Monday, March 4, 2013

Selamat hari lahir Momo


Rasanya sangat lama kita tidak ketemu. yeah, i miss you a lot! :) take care.
 Ambik Master elok-elok. :) 


Mengelamun vs sewel


Kebelakangan ini aku kerap mengelamun kata kau!. Sangat banyak benda yang aku fikirkan. Rata – rata, apa yang aku lamunkan agak tidak masuk akal. Sehinggakan aku tertanya-tanya kepada diri sendiri, itukah yang di katakan ilham ? wait, seriously? ilhamkah itu? Katakannnnnn! Haha

 Ada beberapa lamunan yang mencuri perhatian aku, sehinggalah ianya terjerlus ke blog aku. Kalau kongsikan perkara ini, aku harap korang tak fikir aku gila/sewel or mana- mana yang seangkatan dengannya. Err....*head nodes*

1.  Aku pernah mengelamun yang aku pernah ada satu kuasa yang boleh kawal satu benda.Contohnya; aku boleh musnahkan kereta Honda City dengan sekelip mata. Aku cuma perlu genggam tangan aku seerat-eratnya, maka seluruh kereta Honda City di dunia akan musnah dan berdebu. Kalau hendak digambarkan dekat globe, plotkan dimana letaknya kereta Honda City tersebut, apabila dimusnahkan oleh aku semua kereta tersebut lesap. Fuhh.. bayangkan!

 2.     Aku boleh bertukar wajah sesuka hati. Dalam konteks lamunan ini, aku rasa dipengaruhi bentuk badan aku yang semakin tembam dan perut aku yang semakin membuncit. Haha!Bayangkan aku boleh bertukar rupa bentuk sesuka hati? Aku selalu aku boleh jadi secantik Miranda Kerr,  aku boleh setampan Henry Golding, Kim Hyun Joong, Lee Minho, dan comel macam Kim Beom dan mana – mana artis Korea yang tampan. Ohhh! Bestnya kalau ada bentuk badan yang solid, 6 pack dan sebagainya. Best giler!

Di kawasan aku mencari rezeki ni, sangat susah access nak ke mana-mana. Sebab dikelilingi oleh sungai. Kena naik feri, kena naik bot baru boleh pergi kemana –mana. Setiap kali menaiki feri tu, setiap kali tu lah bergadai nyawa memohon harap agar kereta aku tidak mencium hujung feri tersebut. Sangat tricky ---> down.  (aku harap JPJ tambah lagi satu ujian, iaitu ujian menaiki feri untuk melayakkan diri memiliki lesen memandu).

Terfikir juga aku, mungkin ini cara orang gila berfikir. Perasan tak orang gila selalu senyum dan ketawa sendirian? Sebab mereka berada di dunia khayal mereka sendiri?

Aku harap aku tidak gila. (Cuma sedikit obses dengan K-pop)

*layan Running Man*

Friday, February 15, 2013

Yuna.

Favourite Thing by Yuna #lyrics via @musixmatch http://lyr.cx/t/17275880

Thursday, February 7, 2013

Saturday, January 19, 2013

Nota ringkas

Selamat tahun baru. Azam tahun baru? Tak tahu.

Terus di tindas

Tolonglah, jangan tindas kami.
Kami disini hidup mencari rezeki. Kita sama mencari rezeki
Cara kau buat kami begini buat aku benci seisi kaum mu. Rasa nak ku ludah muka kau. Grrr.

Aku cuma berangan-angan sahaja sebenarnya. Mana mampu aku melawan kaum mereka yang maha besar itu.

Dan kami terus ditindas....

Saturday, December 1, 2012

Ratu

Cinta saya pada Ratu akan kekal selama-lamanya. kalian, doakan kebahagian kami.

Thursday, October 18, 2012

TaTOO


INTRO
(Muka Bengis)
Menyerap semangat perjuangan Rentap….. (gitu)

Elopps! 
Sebenar nya aku teringin nak bertatoo. Nampak la ciri-ciri Iban tu sikit (glup!) bukan apa, selama ini ramai yang ingat aku Melayu. So, dengan adanya tattoo nanti, mudahlah orang mengenali diri ini. -->(statement minta  tikam dengan tombak.)
Kalau tak silap, bagi masyarakat Iban, pemilihan tattoo sangat penting. Kalau badan tak dapat hold tattoo tu, badan akan rasa sakit dantidak selesa.  

cool kan? 

Step pertama yang perlu aku lakukan ialah, SAVING. Maka gigih la aku melacur sana-sini mencari rezeki yang halal untuk me- natoo badan aku. Heh! Lain la kalau gaji aku sama dengan gaji Najib tak apa jugekk. . haha.

Ohh! Tak sabar nak buat taooo! 




Terjumpa gambar ini. Baru sedar, dulu masyarakat Iban ada alphabet tersendiri. (apa kaitan gambar ni dengan tatoo? moink. #major


Tuesday, October 16, 2012

Happy Belated Birthday Rayme!


        Ok, mungkin post ini sedikit lambat dari tarikh sepatutnya di post. Erm, sebenarnya sampai sekarang aku masih tertanya-tanya kenapa perlu aku simpan entri ini lama – lama. Lupakan lah. 
       Tanggal 28 September merupakan hari yang paling aku tak ingini. Yes! Hari lahir aku. Maka aku semakin tualah jawabnya. (hari jadi kali ke berapa, terpaksa di sembunyikan atas faktor – faktor depress yang SIGNIFICANT – Nampak tak capital letter tuh? ) *demam*
        Haha, kalau tahun lepas hadiah paling sweet aku dapat is nektie dari Miss L. Dia beli kat Germany you! Thanx miss L.
        Untuk tahun ini, aku tak dapat apa- apa dari orang. Wish sahaja. Oh, aku tahu aku akan dapat poskad dari Miss L dan Sheela bila dia jelajah Europe nanti. Wiewieett!
So, since aku tak dapat apa- apa hadiah dari orang lain,dengan muka tak malunya  aku buat la hadiah buat aku sendiri. Tada!
         Aku siap tempah awal- awal Buku Fixi, supaya buku tu sampai masa Hari Jadi aku nanti. – Nampak tak tahap ketaksuban aku dengan hadiah? Tak cukup lagi tuhhh, aku siap settle awal-awal kereta . cakap kat si dealer kereta aku nak kereta tuh keluar pada 28 september – feeling Kimora Lee.
        Akhirnya, segalanya berjaya. Seperti yang dirancangkanaku Berjaya dapat 12 biji Novel dari Fixi buat bacaan dan Preve keluar la. Hehehe yang penting aku pakai duit aku sendiri untuk beli.

      TGIF – Thank-God-Im-Fabulous.

Tada! nampak tak betapa besar bungkusan buku ku ini. Happy Birthday Raymelala! 

Haa. ini lah isi segala isi kandungan dalam bungkusan besar ituuu. weiwieet! -over to the top.

Lupa nak mention, ini T-shirt x-bos aku bagi kat aku. sempena beliau melancong ke Indonesia. haha thanks bos! aku sorang dia bagi tuhhh! 

akhirnya, keluar jugek kereta yang aku impikan. haha jemput naik! 

Aku suka LED niii! cool. rawrrr!



Lupa, aku tak dapat cake tahun niiii! 

Sunday, October 14, 2012

FIXI PECAH

Heh, sekali lagi aku dapat buku yang limited edition.




Tada! Aku sempat rembat HARD COVER novel PECAH. Thanx abg Bonsai merangkap penulis Pecah  kerana sudi booking buku tersebut untuk aku. Siap dapat 2 nashkah tuh. Haha satu aku bagi kat seorang sahabat, sebagai kenang- kenangan.

Sebenarnya sudah lama sudah aku nak memberi secalit komen pada buku yang bakal difilemkan  diterjemahkan dalam bentuk filem oleh anak syarikat Grand Brilliance ini.

Sebenarnya kalau kita baca tajuk pun kita tahu bahawa buku ini bukan novel cinta. Bila aku dapat tahu bahawa abg Bonsai a.k.a Khairulnizam Bakeri bakal mengeluarkan novel memang seperti yang aku dijangka bahawa novel beliau nanti banyak bermain dengan plot dan ending cerita selain daripada menekankan aspek keindahan bahasa. Ahh, sesiapa pun pasti akan menjangkakan perkara yang sama bagi sesiapa yang sentiasa mengikut tiap entri yang ditulis di blog Salah Taip milik beliau.

Sebagai seorang pembaca, sejujurnya buku ini sesuai dibaca oleh golongan yang ingin mendalami uniknya Bahasa Malaysia. Apa yang jelas, banyak perkataan – perkataan yang jarang digunapakai oleh penulis-penulis lain (mungkin). Disini juga, kita juga boleh menikmati keindahan bahasa yang beritma sehingga ianya boleh menyebabkan kalian tersenyum sendirian (terbukti).

PECAH yang bakal ditayangkan pada awal tahun 2013 ini memiliki plot cerita yang cukup menarik, sehinggakan  kita akan tertanya-tanya kenapa si peguam (Herman) menjadi pencuri tapi untuk tujuan kebaikkan (menangkap pesalah yang sebenar). Kalau nak tahu lebih lanjut, wajiblah beli ya.


Memandangkan filem ini dalam proses pembikinan filemnya, maka tergerak untuk aku stalk siapakah barisan pelakon yang bakal membintangi filem PECAH ni. Haha, best! Yang pasti ada Fiz Fairuz – pelakon pujaan ever after. Hahaha jujurnya aku tak sabar tengok filem ini.

Jauh disudut hati aku berharap abg Bonsai akan mengeluarkan sebuah novel cinta pula. Teringin hendak baca ayat romantic yang beritma seksi. Haha

Salam. 

ok,aku tak tahu macam mana nak rotate gambar ni. =.=" 

RIP DATUK



Dulu, masa kami se-sepupu masih kecil, datuk suka nyanyikan satu lagu buat kami. Datuk sudah pergi meninggalkan kami. Hampir 8 tahun. Rasa baru semalam aku menguburkn mayat datuk.   Bila aku rindukan datuk, aku akan nyanyikan lagu tu dalam hati. Tapi tak sepenuhnya la. Ada certain lirik yang aku lupa. Ini lirik nya:

Aku bisi ninga,
Orang begau malam tadik,
Baka rauh munyi nyawa,
Ngumbai pangan dirik jai,

…….dah tak ingat dah. Haha


Tapi, apa yang pasti lagu tu ada sebut nama sepupu aku yang sorang ni, yakni si Junny. Dia memang selalu puji Junny. Anehnya kami se-sepupu yang lain tak pernah kisah atau mempersoalkan semua itu. Aku rindu saat datuk memanjakan aku.  Ahh! Betapa aku rindukan masa itu. :) 

Datuk, semoga engkau mendoakan segala kejayaan dan kesihatan kami semua.


RIP TUAI RUMAH AMAN ANAK GINCHANG




exam! akik, wish me luck. doakan si penjaga peperiksaan tak nampak toyol aku bawak. kbai. =.=''

Thursday, September 27, 2012

Betul Sangkaan Ku.

Dulu aku ada cerita tentang seorang budak yang aku suka cara dia berfikir. Sekarang terbukti, dia punya kelebihan pemikiran amat tinggi logiknya. : 


Jika burung terkurung kerana sangkar manusia terkurung kerana peraturan.Manusia akan lurus macam pembaris,taat seperti kompas kepada utara,ikut telunjuk jari yang menuding tanpa membantah hanya kerana takutkan peraturan.Perlukah itu semua,mengapa kebebasan kita disekat.Mengapa perlu adanya hukuman,gari ditangan dan perlukah sebutir peluru menembusi tubuh yang mengandungi darah yang sama merah seperti darahmu atau perlukah tali itu meragut setiap nyawa yang sama bernafas seperti caramu."perlu kerana mereka melanggar peraturan,setiap perbuatan yang melanggar peraturan adalah salah",inilah kata-kata pembaris dan kompas peraturan.Jika kekerasan ini yang digunakan untuk menegakkan peraturan,maka ketahuilah bahawa kekerasan ini juga yang akan memerangi peraturan.Dan jika kekerasan ini yang dinamakan peraturan,aku lebih rela menentangnya daripada tunduk kepadanya.Kerana perwira dahulu pun menentang peraturan yang pernah dicipta dan kini ianya merupakan sejarah yang amat berharga,sehingga kini kita masih mempelajari dan darinya kita telah mencapai kemerdekaan...jadi aku katakan..."fucking rules"...FROM....PP5&OGE&OBE.....529/2619/12...I******@B***S*T***2012. - TOMMY AMIE.


Orang mengatakan"genggam bara api biar sampai menjadi arang",bukankah ianya satu tindakan yang bahaya dan akan menyakitkan tanganmu...tiada apa-apa faedah pun yang kamu dapat kalau kamu berbuat demikian...malah kamu sendiri yang akan mendapat sakit atas perbuatan kamu itu...bukankah lebih baik jika kamu"padam bara api sebelum menggegamnya",ini lebih baik kerana tubuhmu tidak tercela dan bara yang telah menjadi arang boleh kamu gunakan untuk kemudian hari...malah kamu mendapat faedah darinya...ingat jangan membuat sesuatu yang memudaratkan diri sendiri...tetapi buatlah sesuatu itu seperti kamu membuat diri kamu sendiri....THE END....FROM...one green&blind eye/kebebasan... -TOMMY AMIE


Dia class mate aku dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Masih teringat ketika dia di hukum cikgu Manibalan masuk dalam tong sampah ketika kelas Ekonomi Asas. Dia tidak melawan. I love his style. 



Aku copy paste dari dia punya Facebook Status. 

Tuesday, September 25, 2012

SEMI – MENTAL


Akhir – akhir ini, aku acapkali aku bercakap bersendirian. Aku harap aku tak gila. Haha bukan apa, banyak perkara yang aku perlu ingat. Dengan menyebut, aku akan mudah mengingatinya.

Ini method yang  baru praktikkan untuk mengatasi masalah pelupa aku yang agak kronik. Kalau tulis…. 

Pengsanla aku nak kena bawa nota dan pen kemana – mana.

Tak apa, ikut mana suka la. As soon as dapat ingat apa perlu di lakukan seterusnya, aku rasa tak ada 
masalah. J

FIXI - LICIK



(entri ini ditulis bersama alunan merdu suara Adele –  Album 19)

   Bersempena dengan perasmian laptop baru yang aku beli, aku ingin canangkan bahawa ini merupakan entri pertama yang ada dalam computer riba aku. Untuk itu, aku ingin mengulas sedikit sebanyak novel yang aku baca sekarang ni.

   Memandangkan aku sudah kehabisan buku baru untuk dibaca, jangan hairan andai aku mengulang semula buku yang aku sudah baca. 

Perkara yang sama terjadi kepada sebuah buku keluaran Fixi ni.

    Yang aku maksudkan ialah, Licik karya Sham Hasim dan Julie Anne.Seperti buku – buku Fixi lain, Licik juga tidak menekankan persoalan cinta tahap cinta-kahwin-cerai-madu-setia seperti buku – buku keluaran  Alaf 21 yang sudah menjadi darah dalam kerangka syarikat penulisan yang boleh dikatakan gergasi tersebut.




    Buku ini mengisahkan……blablabla (baca sipnosis) . Apa yang ingin aku ketengahkan dalam buku ini adaah soal kelebihan yang ada pada buku ini (ingat, aku bukan promoter nak promote buku ini. Sekadar memberi pandangan). Antara bahagian yang menarik dalam buku ini adalah :


1.       Saat Sadik dan Fira menipu beberapa orang kaya yang mudah terpengaruh dengan kecantikkan wanita dan harta.

2.       Fira telah ditipu oleh Sadik, sehingga memberikan wakeup call buat mira yang tengah hanyut dengan belaian cinta – licik si Sadik.

3.       Siri keberanian penulis mengetengahkan bahasa Iban dalam novel Bahasa Melayu. so proud : )

  Aku tak pasti sebenarnya, kalau aku baca buku ini aku mesti akan teringatkan salah sebuah buku Fixi – PECAH. Mungkin konsep kedua- novel ini menengahkan konsep penipuan. Mungkin.


  Apa – apa pun, skala yang aku boleh bagi kat buku ini ialah 6/10.Sebagai pembaca dan peminat buku Fixi, semoga terus kekalkan kualiti novel kalian.

Sekian. 


p/s: double check spelling dalam novel ya !

Tuesday, September 4, 2012

Bad Planner

Jangan plan. Nanti tak menjadi.
Ohhh! Itu memang terjadi pada aku. So, tak payah nak serabutkan kepala yang sedia berserabut. Biar semuanya terjadi secara surprise. (daaa....!)

Ahh, cakap sahaja kau tak pandai planning. glup!


p/s - Badan lembab menyebabkan otak jadi lembab juga.

Thursday, June 21, 2012

Keluh Kesal.

Maafkan aku. 
Untuk yang kesekian kali. Aku tak akan lakukan nya lagi. Tapi bukan hak awak tuk memomokan cerita. Kerana 'kita sama'. Terima kasih kerana memberi ruang untuk mengenali kau. Aku amat hargai nya.

Jauh di sudut hati aku tersenyum. Syukur. Walau apa cara sekalipun Tuhan menguji, hikmah nya tetap ada. Maafkan aku sekali lagi.

Belum tiba masa nya untuk giliran aku bercerita dengan teman setia. Cerita kita.
Milik bersama. 

Terima Kasih

Pindah.

Oh, tak lama lagi aku akan pindah rumah. Gigih packing barang. Semoga ditemukan tempat yang selesa tanpa sebarang gangguan yang acap kali merintih di jam 0326 . 

Sesungguhnya aku sangat takut. 

Adakalanya aku perlu percaya pada benda sebegini. Ibu selalu berpesan, banyakkan berdoa. 

Di belakang sekadar bunyi. 

rintih... 

rintihh..
ri..nt..ih......

Tuesday, June 19, 2012

EURO 2012

Germany. 
I know, you will win EURO 2012.
 Congratulation in advance. 
*hug*






Fasa Perubahan


Kini, aku perlu terima hakikat yang aku sudah dewasa. Sekalipun pemikiran tidak pernah sematang – matang manusia, aku tetap berusaha untuk memikir seadil – se-relevan mungkin. Melihat kehadapan apa perlu dilakukan, terutamanya mengalas tanggungjawab sebagai anak sulung.

Sebenarnya aku masih rindu zaman belajar, zaman-feeling-cute/hensem (motip highlight) or do something cheeky.  Sekarang rasanya tak sesuai kot. Dah besar dah.  I dah dewasa. Wah! :)

Sekarang masa untuk aku capai apa yang aku impikan pada zaman sekolah. 

1.     Melancong ke luar Negara.
2.     Ada rumah, kereta sendiri.
3.     Dan bantu ibu dan ayah. Jaga mereka sebaik mungkin.


Doakan aku dapat mencapai apa yang aku impikan. Semoga Tuhan Maha Pemurah memudahkan segalanya. Amin.




p/s -  walau aku cakap aku perlu berubah dewasa, aku tetap minat Super Junior. Sekian. Argue? Fuck off.


Sunday, June 17, 2012

Selamatkan Rohingya



Ku dengar, di barat Myanmar rancak bergolak pembersihan etnik. Tuhanku, kau selamatkan sahabat - sahabat aku di sana.

Masyarakat Rohingya berlari kesana - kemari untuk menyelamatkan nyawa masing - masing. bukan sekadar nyawa yang mereka ingin selamatkan. Maruah, bangsa dan agama mereka papah.

Buat teman berbangsa Islam, turutkanlah melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan mereka. Badan - badan dunia, bertindaklah segera. Kasihinilah dan bantulah mereka untuk mendapatkan hak asasi mereka.

Berlari ke negara lain, mereka tidak di terima. Bangladesh, berikanlah mereka sedikit ruang untuk mereka hidupkan nyawa. Bukan menyeksa mereka membabi buta. Mereka manusia bernyawa seperti anda juga.

Rejim Burma, berhentilah bersikap durjana terhadap mereka. Sayangilah saudara senegara anda.

Dari jauh, pnjatkan doa untuk mereka.

Amin.