Wednesday, August 25, 2010

sakit



sekarang. bukan dahulu lagi.tidak pernah sama.
aku cuma pemerhati, dari dahulu kini... tak tahu lah , adakah selamanya (harap2 tidak)
perlukah ada, seperti yang di kurung itu? makna nya ada sesuatu yang tersembunyi.



AKU SUDAH TIDAK SEPERTI AKU,

lagi malang ........
AKU TIDAK PERNAH MENJADI AKU.





Tuesday, August 24, 2010

hari ini

Time, make it go faster or just decide
To come back to my happy heart..

Tuesday, August 10, 2010

banci penduduk 2010. salah siapa?


1.
pada ketika ini, aku baru habis meonoton berita AWANI. saja. sekian lama tidak menonton berita. al maklum lah, saya juga seperti tipikal rakyat malaysia. kurang menonton berita. tidak ada apa yang perlu di bangga.





2.
kali ini, satu wawancara yang bersama DATO' HJH. WAN RAMLAH BT. WAN ABD. RAOF. membuatkan aku terdetik untuk memulakan rentak entri baru, untuk menghiasi blog ini.

3.
satu perkara penting yang telah diangkat adalah berkenaan dengan sambutan Baci Penduduk dan perumahan 2010, yang mana 22% tidak mendapat sasaran yang di sasarkan. angka ini amat menarik. tetapi agak pahit untuk di telan. dalam kita menyahut seruan kerajaan. kecewa.

4.
disini, hadir nya aku sebagai seorang pembanci, ada berberapa perspektif yang boleh saya nampak, kenapa Banci Penduduk 2010 ini tidak mendapat sambutan yang menggalakan.

a) pengiklanan yang tidak berkesan. (isi kandungan dalam iklan)

-
. contoh nya, kita semua faham bahawa soalan2 yang di ajukan amat peribadi.
cth : kereta berapa buah, penghawa dingin ada atau tidak, dsb. even termasuk gaji berapa dalam sesebuah isi rumah. soalan2 sebegini boleh menimbulkan syak waksangka kepada responden terhadap kita. jadi, soalan2 sebegini tidak dijelaskan oleh media untuk apa tujuan soalan2 ini di tanya. sepatut nya, pihak media patut jelaskan apa tujuan soalan2 yang berbentuk sebegini di tanya. dan apa gunanya. kerna kita semua faham, level education setiap orang berbeza. (yang di bandar terutama nya. ) sepanjang saya tengok iklan banci di tv, mereka sekadar menjelaskan APA ITU BANCI. tapi huraian terhadap soalan yang di berikan masih belum ada.





sejauh manakah poster ini berkesan?


b)individu

- tidak juga kita boleh meletakkan masalah ini 100% di tangan media atau pun pihak atasan. satu hakikat yang perlu kita telan, bahawa sikap individu yang terlalu mementingkan diri juga amat mengecewakan.
cth : ada sesetengah responden lebih suka buat tak tahu atau pun buat - buat sibuk semasa pembanci hadir. seharus nya mereka perlu sedar, hadir nya banci ini juga akan memberikan impak positif bukan saja kepada negara tetapi itu untuk mereka juga. ianya di gunakan unuk menganggar bajet negara pad amasa depan dan sebagai nya.


c) pengurusan.

- bagi kawasan saya, pada awal nya mereka katakan rumah mereka telah pun dibanci. kenapa?
ini disebabkan jadual banci yang di lakukan oleh Jabatan Perangkaan amat rapat dan bertindan dengan Banci Penduduk dan Perumahan 2010. secara logik akal, apabila hadir orang kedua untuk membanci(dalam jangkamasa terdekar), ini akan memberikan satu syak waksangka kepada responden. perkara - perkara ini seba sedikit menaikkan lagi peratusan kegagalan Banci Penduduk 2010.

5) kesimpulan , kali ini , bukan hendak menuding jari kepada sesiapa yang salah. hari ini, kita hendak melihat output, hasil dari Banci Penduduk 2010. diharap, kita sama - sama boleh memberikan kerjasama sepenuhnya.

sekian.

Thursday, July 29, 2010

perlukan kekuatan.

kepada pembaca.

1.
agak lama tidak bercanda mesra dengan blog ini. makna kata, aku tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang blogger yang baik. dalam situasi sebegini, jangan jadikan aku sebagai mangsa untuk dipersalahkan. banyak perkara yang perlu aku lalui. (mula back up sendiri) hampeh kan?

2.
namun tidak dapat di nafikan juga kemalasan yang menjadi penyakit yang paling barah dalam kehidupan aku. mampukah aku mengatasi nya? jangan tanya orang lain. tanya diri sendiri.



3.
haha. intro yang terlalu mengikut perasaan dan jemari di arah oleh otak untuk menaip sesuatu yang agak memeningkan kepala orang. terima kasih.

4.
sekarang, aku percaya. aku percaya aku lemah. ya. semua orang lemah. namun aku lagi lemah. (mungkin perasaan kowt.) banyak perkara yang menuntut agar aku perlu lebih berdikari. tanpa bimbingan dari orang lain. aku agak kecewa. kenapa? sebab aku terlalu mudah merungut apabila ada sesuatu yang berbentuk cabaran hadir. kenapa? ahhh.. banyak juga pesoalan yang aku sendiri perlu jawab.

entah.

5.
semua perkara menjadi sangat bertukar. aku rasa sahaja. kenapa ya? hurm, semenjak aku tak lagi bergelar seorang pelajar, kehidupan aku berubah 360 darjah. sumpah. banyak sangat berubah. minat aku untuk tidak serius dalam kehidupan pun berkurang. aku lebih suka melakukan sesuatu tugasan dengan serius, sekalipun aku lemah.

6.
terlalu tipis masa untuk aku bergurau yang ntah apa - apa. huh. berpotensikah aku menjadi seorang yang serius?? ahh.. aku tak nak. aku cuma perlukan kekuatan sahaja. betul. tuhan memang maha membantu.


harap mereka faham.








p/s- ntah apa - apa yang aku carutkan ini. huh!

Saturday, June 26, 2010

entah. teruskan.

1.
susah mana perjalanan yang kita harungi, hidup ini perlu di teruskan juga. tiada siapa yang dapat membantu kita, melainkan diri kita.

2.
perjalan ini takkan terhenti begitu sahaja. aku masih perlukan semua nya. perlu.

3.
aku perlu lebih tabah. terima kasih semua.



p/s - hati masih keliru.

Tuesday, June 8, 2010

di tagged oleh rda

eh, nampak nya remy kali ini kena tagged oleh rda . remy cuba habis kan sebaik mungkin. hehe~

1) Adakah anda rasa anda hot ?
kalau rda is hot, abg hafis super hot, remy pula super duper hottest! boleh? (its factual)

2) Update wallpaper laptop yang anda guna skrg ?




3) Cerita pasal gambar ini .
erm, pc nie kazen remy punya. so pasal kasut nie, remy tak tau sangat. just remy jumpa kat folder onitsuka tiger. jawab soalan tak?

4) Kali terakhir makan pizza ?
sebulan yang lepas, semasa lunch bersama miss leela! (^_^)

5) Lagu terakhir yang anda dengar ?
arjuna - alif aziz

6) Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini ?
hati dan perasaan - rindu kat rda n anas n airy n abg zarul n abg bonsai
otak - berfikir cara nak buat tajuk entri ni.

7) Selain nama sendiri , anda dipanggil dengan nama apa ?
lala, ijau, mie...




8) Tag orang , siapa yang nak kena tag?
nazwan (mmu)
panda
padin
haris (uitm sarawak)
johari

9) Siapa orang number 1 pada anda ?
kawan yang lucu dan selesa bersama nya

10) Katakan sesuatu pada orang number 5 .
joe, please update blog! please~ wee!

11) Number 3 ada hubungan dengan siapa ?
dengan no 2.(yakin)

12) Bagaimana pula dengan number 2 ?
No 3. Hahaha.

13) kata - kata cinta pada orang number 4
haris,I love you, not for what you are, but for what I am when I am with you.
pengsan~~~


14) Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag .
nazwan (mmu) - pendebat mmu yang best kalau bagi komen (jika dia jadi hakim)
panda - bakal pereka fesyen remy. koma!
padin - penghibur dan sangat memahami.
haris (uitm sarawak) - orang yang dalam diam. tapi lucu.
johari - sahabat baik faiQ. mati larhhh~


sekarang sudah berjaya menjawab nya. thanx to rda kerna tag remy. i love u so much babe~




p/s - huh! menunggu ketibaan pelancong singapura dan jerman dengan penuh debaran kerna remy akan berpakaian Iban. mean dat i have to bercawat! sexy~

Monday, June 7, 2010

hari gawai dayak 2010 - sedih.

1.
hi semua. sekitar jam 5.30am remy bangun. semata - mata nak online.gigih kan? (tepuk tangan) whooohoo! sekadar entri ringkas kali ini regarding gawai dayak 2010. hurm.

2.
pada 30hb remy n kawan lama remy aka girl next door(literally) balik sama. menjanjikan kegembiraan sempena gawak Dayak. almaklum la hari gawai. semua orang sepatut nya bergembira. ditambah lagi sambutan mesra dari orang jauh yang jarang datang ke kampung.

3.
kegembiraan ini bertambah - tambah apabila di mangkinkan bahawa sepupu sepapat akan datang. wah! meriah ni.(yakin). tiba sahaja di rumah, remy melihat ibu sibuk membuat kuih - muih. timbul rasa cemburu dalam hati. berbisik ; 'esok remy akan tunjukkan kepandaian remy. awas ye bu..!' haha.

4.
itu sekadar gambaran kegembiraan. situasi yang di harap kan tidak berapa menjadi. banyak kisah sedih berlaku. peristiwa berdarah juga berlaku (gittew) .

5.
malam 30hb. sekitar 8.00pm adik ku kena belasah. berdarah . banyak luka nya. timbul persoalan , siapa yang membelasah nya? hurm.. adik ku tak tahu. (dalam keadaan mabuk). kesian. pada remy, amat mengecewakan andai gawai di cemari oleh darah. sangat sedih . sebagai abg, remy rasa tak perlu untuk mencampuri urusan dengan mendalam. remy serah kan pada ibu n bapa remy . mereka lebih mahir. kesian adik remy. 5 bahagian luka di muka.

6.
kesan dari itu juga, beliau menghadapi masalah sukar kencing. pernah kencing berdarah. kesian. 5 hari makan bubur jew.

7.
paling mengerikan lagi apabila sepupu ayah.(gengster) datang nak balas dendam bagi pihak adik remy. sebuah van datang, pelbagai senjata yang di bawa. lutut remy bergegar. sangat takut. semua besar - besar belaka. kalau boleh remy tak nak meneruskan pergaduhan ini berlaku. sangat ngeri. timbul juga perasaan gembira(sedikit) rupa nya remy ada banyak keluarga gengster. hahaha.

8.
tidak lengkap dengan adik remy yang kena belasah, pada 2hb pula ibu remy dan adik remy( yang kena belasah ) kemalangan di jalan raya. kereta remuk. tapi nasib baik mereka berdua tak apa - apa. hurm.

9.
sangat sedih gawai kali ini. tak tau nak xplain macam mana. sedih la.


p/s - sedih.

Tuesday, May 25, 2010

kenapa aku suka pada nya.



1.

hi. lokasi sekarang berada di lapangan terbang bayan lepas. menunggu flight.flight esok. sah - sah la letih.

2.

setelah tamatnya pertandingan debat terbuka arau, (mungkin juga pertandingan kali terakhir remy menyebabkan remy amat gigih untuk berfikir, bila lagi remy jumpa kawan2 debat remy lagi.) bukan sekadar kawan. tapi DIA .yang remy suka. remy jatuh cinta. kali PERTAMA.(serius)


3.

kenapa remy suka pada nya? erm.. perlu tak jawab soalan sebegitu? bukan ape, kalau kita menilai bentuk soalan 'kenapa kita suka pada nya?', sebenarnya kita telah mendiskriminasi manusia sebenar nya. kan? sebagai contoh, jawapan nya, saya suka dia sebab mata nya sepet, dia baik, ada karisma, dan sweet.(contoh ye . rda, kalau baca entri nieh, diam2 jew ok! hehe) makna nya manusia yang tidak memiliki ciri2 tersebut menyebabkan mereka tidak ada peluang untuk memiliki anda. kan?


4.
tapi, kalau remy jawab soalan cam tuh , jawapan remy pun pasti akan berbentuk mendiskriminasi seseorang. hue~ tapi, adakah ianya menafikan hak untuk kita memilih siapa yang kita suka? (berfikir sekejap)entah la.

5.

hari ini, (sejak mengenali dia sebenar nya) remy suka pada nya. selalu untuk remy menafikan keadaan itu, pelbagai usaha, dilaku kan.. tapi semakin kuat untuk remy melupakan dia, semakin kuat perasaan suka pada nya hadir. entah kenapa. dia masih tak mengerti. hati amat sengsara ( mati la madah bagai)lantak lah. remy berhak.

6.

erm... entah la.kekadang remy masih tertanya2, kenapa suka pada nya. apa ciri - ciri ekslusif yang ada pada nya sehingga jatuh hukum remy suka pada nya? tak ada. tapi remy kekal suka pada nya.kekadang timbul persoalan, pernahkah dia menyukai remy?


7.
kali ini, remy jumpa dia juga. remy masih suka pada nya. remy kekal suka pada nya. remy sayang dia. remy cintai dia. dia yang pertama. dan selama nya. remy suka pada nya.suka.

8.

siapa kah dia? dia tahu siapa dia. :)






p/s -tahniah rda, anas, mizi and leya!!! gud job~