jangan konpius ok.

Malam tadi remy study subjek Agriculture Engineering. study smart study hard, bermula dari pukul 6.00 p.m kemudian rehat sebentar sekitar jam 0000. Otak perlu rehat. Mesin pun boleh rosak kalau tanpa henti. Inikan manusia, yang asyik berehat pun boleh sakit. Kan? Sekitar jam 0100 remy sambung balik. Buat pass year paper, hafal komponen yang penting – penting. Konfiden + focus. (jauh di sudut hati mengharapkan agar dapat 100%.) ini penting. Agar Mr. zayn sedar akan kehebatan remy.(mati la.~). Jam 5.30 am tidak terasa. Remy cuba untuk rehatkan diri. Sekalipun otak masih ingin menghadam engine dan system yang berkaitan. Tidur.ZzZZzZ

Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab dan menepati masa, sangat suka melengah – lengahkan masa, remy kali ini turun awal. (Al - maklumla ada test.) sampai sahaja di kelas sekitar 7.30 am. Kelas pun belum buka lagi. Haha. Tidak menggapa. Remy teruskan menyambung membaca nota yang ada. Pak cik hensem membuka kunci pintu. Sedikit senyum manis seikhlas hati dan ucapan selamat pagi di lemparkan kepada pak cik tuh. Kenapa berbuat demikian? Bukan kerana remy pelajar yang sopan dan berhemah, bukan juga kerana remy kenal rapat dengan pak cik tuh. Bukan. Tapi dengan harapan mendapat berkat semasa menjawab test nanti. (ikhlas tak macam tuh? Jangan nilai. Anda tak berhak.)

Duduk terus membaca nota lagi. Sekitar 5 minit, datang lah bebudak kelas remy.

(Sebagai pemecah kesunyian kelas. Sila baca dialog ini.)

R;remy L ; pelajar kelas .

L : morning remy. Awal nya…!

R : morning dear. Saje jew awal. Nak baca nota tuk test engine nanti. So how ur preparation?

L : …(muka selamba) oh… masih lama lagi rilek la..

R : (berkerut kening ) eh.. bukan pukul 10.00 nie ke?

L : NEXT WEEK la..

R : (muka tak dapat menerima reality) gosh! Mek dah berkorban malam yang indah dah…. Ingat kan hari nie. Waaaa……

Rentetan daripada perkara di atas, banyak kesan sampingan yang remy terima . kerana khilafnya remy..

1. Kerana khilafnya remy,

Sanggup tinggalkan sarapan pagi yang indah, Di bilik. Membuatkan remy kelaparan seharian. (kelas full day)


2. Kerana khilafnya remy,

Pagi yang indah menjadi sangat gelabah. Semua benda tak kena. Sehingga terlupa bawa beg duit. Hal ini menuntut untuk remy tidak makan tengahari. Sekali lagi remy sangat menyesal kerana tak lihat betul – betul tarikh test tuh. Huh. Sh*T


3. Kerana khilafnya remy,

Sanggup buat korbankan latihan chemistry yang di suruh madam ViVien buat. Walhal dia telah meroyan semalam. Remy korban kan. Demi test engine.


4. Kerana khilafnya remy ,

Emosi tidak menentu. Tak dapat focus kelas. Perkara sebegini tak boleh jadi. Sepatut nya.


5. Kerana khilafnya remy,

Turut kena lecture oleh abang long (irman) selalu membuat kesilapan yang sama. Jangan study last minute. Jangan study lewat malam. Jangan lalai dan jangan jadi pelupa. Irman, saya janji takkan buat lagi. Ok! P.E.A.C.E


6. Kerana khilafnya remy,

Remy naik ke bilik miss leelajini untuk berehat sebentar. Semasa kelas jam 10.00 am, remy terjumpa wang r m5.00. tak tahu nak pulang kan kepada siapa. Miss leela tahu tentang itu. remy simpan sahaja.


Entri kali ini bukan hendak menceritakan betapa bodohnya lalainya remy. Tetapi ada mesej penting yang hendak di sampaikan. Jangan sesekali sahabat yang membaca entri ini tidak peka kepada perkara yang ada di sekitar kita. Banyak benda boleh berubah sekelip mata. Percayalah.




P/S – nasib baik miss leela ada coklat kat bilik. Then dia bagi. Setidak – tidak nya remy tidak lapar. Yang berpanjangan. Love u miss Leela. :)

Tuesday, March 2, 2010

hari ini . bukan semalam.

....hi guys....
1. baru habiskan makan malam remy, menu tuk dinner tadi ialah, nasik mentega, tempoyak, sayur midin, n fish fillet. RM3.00 sahaja. murah dan berbaloi. thanx mak cik meriah. sambil2 itu remy tengok cerita 'high school get married' bersama rumate. cerita korean yang agak mencuit hati, di samping ada perempuan cantik. kedengaran juga hilaian ketawa kami bersama. haha.

2. hari ini ada 2 kelas SAHAJA. 8.00 - 12.00 p.m. so. nak di jadikan cerita, remy bangun sekitar 5.30 am. nak buat sdikit reading. almaklumlah chapter baru. (Chemistry). konfiden nieh, baca . then bawak buku chemistry dan pathology. turun kelas. sepanjang kelas pathology, remy tupukan sepenuh perhatian. hari ini belajar tajuk bacteria. then, kelas kat g101. sekali tengok pelajar lain masuk. bebudak part 5. dalam hati berdetak, kenapa mereka? bkn kelas kimia ke? lame gak remy berfikir. ... fikir dan terus berfikir... gosh!!! salah bawa buku. hari ini kelas secondary crop. satu benda tak bawa. huh! terpaksa study tanpa rujukan. tak apa. dah berlalu. (stu**d)


3. balik dari kelas. (dalam perjalanan) remy sudah mula berangan - angan. berjalan ala2 model yang shopping.. bajet semua orang pandang remy. ala2 pari hilton.. semua orang nak signature sana sini, flash camera sana sini. remy tersenyum seorang diri. tanpa sedar orang tengok remy. aduh! malu nya. tapi jalankonfiden jew. haha

4. makan tengah hari sekadar mee jawa. RM2.50. murah kan? hehe. thanx to nenek tuh.

5. sebelum tidur tengahari, remy sempat lagi berfikir. dan tertanya - tanya dalam hati. betulkan doraemon, shin chan tu wujud? remy teringin sangat memiliki dia. sangat. remy nak ketawa sepanjang masa. gembira. best nya. namun itu sekadar angan2 semata - mata. kita manusia. tidak mungkin begitu .

6. sekarang remy, dalam dunia facebook, baru remy sedar akan kepentingan nya. bukan sekadar tuk memaki hamun orang, bukan juga sekadar untuk kita meluah kan perasaan. tetapi facebook juga hadir sebagai satu medium untuk kita mencari sahabat lama. ya. banyak sahabat remy di sekolah - sekolah dulu telah remy jumpa. terutamanya yang berbangsa cina. haha. sangat best. menarik.

7. remy tetap suka kat dia. tak tahu kenapa. haha teringat lagu newboyz. sejarah mungkin berulang. suka lagu tuh.


8. sebenarnya entri kali ini di tulis adalah untuk melarikan diri untuk mengelakkan diri dari belajar paper engine. malas kan ?

9. haha..ok lah babai. tak de idea la. (^^)



p/s - teringat lagu avril lavigne. tomorrow. hurm..

Sunday, February 28, 2010

~new month~

Hello.

1. Hari ini tepat 1 March 2010. Bulan baru. Ini menandakan final exam tak lama lagi. Jadi, sebagai seorang pelajar UiTM, apakah persediaan kalian dalam menghadapi final ni? Kalau remy macam biasalah, lambat. Mungkin ketidakhadiran sahabat – sahabat yang rajin belajar seperti dulu adalah di antara factor yang menyebabkan remy kelam kabut. Sangat tidak terurus.


2. Malam tadi pagi tadi sekitar pukul 4.30 pagi remy tidur. Dan bangun sekitar jam 8.30 a.m, ertikata lain remy sekadar tidur 4 jam lebih jew. Huh. Nanti mesti ngantuk. Namun tak menggapa. Hari ini tak ada kelas. Full.


3. Sekarang nak membuka buku engine lagi. Tapi remy terus pening. Kenapa? Entah. Haha.belajar chapter two agak sukar bagi remy, kerna perlu untuk memahami apa fungsi dan component dalam engine. Sukar.


4. Pagi ini, sebagai penghibur adalah lagu dari maroon 5 sekali lagi. Lagu dari album song about jane – the sun. then di ikuti oleh album single rihanna. Lagu hate that I love u . sentap juga dengan lagu ini . kenapa remy pilih lagu ini sebagai pembuka pagi di bulan march ini? Entah. Atau satu kebetulan. Harap2.


5. Erm..agak lama baru 15 minit remy duduk di meja belajar ni. Mengharapkan sesuatu yang menarik di bulan march. Namun tidak juga apa – apa yang berlaku. Maknanya hari ini hari yang biasa sahaja. Tapi perlukah kita mensahajakan diri kita yang bermatlamat jauh ini ? (koma) masa akan terus berlalu, tidak akan menunggu.

6. Remy nak buat note sedikit untuk chapter 2 nieh. Salin nota kawan. Setidak – tidaknya ada juga perkara yang remy buat di hari isnin yang tidak ada kelas. Tapi.. mengantok pula. Gosh!


7. Remy masih teringatkan dia. Sayang nya remy kat dia. Please. Remy sayangkan awak. Jum kita kahwin. Pengsan~

8. Ok2. Bye.. good morning rabiatul adawiyah. Dengan motif . haha buat bebudak pre law yang sekutu dengan Rda... good luck. exam. semoga kita ketemu lagi yuk!



P/S ; berbaloikah apa yang remy lakukan selama ini... ? ohhh.. lee jun ki!



tepat jam 4.00 am.

..gud morning semua...


1. sekarang dah pagi dah. tak lama lagi nampak lah sang suria, menjalankan tugas nya seperti yang telah di amanah kan oleh pencipta nya. bulan pula perlu berehat. kesian. keletihan.

2. sekarang, sepatut nya.. sebagai manusia yang normal, waktu begini mereka sudah tidur. di buai mimpi indah. remy? masih gigih duduk seorang diri. sambil melihat keindahan pemandangan subuh di samping kerlipan lampu neon. cantik sekali.


3. dalam situasi ini juga, pelbagai ragam rumate remy. ian dan zamry, mengigau. meracau tak tentu pasal. haha. lucu jugak tengok. dengar bunyi perut remy kelaparan. sangat unik bunyi nya. perlukah remy makan? tidak. lagu dari maroon 5 menjadi peneman. song about jane album dan i wont be soon before long album. sedap dan romantik.


4. khamis nie ada test. engine. sekarang baru menamatkan bab satu. mampukah remy mengejar nya ? entah. momentum belum stabil lagi. (perlukah?? ) agak nya perlu. result last two semester amat mengerikan. tidak sesekali membiarkan ianya berulang sesuka hati.


5. jam hampir menunjukkan 4.30 pagi. mata mula nak kuyu. mungkin simptom - simptom semasa tuk hendak tidur.


6. nak tidur. nyte. simple. rayme lala have thier own rules. rayme lala still here. waiting for u ..





adam lavigne...oh tidak!




p/s - doakan remy mimpikan lee jun ki :)

Saturday, February 27, 2010

sunday morning

(-_^)..good morning ladies.. (^_-)

1. hari minggu. sepatut nya, hari ini hari baggi orang - orang yang beragama Kristian pergi gereja. remy tidak pergi. kenapa? jauh. (propa) erm.. tak ada alasan untuk itu. harap Tuhan memahami apa yang ada di hati ini.

2. kalau di ikutkan jadual, remy kena siapkan assignment. dan study PAPER ENGINE AGRICULTURE. jam sekarang menunjukkan pukul 9.00am. namun simptom untuk buat kerja masih belum ada. GOSH! jangan malas remy!!!

3. semalam remy tidur awal. remy tidur keseorangan dalam bilik. aman rasa nya. pagi ini pun kesorangan. roomate turun PPKP. so ,apa tunggu lagi.. masa untuk
naked. haha. best jugak free.

4. remy perlu rajin. hari ini hari ahad. tenangkan fikiran. jangan terlalu banyak mencarut. jangan terlalu banyak memaki hamun orang. okey!


5. bye. have a nice day..






P/S - masih ragu2 nak letak gambar remy bogel. haha

pengikirafan blog paling lambat(malas) update.

haha.. hi kalian.
banyak benda nak tulis nieh. tapi biar remy simpulkan.(malas sebenar nya.)

teka teki - banyak - banyak blog, blog siapa yang paling lambat update?nanti kan jawapan nya.

1. remy menyertai pertandingan Debat Terbuka ASTAR di UM. tapi macam biasa sempena Tahun Baru Cina. sekali lagi tuah bukan di Bumi UM. 3 kali remy menyertai pertandingan Debat bertuankan UM. ketiga - tiga itu selalu terkandas. haha. belum ada rezeki kot. (mungkin orang lain lebih berusaha. buat ahli pasukan. Mastura bt Arbin, Rabiatul Adawiyah bt Sulaiman dan Hatta, mohon seribu kemaafan andai kesilapan kita disebab kan oleh Remy. Sory. tapi remy berbangga bersama kalian. percaya lah. thanx to abg zarul, abg fizan, abg mont n abg2 n kakak sekalian. maaf kan remy seada nya.

2. remy balik sahaja dari UM, remy terus berdepan dengan Test dan assignment yang berlambak. STRESSSS! turun test 2ndry crop, konfiden jew berbekal kan ilmu 1 chapter sahaja. 6 chapter tak di cover. habis sahaja test, member tanya; mcm mana tadi? remy jawab apa...: entah.
mudah dan simple.

3. remy balik umah kazen. Hari jadi dia. khamis. 25 february. happy birthday dear! semoga panjang umur. then balik ke kampus petang tadi.

4. sebelum pulang, ke kampus.. singgah sebentar di Kedai Kek Lapis Dayang Salahah. beli something. haha. RDA tau ape.. haha(sory tak sempat buat dear.)

5. dalam remy termenung.. teringat kan seorang budak. remy amat merindui dia. kenangan bersama. sekali pun remy perlu terima hakikat yang dia tidak pernah untuk menyukai remy. tapi remy tetap setia...(rda bantu remy).

6. remy perlu kuat. membina sesuatu yang baru. jangan sesekali menoleh kebelakang. abg mont pernah berpesan. FOKUS! ada supplement suruh fokus tak? mintak.

7. sekian. jawapan kepada teka - teki diatas ialah... blog remy la.



pose aftal mengalahkan pondan . haha




R.I.P khairul azizie bin sidik

RACE IN PEACE ; KHAIRUL AZIZIE BIN SIDEK.
masih terngiang - ngiang lawak jenaka GG( khairul azizie). masih segar dalam ingatan, tatkala dia meleteri aku yang amat malas turun ke kelas. masih juga segar dalam ingatan aku, sedakkan batuk dia. ya. semua nya masih segar. .....
..........................................................................................................................................................................
1. GG telah pergi meninggalkan semua benda di dunia ini. dia telah pergi. juga menginggal kan aku kesorangan di UiTM ini. aku sepi. tak ada kawan. tak ada teman untuk makan.

2. masih jelas di ingatan semasa aku makan kat KFC bersama dia. dia pernah berkata dia ingin berubah. memulakan hidup baru. tak nak seperti dahulu... itu lah kata - kata serius yang terakhir lontarkan kepada aku. aku sedar semua itu.

3. kini, dia benar2 memulakan hidup baru.. tapi bukan di sini.. terlalu jauh tuk kita jelajahi. masa yang menentukan nya.

4. GG, ingat tak masa kita di PERTANDINGAN ARAU OPEN dahulu? aku amat merindui semua itu. sekarang, tak mungkin berlaku lagi..kau telah tiada GG.

5. GG, aku sengaja tulis entri kali ini khas untuk mu. sebab aku terlalu merindui mu. aku berasa amat menyesal sebab tidak mampu bersama diri mu tatkala sakit tenat. seminggu diri mu di hospital, aku berasa amat sakit melihat pelbagai jarum, hos dan sebagai nya di salurkan ke badan mu GG . apatah lagi diri mu yang merasa. namun dirimu tetap tabah. dalam diam aku berbangga dengan diri mu GG.

6. GG, ketiadaan mu amat memberikan seribu satu makna dalam hidup aku. banyak perkara yang memerlukan untuk aku bergerak sendiri. hidup aku sunyi. 5S di bilik miss Leela tetap dalam ingatan.

7. GG, akan aku abadikan kenangan kita bersama... kau lah sahabat terhebat. pastinya aku akan merindui mu..

8. halal kan segala yang ada ya GG.. semoga doaku mengiringi pemergian mu.....
bye GG...maaf kan aku....

lahir ; 10 August 1988
meninggal ; 10 FEBRUARY 2010.



bersama mu.... gg

gg... miss u my friends..

khairul Azizie bin Sidek.

...kite kawan sampai kiamat ye...
P/S - im cry.... miss u dear.!

Tuesday, February 2, 2010

lemah

mampukah diri ini mengharungi nya... aduh..! ya Tuhan ku.. tabah kan hati ini..
permudah kan segala ilmu yang datang masuk. jangan sesekali biarkan anak mu ini terabai dan lalai dari segala dosa. berikan kekuatan untuk melalui jalanan yang penuh dengan kegelapan ini. pancarkaan sinar yang terang, agar anak mu ini mampu melihat yang mana baik dan yang mana buruk...kerana kami percaya engkau akan sentaiasa di sisi kami... ya Tuhan ku...
:(