Saturday, February 26, 2011

penat.

i.
saat aku lali,
jerih pedih mengigit sengal,
lesu yang tak perlu di sangkal,
hati gundah, bebual

ii.
geli geliman, 
mencerna sketsa ketinggalan zaman,
tak sedar fasa perubahan,
rambut kau dah beruban,
ikutlah dunia sezaman.

iii.
aku lelah,
mendengar drama yang tak sudah,
tak lepas dari pengertian pundah,
seantero dunia punya serabah. 
blah!

iv.
hati amat,
mahu semua ini tamat,
kerah segala keringat,
demi impian yang kita hambat,
agar kita bergaul rapat,
tidak sesat,
walau sesaat!




1 comment:

Gracie A. Usun said...

hati sakit tiada siapa yg tahu
kerana terlalu mnjaga hati
diri sendiri merana...

hi...:D