Tuesday, May 25, 2010
kenapa aku suka pada nya.
1.
hi. lokasi sekarang berada di lapangan terbang bayan lepas. menunggu flight.flight esok. sah - sah la letih.
2.
setelah tamatnya pertandingan debat terbuka arau, (mungkin juga pertandingan kali terakhir remy menyebabkan remy amat gigih untuk berfikir, bila lagi remy jumpa kawan2 debat remy lagi.) bukan sekadar kawan. tapi DIA .yang remy suka. remy jatuh cinta. kali PERTAMA.(serius)
3.
kenapa remy suka pada nya? erm.. perlu tak jawab soalan sebegitu? bukan ape, kalau kita menilai bentuk soalan 'kenapa kita suka pada nya?', sebenarnya kita telah mendiskriminasi manusia sebenar nya. kan? sebagai contoh, jawapan nya, saya suka dia sebab mata nya sepet, dia baik, ada karisma, dan sweet.(contoh ye . rda, kalau baca entri nieh, diam2 jew ok! hehe) makna nya manusia yang tidak memiliki ciri2 tersebut menyebabkan mereka tidak ada peluang untuk memiliki anda. kan?
4.
tapi, kalau remy jawab soalan cam tuh , jawapan remy pun pasti akan berbentuk mendiskriminasi seseorang. hue~ tapi, adakah ianya menafikan hak untuk kita memilih siapa yang kita suka? (berfikir sekejap)entah la.
5.
hari ini, (sejak mengenali dia sebenar nya) remy suka pada nya. selalu untuk remy menafikan keadaan itu, pelbagai usaha, dilaku kan.. tapi semakin kuat untuk remy melupakan dia, semakin kuat perasaan suka pada nya hadir. entah kenapa. dia masih tak mengerti. hati amat sengsara ( mati la madah bagai)lantak lah. remy berhak.
6.
erm... entah la.kekadang remy masih tertanya2, kenapa suka pada nya. apa ciri - ciri ekslusif yang ada pada nya sehingga jatuh hukum remy suka pada nya? tak ada. tapi remy kekal suka pada nya.kekadang timbul persoalan, pernahkah dia menyukai remy?
7.
kali ini, remy jumpa dia juga. remy masih suka pada nya. remy kekal suka pada nya. remy sayang dia. remy cintai dia. dia yang pertama. dan selama nya. remy suka pada nya.suka.
8.
siapa kah dia? dia tahu siapa dia. :)
p/s -tahniah rda, anas, mizi and leya!!! gud job~
Sunday, May 16, 2010
Kenyalang Debate Open ( kisah cerita nya)
1.
hi , seperti mana yang dijanjikan, kali ini remy nak cerita kan sedikit berkenaan dengan satu aktiviti yang telah di anjurkan UNIT DEBAT UiTM cawangan Samarahan, SARAWAK. yakni, KENYALANG DEBATE OPEN.
2.
maaf lah andai teknik penceritaan remy nie tak membuatkan kalian semua puas dengan apa yang betul - betul terjadi. al maklum la..remy sangat tak reatur. (ada kaitan kew? ) haha
3.
erm..baiklah. untuk memudah kan lagi penceritaan ini, remy nak ceritakan mengikut kategori. pertama berkenaan dengan teknikal perdebatan, kedua berkenaan dengan pengurusan. dua perkara ini sahaja yang perlu untuk highlight kan. mudah.(malas nak tulis panjang - panjang sebenar nya)
4.
teknikal perdebatan.
i. setelah mendapat pendaftaran peserta secara rasmi, pihak KDO's menerima 12 pasukan debat bagi kategori bahasa melayu. pasukan uitm sarawak menghantar 3 pasukan. (makna nya 9 pasukan yang hadir) kalau di ikutkan sepanjang remy menyertai debat, ini lah pertandingan paling sedikit penyertaan nya yang pernah remy jumpa. tidak menggapa.KDO masih baru lagi.kali pertama kowt. (sekadar menyedapkan hati).
ii. seawal pagi persiapan telah di sediakan. pasukan remy, macam biasa, remy, iee dan jack. semasa pusingan pertama tidak ada masalah. semua berjalan dengan lancar. Kepanasan bahang masalah bermula apabila masalah tabbing berlaku. Remy terkejut tatkala orang yang dilantik sebagai tabbing tidak tahu apa – apa menggunakan system tersebut. Kali ini, remy tak menyalah kan sesiapa. Remy tuding jari kepada remy. kenapa? Pertama, abg zarul email remy system tabbing . kedua, remy mengambil perkara terlalu mudah. Remy ingatkan mereka pandai menggunakan system tabbing tuh. (walhal remy dah Tanya sebenarnya, samada mereka reti atau tidak menggunakan system tersebut.) hurm~ tapi satu benda pun mereka tak reti menggunakan nya. Kepercayaan terlalu berat untuk di berikan kepada mereka. masalah.
iii. setelah lebih setengah jam masalah bodoh cabaran berlaku kepada penganjur KDO, mujur abang jef (pendebat senior UIA) hadir sebagai menyelamatkan keadaan. Syukur. Sekarang remy tak pasti sama ada hendak berpihak di tempat mana. Sungguh memalukan. Tapi demi kebaikan bersama, aku perlu bertindak apa yang patut. ( apakah tindakkan itu?) tidak boleh di ceritakan, offensive. Haha.
5.
Pengurusan.
i.
Dari aspek pengurusan, terdapat berberapa perkara perlu untuk di perbaiki. Contoh nya, dari aspek penginapan dan makanan.
ii.
Dari aspek makanan, terdapat peserta mengatakan mereka mengalami tidak cukup makanan. hal ini benar. Pada hari ke – 2 remy tak makan. Sebab?? Makanan sudah habis. Paling menyedih sama sekali, orang lain (bukan comitee KDO) mengambil makanan yang di sediakan sesuka hati. Staff am nya. Kalau nak tolong dengan sehabis baik tak apa. Kalau datang sekadar nak makan free, baik bali rumah dan masak sendiri. Percuma. Ini tidak, mereka makan makanan peserta dan urus setia kemudian blah cam tuh jew~ what kind of human are u? mereka ingat, bajet yang di sediakan tuh beratus – ratus ribu? HELLO! HEP sediakan RM5000 lebih sahaja. Literally.RM 5000 lebih. Cukup tak? Sah2 tak cukup. Kedua, dana yang di berikan adalah untuk pelajar membangunkan aktiviti. Bukan untuk di makan oleh staf yang hampir sama ramai dengan peserta ye. Mengalami tak cukup makan, satu perkara yang amat sensitive. Ini akan memberikan cerminan kepada pihak luar yang datang bertanding. Harap kalian faham~
iii.
Dari aspek penginapan pula, tahniah buat Jackson gerasi! Kerana mampu fight for penginapan. Nasib baik tak di kenakan bayaran. Hue~. Tapi, proses ‘fight’ tuh amat perit. Sangat perit. Akhir sekali, di berikan kolej serapi. Secara peribadi nya, remy amat tak suka kolej tuh. Pertama, kolej lama. Orang dari university lain datang, so apa perasaan mereka berada di kolej macam tuh, kemudian berdebu. Arggh! Rasional mereka tak nak bagi kolej sri gading ialah “dulu pesta tari yang mengangkat nama UiTM Sarawak pun peserta nya tinggal kat serapi juga’’ so, what da point??? Huh! Kepada pihak kolej , sila bertolak ansur sedikit ya. Jangan jadikan perkara sekecil ini di jadikan sebagai satu alasan untuk membuktikan kalian semua berkuasa. Tidak ya.
Secara kesimpulan nya, banyak perkara yang perlu untuk kita majukan. Jangan sesekali mengambil sesuatu perkara itu dengan mudah. Kita perlu kuat. Mungkin kali ini kita gagal, tapi, tolong belajar dari kesilapan. Jangan mudah melenting. Marah dan sebagai nya. Buat staf, pihak atasan yang sebagai nya, sila bagi kerjasama yang sebaik mungkin ya. Saya percaya kalian boleh lakukan.
p/s - lame nya nak update . miss everyone here!
Thursday, May 13, 2010
kenyalang debate open
2. ada beberapa perkara yang ingin di cerita kan. cerita remy suka kat seseorang. tapi tidak dapat memenangi hati nya. apakah ciri - ciri ekslusif yang dia pinta?
GOSH~ aku mencintai dia... sungguh!
p/s - pengumuman kedua tak penting untuk kalian. tapi aku kekal nak ceritakan jugak. :)
Tuesday, April 13, 2010
di balik awan
Terkadang hidup memilukan
Jalan yang ku lalui
Untuk sekadar bercerita
Pegang tanganku ini
Dan rasakan yang ku derita
Apa yang kuberikan
Tak pernah jadi kehidupan
Semua yang kuinginkan
Menjauh dari kehidupan
Tempatku melihat di balik awan
Aku melihat di balik hujan
Tempatku terdiam tempat bertahan
Aku terdiam di balik hujan
Pegang tanganku ini
Dan rasakan yang ku derita
Genggam tanganku ini
Genggam perihnya kehidupan
p/s - lagu ini sangat bermakna buat diriku. ya remy tau , lagu ini lagu lama. namun bagi remy, lagu ini remy tujukan untuk awak. hawap awak faham.
Monday, April 5, 2010
tak lala lagi.
Saturday, April 3, 2010
mengimbau kenangan lalu
1. apa khabar kalian? harap sihat. lama juga rasa nya tidak menulis kat blog ini. sekali lagi di ingatkan , bukan faktor sibuk. malas sebenarnya.
2. kali ini remy nak berkongsikan gambar bersama kalian semua. gambar zaman remy tidak gemuk kurus, dan kenangan semasa di sekolah – sekolah dahulu.
3. sebenar nya remy amat merindui kenangan lalu. sangat rindu. andai masa dapat di putar kan kembali, ada jam masa sekalipun. seperti yang doraemon ada, itu lah yang terbaik kira nya. sebagai pengubat rindu .
4. pagi Ahad ini, kabus nya tebal. amat tebal. sejuk. menggamit kulit ku yang terdedah tidak berbaju nie. sekali lagi ianya mengingat kan remy kenangan di sabah. aduh. aku bertambah rindu.
5. semalam , remy menghabiskan sisa nota yang tidak lengkap. belajar berkenaan buah - buahan. aduh. sekali lagi mengingatkan dusun buah - buahan ayah di rumah. nak balik!
6. hym. remy mula mengelamun lagi. sepatut nya tiak ada apa yang di kenang. pandah ke depan. banyak yang menanti. cabaran perlu di tempuhi. (cubaan bermotivasi) wee~
7. ok lah. sekian sahaja. semalam remy terlupa mandi. nak mandi jap.
bye~
nie zaman sekarang. hot!
p/s - sedang memandang ke hadapan, tembok kuning itu sudah pudar warna nya. ada perubahan. tembok boleh berubah, kenapa remy tidak boleh? hym.. berfikir.
Saturday, March 27, 2010
emosi remy . menangis lagi.
1.
hi semua. happy sunday! sekian lama tidak update blog ini. bukan masalah kekangan masa. bukan juga tak ada idea untuk menaip. sekadar malas. mudah.
2.
impian remy mudah. kalau dari aspek keluarga. remy nak ayah dan ibu remy senang dengan kehadiran remy, dan bangga dengan anak nya ini. kalau dari aspek kawan, remy nak semua orang senang dengan remy. ceria. ketawa. suka duka bersama. dapat bf/gf bersama - sama. n what so ever la. mampukah remy capai impian itu? adakah remy terlalu menuntut kesempurnaan? entah. kalau kalian ada MEMBACA ENTRI INI. tinggal kan komen ya. persepsi kalian.
mode sekarang tengah sedih. pilu. kesorangan. sedang sedih sebegini, remy mula teringatkan kenangan lalu. bagaimana remy mengenali sahabat semua. rindu . kali ini juga remy menangis teresak - esak. jangan tanya kenapa. tak kisah kalian nak label kan remy macam mana. suka hati remy menangis. remy berhak. :( ''
4.
semalam chatting dengan seorang member di facebook. walhal remy tak kenal siapa dia. memandangkan dia ada banyak mutual friend dengan remy, so remy approve la. mana la tau kan, kita kenal. cara dia chatting memang sial tahap babi. sangat hanjeng! remy cuba kawal diri. nak tau tak nama dia? korang cari la k. STEVE SINI (nama dia kat facebook). kalian carik la this slut..! remy cuba untuk masuk ke line yang senang untuk remy dan dia chatting. tapi sukar untuk mengawal keadaan.
5.
nak tahu apa isu yang remy dan dia ceritakan?
baik, remy ceritakan.
pertama,
dia tanya pasal gambar remy yang menjadi profile pic tuh. kenapa amek gambar cam tuh? (remy masih bergurau) remy cakap, saja.. ala - ala kena kejar paparazzi. :) dia reply balik, dia reply kenapa badan tak tengok depan. bolehh aku tengok *** . besar mana. remy reply balik, ko sendiri tak de ke? (untuk isu yang pertama ni remy tak marah okey. steady~) **boleh tak kalian bayang kan gurauan begitu tatkala anda baru mengenali orang itu?
kedua,
kali kedua dia chatting dengan remy. isu nya perbezaan pengambilan pelajar uitm dulu dan sekarang. dia cerita la macam mana pengambilan pelajar uitm dulu. sangat strict. kena dapat A dalam subject math, english n satu lagi tak ingat. tak tahu la dia propa atau tak. dia cakap lagi yang dulu pelajar semua bagus2. remy jwb "ok n ye ke? " saja . peluang untuk remy bercerita tak ada. tak apa. biar kan dulu. dia tanya pasal cam mana pertukaran pelajar ke overseas. remy jawab tak tahu . betul la kan? remy tak tau samada ada atau tak. kalau bagi info propa nanti lain la cerita. then, dia terus blame remy. macam mana boleh tak tahu? sebagai seorang pelajar kena tahu. takkan tak tahu isu semasa? darah mula naik dah. remy jawab, err... remy bukan pelajar aktif pun.remy tak sure sangat la pasal pentadbiran nieh. dan, mula la dia mencarut bagai. (di sepanjang carutan tuh, lansung tak ade kritikan yang membina. nama pun dah carutan kan?) remy jwb ok2 jew. dalam hati,geram sangatr. fornicate off!!
ketiga,
kali ini dia datang ganggu remy lagi dalam chatting. remy pun layan la. takut kecik ati pula kan? ini antara dialog nya.
r - rayme lala comel b - that bicth!
b ; x pergi church kew ahad nie?
r ; tak kot. ada masalah sikit.
b ; takkan tak pergi church? serah kan badan kepada Tuhan, menyambut sakremen, cuci darah dengan roh - alkudus, n sebagai nya.
r ; tak dapat pergi, sebab remy kesuntukan belanja. ( parent tak bank in lagi.)
b ; tak kan tak dapat pergi? bad attitude la awak nie.
b ; awak nak masuk Islam ke? coz tak sembahyang?
r ;(blushing)weh. remy tak pergi church, tak bermakna remy tak sembahyang. remy tak pergi church juga tak bermakna remy nak bertukar agama. dan kekadang orang yang selalu pergi church tuh lagi teruk perangai nya. contoh nya; AWAK. suka cakap lepas dan sembarangan. awak ingat awak sempurna di mata Tuhan? awak tak berhak nak menilai besar mana dosa remy. bukan kerja awak.
b ; tapi awak tak pergi church?
r ; so??
b ; ............
remy signout terus. emosi.
dada rasa terbakar jew. sory la k~ andai tindakan remy begitu.remy out of control time tu.
kepada yang di tujui, remy hormati anda keda kerna anda lebih tua dari remy, senior UiTM yang telah grade, sahabat se - Kristian, dan sesama manusia. tapi, tolong jangan adili bab agama sesuka hati. maaf lah. k! hal agama nie remy sensitif sikit. pengajaran buat remy dan kalian semua.
6. hari ini hari ahad. ye. palm sunday. minggu depan dah Good Friday. mengingati kematian Yesus. remy run out of cash just now. just pray in my heart. hope God understand my position. Amen.
p/s
- menangis. sedih. terharu. masih tertanya - tanya, macam mana rasa bahagia...
- ada sesiapa nak bank in kan remy duit. remy kering sekarang.
- rda, sory tak reply msg. run out of crdt just now. wee~
**remy emosi**
Saturday, March 20, 2010
minyak wangi? eww~
1.
Apabila bercerita dengan kawan – kawan debat, antara yang akan menjadi perbualan adalah minyak wangi. A.k.a perfume. Lepak juga dengan sahabat – sahabat sekampus. Pelajar pengurusan ladang am nya. Juga bercerita pasal munyak wangi.tidak pernah ketinggalan.(kalau tak silap la.)
2
Ada yang gemarkan pewangi yang bersifat kasar bau nya. Ada juga yang bersift natural. Terpulang kepada citarasa sendiri. Mereka berhak memilih jenama sendiri. Maka berbagai lah jenama yang keluar dari mulut mereka. Jlo, D&C, DKNY dan sebagai nya. Dari harga beringgit sehingga beratus – ratus ringgit. Kalau di sebut harganya agak takut juga mendengar nya. Almaklumlah remy bercerita atas kapasiti pelajar. Nak makan pun sekian. Kan? (remy buta minyak wangi)
3.
Sebagai overview nya minyak wangi. Remy? kecenderungan untuk meminati minyak wangi? Erm.. remy bukan peminat minyak wangi. Pernah remy beli sebotol ketika part 2 dahulu. 3 sem guna. Pun tak habis – habis. Remy agak rimas dengan minyak wangi. Seriously. Rimas. Remy tak kisah
4.
Sejak akhir – akhir ini, remy terasa nak mencuba menggunakan minyak wangi. Choi gak kan? Haha. Nak di jadikan cerita. 2 hari berturut remy menggunakan minyak wangi. (rabu dan khamis) . kiranya remy nak tukar mood sikit. Almaklum la nanti kalau dah nak pergi kealam pekerjaan, benda – benda sebegini perlu hadir sebagai keperluan. Takkan la nak jumpa pengurus besar bau badan segala bagai kan?. Jadi remy pakai la.
5.
Bukan niat hendak menceritakan bagaimana jakunnya remy mengunakan minyak wangi. Jauh sekali niat di hati hendak menceritakan kebodohan kejelekan bau minyak wangi yang remy cuba. Remy nak ceritakan apa yang berlaku selepas remy menggunakan minyak wangi. Yang menjadikan remy tersenyum mengingatkan nya. Sedikit cerita kita kongsikan bersama.
6.
Rabu.
Kali pertama percubaan nak menggunakan minyak wangi. Dari mana dapat? Remy tak akan habiskan berpuluh – puluh ringgit untuk minyak wangi. No way! Remy pakai curi – curi.minyak wangi rumate. Wee. (bukan niat mencuri.) konfiden nieh. sembur leher, baju, tenyeh kat pergelangan tangan sikit. Kemudian turun.(rumate masih tidur) telinga semacam mendengar lori melimpas kolej seri mulu. Sampai sahaja di luar kolej 3 seri mulu. Lori sampah yang membawa muatan nya yakni sampah melimpas. Kelihatan titisan air sampah. Patut lah budak - budak turun sebelum lori tu melimpas. Kemudian, remy yang berminyak wangi di limpas oleh lori sampah yang berbau. Literally. Sangat bau. Mulut mencarut.bau wangi hilang. Baju menyerap bau sampah pula. Segala ilmu yang di tuntut keluar di hamburkan. Geram. Perjalanan ke kelas diteruskan. Bukan nya hendak membawa bau minyak wangi yang hendak di pakai. Tetapi bau sampah yang melimpas tadi. Bukti nya? Sampai sahaja di kelas, seorang budak bertanya kenapa remy bau sampah. Remy diam. This is shit. Shit!
7.
Khamis
Sekali lagi remy pakai minyak wangi rumate. (bukan nak mengepau rumate atas dasar senioriti) sekadar hendak membiasakan diri dengan minyak wangi. Kali ini remy turun awal. Sangat awal. 7. 10 am dah abis berkemas.kebetulan ada test. Turun dengan harapan agar orang yang melimpas cium bau wangi remy. dengan senyum manis penyeri pagi yang indah diberikan kepada sekalian alam. Harapan menggunung. Dalam perjalanan, remy agak hairan. Kenapa tak ada seoang yang melimpas? Yang ada sekadar mak cik cleaner yang ingin menjalankan kerja memasing. Hairan. Remy duduk dalam kelas. Harapan punah tatkala tak ada orang yang akan mencium wangian remy. sedih. Marah juga ada. Wee. Petang tu remy fikir2 balik. Baru remy sedar . remy turun awal sangat. Masa tuh mana ada pelajar @ budak – budak yang comel melimpas. Aduh! Bodoh nya huh!
8.
jumaat.
Remy kembali seperti biasa. Tak guna minyak wangi. Biarlah remy macam ini. Malas nak berwangi seperti orang ln. cukup sekadar berlosyen, wax, touch up muka sikit2. Dan pakai pakaian seadanya. Mudah. Kan?
Haha.
p/s - btw, rda.. if u read dis entri.. i just want u to know dat i miss u so much! !! xoxo












