Friday, December 23, 2011

new Gadget

Gadjet terbaru aku : Blackberry Torch 9800 dan ipad2 3G + wifi. woooo!
 
  
my ipad :)

 
aum!

Kena berlapar untuk beli apa yang kita impikan. MONEY, so SEXY! 

Merry Christmas!!

Money can buy happiness. 

karat

Terlalu lama tidak update blog ini sehingga aku lupa bagaimana nak compose entri. oh, hampir sama level dengan Friendster. Demn!
#selfconflict

p/s : Henry Golding, bila nak mai Sarawak lagi ? jumpa lagi ya:)

Wednesday, August 24, 2011

nota benci. fahamilah.

selalunya aku sangat gembira bila berada di tempat baru, tapi tidak di sini,
selalunya aku akan gembira bila kerja menawarkan gaji dan bonus yang lumayan, tapi tidak di sini,
selalunya juga aku akan sangat gembira bila sama kerja dengan kawan saya, tapi tidak di sini.

semua benda ada masalah,
semua benda tidak elok, 
semua benda tidak menarik.

saya tidak suka pada persekitaran masyarakat kampung ini,
saya tidak suka dengan budaya di sini yang tidak pernah menghormati agama sendiri,
saya tidak suka dengan pemikiran tidak matang,
saya tidak suka kalau kebajikan kerja saya di abaikan.

saya manusia, perlukan sebagai manusia normal.
saya manusia, perlukan kehidupan yang bertamadun.

hanya itu yang saya pinta. 
sebuah kehidupan yang normal.

Sunday, April 3, 2011

susulan

akan hadir satu perkara, kalau kita minta, dengan berkat doa dan izin Tuhan... saya percaya, kita di sana. terima kasih Tuhan. terima Kasih.

Monday, February 28, 2011

i miss u

I only got to kiss you once but the taste of your lips still dances on my tongue.

i miss u. 
you-know-who-u-are

 

Saturday, February 26, 2011

penat.

i.
saat aku lali,
jerih pedih mengigit sengal,
lesu yang tak perlu di sangkal,
hati gundah, bebual

ii.
geli geliman, 
mencerna sketsa ketinggalan zaman,
tak sedar fasa perubahan,
rambut kau dah beruban,
ikutlah dunia sezaman.

iii.
aku lelah,
mendengar drama yang tak sudah,
tak lepas dari pengertian pundah,
seantero dunia punya serabah. 
blah!

iv.
hati amat,
mahu semua ini tamat,
kerah segala keringat,
demi impian yang kita hambat,
agar kita bergaul rapat,
tidak sesat,
walau sesaat!




Monday, February 21, 2011

seperti dulu

i.
takkan aku kunci
kisah semalam yang mengulit diri
tak mungkin aku padam
kisah semalam, sekali pun kelam
suram, muram
semua jika.

ii.
biarkan sajak mengalun cerita
kerna sang penglipur lara berpadu jenaka
tukang biola, sibuk mengesek lali
rindu sesekali
bercarum menentu sendu.

iii.
aku,
rindunya pada kisah semalam,kelam
tidak, tidak kelam. ia terang
segar
kekal indah
bertambah jingga kenangan itu pabila dialunkan
seni sendu yang siap ritma bait tika
oh, sekali lagi aku rindu. 



oh, entri ini untuk awak. sekadar melafaz rindu.

Tuesday, February 15, 2011

entri : Valentine, asalkan ada.

1.
Valentine. Aku mula membayangkan suasana yang amat romantic. Hadiah berbentuk hati, bunga rose, cincin, berpasangan, exclusive restaurant and so on. You name it! Setiap individu menyambut dengan pelbagai cara. Buat yang bertentangan dengan agama, mereka diam sahaja.

Namun saat valentine ini juga mulalah segelintir manusia memberikan serba sedikit pandangan terhadap valentine, atau erti kata lain, Hari Kekasih. Sama ada yang pro atau kontra, terpulang pada diri mereka masing – masing. Mulut mereka. Sesiapa pun berhak.

2.
Bagi yang bersetuju dengan kehadiran Valentine Day: mereka beranggapan bahawa itulah hari paling istimewa buat si dia dan kekasih. Maksiat ? oh! Itu terpulang kepada nafsu serakah dan keutuhan iman masing – masing. Kalau buat seks bukan hari valentine pun tak ada beza. Kekal juga seks. Kekal juga DOSA. So tak ada reason nak kata valentine day is hari maksiat. (ini dirumus dari Facebook seorang sahabat. Naz. Haha ) thanx for the idea.

Ada yang menentang hadirnya hari Valentine. Meluahkan buah fikiran mereka masing – masing. Ada di antara mereka berpendapat bahawa hari ini akan mendorong kita membuat maksiat, mendorong kita melakukan dosa, bukan perayaan sesetengah kaum. Oh! Banyak lagi. Mintak lagi daripada mak cik Google, dia akan sediakan. Tak cukup dengan carutan siap buat pakatan , tunjuk perasaan. Oh! Bosan dengan drama sebegini. Haha. Lame! 

3.
Saya ? oh! Saya tak pasti sama ada saya menyambut nya atau tak. Haha. Hidup single sifatnya lebih simplistic. Kata abg Bonat, tak mati kalau tak ada couple. Yes, saya menyokong. 100%. Jadi, bersempena dengan 14 Februari, balik dari pejabat, aku mengambil keputusan untuk menonton wayang sorang – sorang. Semoga aku gembira. Hurm. Boleh tahan juga aku. Nonton sorang – sorang. Haha

Sengaja aku tak mengajak kengkawan. 2 alasan, pertama – tak nak ganggu privasi mereka. Mungkin , mereka nak luangkan valentine mereka kat orang yang mereka sayang. Siapa tahukan ? Kedua – cuba untuk hang out sendiri, enjoy sendiri. Haha (enjoy kah aku ? ) :P

Kebetulan keesokkan harinya cuti umum. aku boleh balik lewat. Oh! This is heaven.

4.
Cuba untuk aku salami hati, apa sebenarnya yang aku mahu. (lagu sofea jane – black berdendang)oh! Sehingga saat ini aku tak daham, bagaimana nak lakarkan perasaan ini. Ahh! Apa ini. Hurm.



Tak apa lah. Ini sekadar entri yang merepek. Valentine, asalkan ada.