Sunday, January 16, 2011

Gawai Antu. Rayme Lala . Perspektif.

1.
Hurm. Hai! Im back. Minggu pertama 2011 sepatutnya entri ini dikeluarkan. Haha. Tapi, siapa tak kenal dengan kemalasan aku. Eh, jap2! Ini bukan malas, tapi aku betul – betul sibuk. ( ini serius!haha) Kerja. Ye aku kerja. Haha 


younger brother, n cute cuz!

2.
Bukan apa, kali ini aku hendak berkongsi pengelaman. Chewah! Pengalaman selama umur aku tak pernah tengok satu perayaan bagi masyarakat Iban. Cukup menarik. That is it. GAWAI ANTU. Haha kalau di terjemahkan dalam bahasa Melayu secara mentah – mentah ialah, ‘’hantu bergembira’’ . haha! Tergelak.


 my brother, bapa sedara

3.
Bukan hendak menceritakan salah – silah dan bagaimana upacara tersebut dijalankan. Kalian boleh saja rujuk kat Kak Google. Dia pemurah.  apa yang aku hendak kongsikan bersama ialah, kemeriahan upacara tersebut.

4.
Wow! Sangat meriah! Lagi meriah dari Anugerah Juara lagu, or what-so-ever. Kalian boleh bandingkan dengan mana – mana upacara sekalipun. Apa yang pasti Gawai Antu is very da meletop, diva, bunga api bagai. U named it!


 kazen : mila, patrice!

5.
5 hari berturut – turut tetamu kunjung datang. Minuman seperti Bir, Level 5(favorite), Jack Daniel, Black Label, Bacardi(favorite) and so on ntah berapa ratus botol dah habis. Aku terbayangkan berapa budget yang telah di gunakan. Menelan air liur juga aku pada masa tuh. Haha.

- Okeh! Lets do some simple math
• 1 bottle level 5 is RM 150.00
• 1 bottle Black Label is RM 130 (plus minus)

6.
Kemudian darab kan dengan 70 botol setiap satu. (sedang tekan kalkulator)
Wah! Anggaran untuk wain sahaja (tak termasuk bir) lebih kurang RM 50000 ! damn!
(tak kira lagi makanan untuk tetamu dan sebagainya)


 jangan risau, dua - dua cute! aww! melvinson!

7.
Fuh! Banyak tuh! Haha. Tapi taka pa , bukan duit aku yang keluar. Haha. Persiapan bermula dari tahun lepas sebenarnya. Oh! Mereka bijak mengatur.

8.
Di saat kemeriahan itulah, aku mula mengenali sahabat handai baik yang jauh mahupun yang dekat. Tak pernah ketinggalan, sanak saudara. Noted. 


 rayme lala, nenek, kazen (mila)

9.
Siapa sangka, dalam ramai – ramai masyarakat Iban yang hadir berkumpul bergembira, terlihat seorang gadis Melayu. Tunggal yang hadir memeriahkan suasana. Hatty namanya. Jauh di sudut hati aku terharu, seorang gadis Melayu. yang bukan darah daging, bukan sepupu – sepapat hadir menghulurkan bantuan di samping memeriahkan suasana.

10.
Di saat aku melihat tangan berbalut plastic untuk membantu selagi boleh, aku terharu ; gadis manis ini pandai menyesuaikan diri. Bijak berada di komuniti orang yang terlalu asing buat dia. Ini sebenarnya bukti, bangsa , bahasa dan agama tidak membezakan kita. Tambah lagi, dia pandai menyesuaikan diri dengan ahli keluarga aku. Oh! Tuhan ku, kurniakan aku sifat cerianya kepada aku juga. Aww!


 wanita iban dari kampung sebelah. berketas.

11.
Tersenyum juga aku tatkala melihat adik beradik mak aku kumpul bersama. Kalaulah datuk masih hidup dan melihat scene nie, mesti dia gembira. Oh! I miss u Grandpa!

12.
Melayan karenah sepupu, tak manang tangan. Buat eddy, seemslike long time we didn’t meet each other. I miss u so bad. Thanx for spending time with me. Oh ya! Runway! Photoshoot, kekal jadi tema. 


 upacara miring sedang dijalankan


13.
Jangan jadikan jarak dan masa sepagai pemisah antara kita. Kekalkan berhubung ya .

Kongsilah gambar ini buat kenangan bersama. Aku rindu masa itu.(gambar selebihnya akan menyusul.)

aku rindu,
Semoga kita ketemu.
simpan dulu, hati yang menderu.
Menyeru, kata rindu
Aku rindu.

No comments: