pada ketika ini, aku baru habis meonoton berita AWANI. saja. sekian lama tidak menonton berita. al maklum lah, saya juga seperti tipikal rakyat malaysia. kurang menonton berita. tidak ada apa yang perlu di bangga.
2.
kali ini, satu wawancara yang bersama DATO' HJH. WAN RAMLAH BT. WAN ABD. RAOF. membuatkan aku terdetik untuk memulakan rentak entri baru, untuk menghiasi blog ini.
3.
satu perkara penting yang telah diangkat adalah berkenaan dengan sambutan Baci Penduduk dan perumahan 2010, yang mana 22% tidak mendapat sasaran yang di sasarkan. angka ini amat menarik. tetapi agak pahit untuk di telan. dalam kita menyahut seruan kerajaan. kecewa.
4.
disini, hadir nya aku sebagai seorang pembanci, ada berberapa perspektif yang boleh saya nampak, kenapa Banci Penduduk 2010 ini tidak mendapat sambutan yang menggalakan.
a) pengiklanan yang tidak berkesan. (isi kandungan dalam iklan)
-. contoh nya, kita semua faham bahawa soalan2 yang di ajukan amat peribadi.
cth : kereta berapa buah, penghawa dingin ada atau tidak, dsb. even termasuk gaji berapa dalam sesebuah isi rumah. soalan2 sebegini boleh menimbulkan syak waksangka kepada responden terhadap kita. jadi, soalan2 sebegini tidak dijelaskan oleh media untuk apa tujuan soalan2 ini di tanya. sepatut nya, pihak media patut jelaskan apa tujuan soalan2 yang berbentuk sebegini di tanya. dan apa gunanya. kerna kita semua faham, level education setiap orang berbeza. (yang di bandar terutama nya. ) sepanjang saya tengok iklan banci di tv, mereka sekadar menjelaskan APA ITU BANCI. tapi huraian terhadap soalan yang di berikan masih belum ada.
b)individu
- tidak juga kita boleh meletakkan masalah ini 100% di tangan media atau pun pihak atasan. satu hakikat yang perlu kita telan, bahawa sikap individu yang terlalu mementingkan diri juga amat mengecewakan.
cth : ada sesetengah responden lebih suka buat tak tahu atau pun buat - buat sibuk semasa pembanci hadir. seharus nya mereka perlu sedar, hadir nya banci ini juga akan memberikan impak positif bukan saja kepada negara tetapi itu untuk mereka juga. ianya di gunakan unuk menganggar bajet negara pad amasa depan dan sebagai nya.
c) pengurusan.
- bagi kawasan saya, pada awal nya mereka katakan rumah mereka telah pun dibanci. kenapa?
ini disebabkan jadual banci yang di lakukan oleh Jabatan Perangkaan amat rapat dan bertindan dengan Banci Penduduk dan Perumahan 2010. secara logik akal, apabila hadir orang kedua untuk membanci(dalam jangkamasa terdekar), ini akan memberikan satu syak waksangka kepada responden. perkara - perkara ini seba sedikit menaikkan lagi peratusan kegagalan Banci Penduduk 2010.
5) kesimpulan , kali ini , bukan hendak menuding jari kepada sesiapa yang salah. hari ini, kita hendak melihat output, hasil dari Banci Penduduk 2010. diharap, kita sama - sama boleh memberikan kerjasama sepenuhnya.
sekian.
No comments:
Post a Comment