(entri ini ditulis bersama alunan merdu suara Adele – Album 19)
Bersempena dengan perasmian laptop baru yang aku beli, aku
ingin canangkan bahawa ini merupakan entri pertama yang ada dalam computer riba
aku. Untuk itu, aku ingin mengulas sedikit sebanyak novel yang aku baca
sekarang ni.
Memandangkan aku sudah kehabisan buku baru untuk dibaca,
jangan hairan andai aku mengulang semula buku yang aku sudah baca.
Perkara yang
sama terjadi kepada sebuah buku keluaran Fixi ni.
Yang aku maksudkan ialah,
Licik karya Sham Hasim dan Julie Anne.Seperti buku – buku Fixi lain, Licik juga tidak menekankan
persoalan cinta tahap cinta-kahwin-cerai-madu-setia seperti buku – buku
keluaran Alaf 21 yang sudah menjadi
darah dalam kerangka syarikat penulisan yang boleh dikatakan gergasi tersebut.
Buku ini mengisahkan……blablabla (baca sipnosis) . Apa yang
ingin aku ketengahkan dalam buku ini adaah soal kelebihan yang ada pada buku
ini (ingat, aku bukan promoter nak promote buku ini. Sekadar memberi pandangan).
Antara bahagian yang menarik dalam buku ini adalah :
1.
Saat Sadik dan Fira menipu beberapa orang kaya
yang mudah terpengaruh dengan kecantikkan wanita dan harta.
2.
Fira telah ditipu oleh Sadik, sehingga
memberikan wakeup call buat mira yang
tengah hanyut dengan belaian cinta – licik si Sadik.
3.
Siri keberanian penulis mengetengahkan bahasa
Iban dalam novel Bahasa Melayu. so proud : )
Aku tak pasti sebenarnya, kalau aku baca buku ini aku mesti
akan teringatkan salah sebuah buku Fixi – PECAH. Mungkin konsep kedua- novel
ini menengahkan konsep penipuan. Mungkin.
Apa – apa pun, skala yang aku boleh bagi kat buku ini ialah
6/10.Sebagai pembaca dan peminat buku Fixi, semoga terus kekalkan
kualiti novel kalian.
Sekian.
p/s: double check spelling dalam novel ya !
No comments:
Post a Comment