Monday, January 2, 2012
ERECTION!!! VICTORY!!!
1. Oh! Sedar tak sedar, sudah 3 entri aku post untuk kali ini. Bongga siot (^_^) à (kpop sangat kan? ). Sebelum entri ini di tulis dengan lebih panjang lagi, molek kiranya aku ucapkan sekalung aprisiasi buat teman yang taja laptop untuk aku terus gigih menulis entri blog ni. Thanx bro. Nanti aku belanja makan. I know, u love sangat makan.
2. Entri kali ini, ringkas.
3. Aku ingin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih buat Pasukan Debat UiTM Sarawak kerana memenangi pertandingan Debat Piala Naib Canselor yang bertempat di UiTM Shah Alam. Tahniah! Kiranya kali ini merupakan kejayaan paling cemerlang buat UiTM Sarawak.
4. Bagi Kategori Bahasa Inggeris juga berjaya meloloskan diri ke peringkat akhir. Untuk Pidato, kedua – dua Kategori juga berjaya masuk ke peringkat akhir. Oh, cukup manis.
5. Buat Iee, Iem dan Friz , tahniah! Saya yang jauh ini tumpang gembira dengan kejayaan kalian. Itu yang kita sangat impi – impikan selama ini. Sesungguhnya aku sangat terharu (kesat air mata ). Sekalipun aku sekadar mendapat update dari panggilan telefon. Oh! Sangat bermakna.
6. Buat Miss Leela, ini merupakan hadiah yang paling manis buat beliau. Terima kasih miss L. banyak sangat kemajuan yang telah di buat. Hasil dari sentuhan anda. #happyending.
7. Sehari selepas mengetahui kejayaan Pasukan Debat UiTM Sarawak, sekali lagi aku mengalirkan air mata. Bila aku flash back apa yang berlaku, jerih pedih tawa ceria, hidup mati ahli kelab debat. Aku berasa sangat bangga, aku sebahagian daripada sketsa itu.
8. Air mata ini semakin laju mengalir, bila mengenangkan apa yang akan terjadi pada masa depan. Ya Tuhan ku, mampukah mereka menghadapi cabaran hari esok tanpa seorang pemimpin yang berkaliber seperti Miss L?
9. Tetapi, tidak pula untuk aku menafikan kekuatan dan kemampuan adik – adik. Tidak sama sekali. Cuma terkadang, terdetik dan akan terasa kekosongan, tempat bergantung dan kekangan yang tidak pernah kita jangka. Oh! Adik - adik sekalian, tabahlah.
10. Jauh di sudut hati, aku berasa sangat rindu untuk mendampingi mereka dengan lebih rapat. Sama seperti dahulu. Mereka cinta mati ku.
11. Life must go on. Bye! I love all o you kids!
p/s – tika sekarang, rasa sebak itu kekal ada. Sob. Sob. Sob..... uwaaaaa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment