Thursday, March 11, 2010
I've got my pride, I will not cry, but it's making me weak
1. Hi. Good morning my lovely whore’s. Sebelum entri kali ini di panjangkan, mari kita sama – sama berdoa kepada pasukan Debat UiTM yang di hantar untuk menyertai Pertandingan Debat Intergriti yang berlansung di Universiti Malaysia Sabah. (mas, kak zam, sufee, n alia) . semoga Tuhan memberkati dan melancarkan perjalanan mereka di sepanjang perdebatan di jalan kan. AMIN
2. Hari ini hari jumaat. Kelmarin test. Pening kepala di buat nya. Kenapa? Jangan Tanya. Anda sebagai pelajar mahupun bekas pelajar ada jawapan nya. (semua jawapan di terima).haha. petang nanti ada agriculture engineering. Tak baca apa – apa lagi. Sakit kepala kerana test kelmarin masih berbekas. Tapi jangan jadikan itu sebagai satu alasan untuk rayme lala yang malas banyak kerja ini tidak belajar. Mudah .
3. Malam tadi, rayme lala makan ice cream, nasi ayam, dan pizza. Paul yang belanja. Sangat sedap. Yang pasti untuk ice cream dan nasi ayam itu bukan sembarangan harga nya. Kenapa? Sangat sedap. Thanx baby. I’m appreciate it so much. Trust me.
4. Setelah sekian lama berada di UiTM ini, terasa nak balik rumah pula. Terasa berdosa. Sebab tidak menjenguk ayah dan ibu di rumah. Rindu juga.
Belajar
1. Minggu ini, banyak ilmu yang di perolehi. I mean, info yang rayme lala tak pernah dengar. Sedikit fakta untuk di kongsikan bersama.
2. Tahukah anda, telur yang digoreng di atas kuali dan di dalam oven menghasilkan molekul yang berbeza? Telur goreng yang di dalam kuali, tidak mendatangkan kesan kepada manusia. Tetapi , telur yang di goreng dalam oven boleh memberkan penyakit kanser dalam badan. Dek kerana perubahan struktur molekul dalam telur itu.
3. Nematode. Yang rayme lala maksudkan kali ini adalah, cacing tanah. Sebenarnya cacing tanah memperbaiki struktur tanah. Selain itu, cacing yang mati akan mengeluarkan satiu benda kimia yang akan memberikan nutrient kepada tumbuhan secara terus.
Sebenarnya rayme tak tahu nak tulis apa. Tak ada idea. Ini sahaja yang mampu di kongsikan bersama kalian semua. Terima kasih semua. Sayang kat dia.PITAM**
P/S - ive got my pride. superwomen.
Sunday, March 7, 2010
rayme lala hendak belajar.
Bila rayme lala hendak belajar..
Bila rayme lala hendak belajar..
Otak mula berkerja keras,
bukan hendak mencari nahas,
tapi inginkan idea panas,
lagi bernas ,
dan pantas,
agar dapat di alas ,
sikap rayme lala yang malas.
Bila rayme lala hendak belajar..
Ada sahaja yang akan menjelma,
alasan tidak pernah tiada,
senantiasa ada,
andai tiada,
minda akan menjadi mangsa,
jadikannya ada
barulah rayme lala gembira
alasan sudah ada.
Bila rayme lala hendak belajar..
Banyak yang sudi mengajar,
mana satu hendak di dengar,
suasana menjadi bingar,
menjadikan rayme lala tak dapat belajar,
ini juga alasan sebab tak mahu belajar.
Bila rayme lala hendak belajar..
Yakin turun ke library,
Mengharapkan suasana sunyi,
Mengimpikan sesebuah kondisi yang sepi.
Ya, suasana sepi,
Akan ada juga menjadi tapi,
Mata tengok orang kesana – sini,
Mencari sesiapa yang dikehendaki,
‘cuci mata’ nama aktiviti diberi,
Rayme lala tidak belajar lagi.
Bila rayme lala hendak belajar ?
Tatkala ujian dah dekat,
baru mula mengatur matlamat,
supaya tidak tersekat – sekat,
menjawab soalan yang maha hebat,
adakah rayme lala sudah terlambat?
Mampukah rayme lala menjadi hebat?
Seperti mereka yang cepat,
Dan penembak tepat.
P/S – entri ini juga alasan rayme lala untuk tidak membuka buku. Untuk belajar. Ayoyaiiiiii..koma!
Friday, March 5, 2010
cerita kita
Rayme lala ada cerita buat kalian semua
Cerita gembira
1
Hari ini kita bertukar bertukar khabar. Masing – masing mengetahui perkhabaran yang sekian lama tidak kedengaran. Sangat gembira di hati. Terpaksa di kawal juga. Takut dia ingat remy pelik. (memang pelik pun sebenar nya.) dalam hati melonjak – lonjak. Membuak – buak. Meronta – ronta. Tak tau nak gambarkan apa. Haha. Begitu bunyi ketawa nya. Tanda gembira.
2
Hati ini sangat gembira
Bila bercerita dengan dia
Sekali pun sekadar chatting sahaja
Tuhan yang maha Esa, tahu segala
Apa yang ada di dada
Tatkala bergurau senda dengan dia
Biarpun sekadar Di alam maya
Sahaja
3
Sekalipun tidak lama
Tidak mengapa
Rayme lala tetap suka
Mungkin itu satu petanda, bahawa kita boleh bersama
Sebenar nya. Ya. Sebenarnya.
Jauh di sudut hati, petanda ini perlu menjadi nyata
Tidak sekadar suka - suka
4
Dia bertanya,
apakhabar diri mu di sana?
Ku jawab juga, sihat sentiasa.
Kalian bagaimana?
Dia menjawab juga,
biasa sahaja. Sihat seperti rayme lala
Sekian lama muka mencuka, akhir nya rayme lala tersenyum juga
Melihat symbol senyum yang di hantar kepada saya
Hati sangat gembira
Rasa seperti kahwin dengan anak raja
5
Sekian lama berkongsi cerita
line internet mencemburui kita
lantas terputus begitu sahaja, cerita kita
Tidak mengapa
Remy syukur kepada Yang Esa
Kerana memberi ruang untuk rayme lala mengenali dia
Sekali pun dahulu, sekian lama tidak bertegur sapa
Kini ketemu jua
6
Sekian cerita kita
di harap kita berjumpa di alam nyata
Rayme lala rindu kenangan kita
Gambar mu tetap kekal di computer riba, milik rayme lala
Salam terubat rindu kepada dia~
Rayme lala gembira.
Itu cerita kita.
p/s – khas buat dia. Puas tidak bertegur sapa. Harap2 kita boleh berkawan semula. Bermain seperti dahulu kala.

