Tuesday, February 15, 2011

entri : Valentine, asalkan ada.

1.
Valentine. Aku mula membayangkan suasana yang amat romantic. Hadiah berbentuk hati, bunga rose, cincin, berpasangan, exclusive restaurant and so on. You name it! Setiap individu menyambut dengan pelbagai cara. Buat yang bertentangan dengan agama, mereka diam sahaja.

Namun saat valentine ini juga mulalah segelintir manusia memberikan serba sedikit pandangan terhadap valentine, atau erti kata lain, Hari Kekasih. Sama ada yang pro atau kontra, terpulang pada diri mereka masing – masing. Mulut mereka. Sesiapa pun berhak.

2.
Bagi yang bersetuju dengan kehadiran Valentine Day: mereka beranggapan bahawa itulah hari paling istimewa buat si dia dan kekasih. Maksiat ? oh! Itu terpulang kepada nafsu serakah dan keutuhan iman masing – masing. Kalau buat seks bukan hari valentine pun tak ada beza. Kekal juga seks. Kekal juga DOSA. So tak ada reason nak kata valentine day is hari maksiat. (ini dirumus dari Facebook seorang sahabat. Naz. Haha ) thanx for the idea.

Ada yang menentang hadirnya hari Valentine. Meluahkan buah fikiran mereka masing – masing. Ada di antara mereka berpendapat bahawa hari ini akan mendorong kita membuat maksiat, mendorong kita melakukan dosa, bukan perayaan sesetengah kaum. Oh! Banyak lagi. Mintak lagi daripada mak cik Google, dia akan sediakan. Tak cukup dengan carutan siap buat pakatan , tunjuk perasaan. Oh! Bosan dengan drama sebegini. Haha. Lame! 

3.
Saya ? oh! Saya tak pasti sama ada saya menyambut nya atau tak. Haha. Hidup single sifatnya lebih simplistic. Kata abg Bonat, tak mati kalau tak ada couple. Yes, saya menyokong. 100%. Jadi, bersempena dengan 14 Februari, balik dari pejabat, aku mengambil keputusan untuk menonton wayang sorang – sorang. Semoga aku gembira. Hurm. Boleh tahan juga aku. Nonton sorang – sorang. Haha

Sengaja aku tak mengajak kengkawan. 2 alasan, pertama – tak nak ganggu privasi mereka. Mungkin , mereka nak luangkan valentine mereka kat orang yang mereka sayang. Siapa tahukan ? Kedua – cuba untuk hang out sendiri, enjoy sendiri. Haha (enjoy kah aku ? ) :P

Kebetulan keesokkan harinya cuti umum. aku boleh balik lewat. Oh! This is heaven.

4.
Cuba untuk aku salami hati, apa sebenarnya yang aku mahu. (lagu sofea jane – black berdendang)oh! Sehingga saat ini aku tak daham, bagaimana nak lakarkan perasaan ini. Ahh! Apa ini. Hurm.



Tak apa lah. Ini sekadar entri yang merepek. Valentine, asalkan ada.

No comments: