Tuesday, September 4, 2012

Bad Planner

Jangan plan. Nanti tak menjadi.
Ohhh! Itu memang terjadi pada aku. So, tak payah nak serabutkan kepala yang sedia berserabut. Biar semuanya terjadi secara surprise. (daaa....!)

Ahh, cakap sahaja kau tak pandai planning. glup!


p/s - Badan lembab menyebabkan otak jadi lembab juga.

Thursday, June 21, 2012

Keluh Kesal.

Maafkan aku. 
Untuk yang kesekian kali. Aku tak akan lakukan nya lagi. Tapi bukan hak awak tuk memomokan cerita. Kerana 'kita sama'. Terima kasih kerana memberi ruang untuk mengenali kau. Aku amat hargai nya.

Jauh di sudut hati aku tersenyum. Syukur. Walau apa cara sekalipun Tuhan menguji, hikmah nya tetap ada. Maafkan aku sekali lagi.

Belum tiba masa nya untuk giliran aku bercerita dengan teman setia. Cerita kita.
Milik bersama. 

Terima Kasih

Pindah.

Oh, tak lama lagi aku akan pindah rumah. Gigih packing barang. Semoga ditemukan tempat yang selesa tanpa sebarang gangguan yang acap kali merintih di jam 0326 . 

Sesungguhnya aku sangat takut. 

Adakalanya aku perlu percaya pada benda sebegini. Ibu selalu berpesan, banyakkan berdoa. 

Di belakang sekadar bunyi. 

rintih... 

rintihh..
ri..nt..ih......

Tuesday, June 19, 2012

EURO 2012

Germany. 
I know, you will win EURO 2012.
 Congratulation in advance. 
*hug*






Fasa Perubahan


Kini, aku perlu terima hakikat yang aku sudah dewasa. Sekalipun pemikiran tidak pernah sematang – matang manusia, aku tetap berusaha untuk memikir seadil – se-relevan mungkin. Melihat kehadapan apa perlu dilakukan, terutamanya mengalas tanggungjawab sebagai anak sulung.

Sebenarnya aku masih rindu zaman belajar, zaman-feeling-cute/hensem (motip highlight) or do something cheeky.  Sekarang rasanya tak sesuai kot. Dah besar dah.  I dah dewasa. Wah! :)

Sekarang masa untuk aku capai apa yang aku impikan pada zaman sekolah. 

1.     Melancong ke luar Negara.
2.     Ada rumah, kereta sendiri.
3.     Dan bantu ibu dan ayah. Jaga mereka sebaik mungkin.


Doakan aku dapat mencapai apa yang aku impikan. Semoga Tuhan Maha Pemurah memudahkan segalanya. Amin.




p/s -  walau aku cakap aku perlu berubah dewasa, aku tetap minat Super Junior. Sekian. Argue? Fuck off.


Sunday, June 17, 2012

Selamatkan Rohingya



Ku dengar, di barat Myanmar rancak bergolak pembersihan etnik. Tuhanku, kau selamatkan sahabat - sahabat aku di sana.

Masyarakat Rohingya berlari kesana - kemari untuk menyelamatkan nyawa masing - masing. bukan sekadar nyawa yang mereka ingin selamatkan. Maruah, bangsa dan agama mereka papah.

Buat teman berbangsa Islam, turutkanlah melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan mereka. Badan - badan dunia, bertindaklah segera. Kasihinilah dan bantulah mereka untuk mendapatkan hak asasi mereka.

Berlari ke negara lain, mereka tidak di terima. Bangladesh, berikanlah mereka sedikit ruang untuk mereka hidupkan nyawa. Bukan menyeksa mereka membabi buta. Mereka manusia bernyawa seperti anda juga.

Rejim Burma, berhentilah bersikap durjana terhadap mereka. Sayangilah saudara senegara anda.

Dari jauh, pnjatkan doa untuk mereka.

Amin.

Wednesday, April 25, 2012

Sesak Nafas


1.       Sebenarnya, blog ini perlu diberikan nafas baru. Terlalu jauh  jeda masa aku lakukan untuk membuat satu – satu entri. Walhal, kalau aku hantar satu – satu entri, tak lah semeletop mana. Boo! Banyak sangat perkara yang ini aku ceritakan sebenarnya. Terlalu banyak. Cuma aku yang malas untuk mengemaskini apa yang berlaku. *rolling eye*

2.       Ahh! Mie, tak perlu kau merintih sedemikian rupa. Bukannya ada pun yang akan membaca blog kau. Jangan nak berangan sangat la. YOU are NOTHING!

3.       Tidak menggapa. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Aku berhak untuk meluahkan apa sahaja. Ini blog aku. Yang tak minat, rasa menyesakkan ; Please, jangan paksa diri untuk membenci. Keluar dari atmosfera aku dengan keadaan yang aman. Terima kasih.

4.       Bergerak pada kapasiti yang lembab dan rangkaian internet yang tidak mengizinkan membuatkan aku tidak tahu, bagaimana saya hendak menghidupkan kembali blog ini. Ya, aku sendiri perlu untuk mengakui bahawa blog ini semakin membosankan. Layout baru.  (ukuran bosan saya ialah saya sendiri sudah muak tengok blog sendiri)

5.       Biarlah dulu. Kalau aku sudah dipindahkan kerja ke tempat yang lebih selesa nanti aku akan lebih banyak post entri kat sini. (sedapkan hati sendiri) 



p/s - suara itu. suara itu. satu badi.

Thursday, February 16, 2012

Permulaan 2012

1. Kiranya nota julung kali untuk tahun 2012. Bulan ke dua ye.-------> perasan tak dengan sindiran ni? Haha aku tak malas. *cover line* . Beberapa perkara yang perlu untuk saya kongsi berkenaan dengan permulaan tahun baru ini. 

2. Kalau boleh, saya nak jadikan permulaan ini sebagai gambaran awal kepada apa yang akan berlaku pada tahun ini . Rumusan yang dapat di buat setakat ini : tidak mengembirakan aku. So far.

i. Kerja 
- pembukaan tahun 2012 ini Ladang aku mula mengeluarkan hasil. Peringkat pertama ini masih dipanggil scout harvesting. Maknanya, segala keuntungan masih tidak dimasukkan ke dalam keuntungan syarikat secara keseluruhannya. Jadi, penggunaan wang dari keuntungan hasil  kelapa sawit boleh digunakan untuk menyengelarakan kerja2 maintenance. Jimat la budget untuk tahun ini. 

- tahun 2012 ini juga menyaksikan 2 daripada 4 orang staff saya ditendang keluar dari syarikat. Reason? + ve dadah. Perkara ini sekali gus akan memberikan implikasi kepada aku . Mereka di bawah jagaan aku. Sedikit terkilan. Soalnya, terma peribadi sudah bercampur aduk. Tak faham? Lu pikir la sendiri. 

ii. Hal - hal peribadi
- life, macam biasa . SUCK! Unless kalau aku balik jumpa kawan di Kch. Or balik kampung. Sangat bosan. Tak ada idea nak interpret cam mana. Untuk mengubat hati yang lara, aku beli buku. Buku Fixi lengkap dah semua koleksi. Setiap bulan aku beli buku. Kalau aku bosan baca buku, aku bertweet, aku surf tenet yang lembab macam Kerajaan Malaysia. Oh! What a life. 

- oh ya! Aku sudah buat passport. Hurm, nak pergi mana aku tak pasti.       -mute-

- aku tengah kumpul duit buat rumah. Kawan lain sibuk nak beli kereta, aku sibuk nak buat rumah. Hahaha tak apa. Aku kan insan luar biasa. 

- single? Yesssssss! Aku masih single. * pergi mampus yang feeling aku promote diri* haha aku dah tak kisah soal berpacaran ni. Bila imbas kembali kisah dulu, aku, betapa aku bazirkan masa aku. Daripada aku sibuk kumpul jumlah pasangan, baik aku sibuk kumpul harta. Haha aku kan luar biasa? 

- Kalau ada jodoh, adalah tuh. * bunuh diri*










P/s :- Finally. Blog ini bukan blog inspirasi, blog ini juga tidak menjana pendapatan engkau. Kbai.