Friday, November 28, 2008

mari membaca!!

Aku rajin baca buku!!!!

Tatkala sedang asyik melayan kebosanan, timbul pula hobi yang sekian lama ku tinggalkan sunyi dan sepi tanpa sebarang berita. Ya, baca buku..(oing!!!) masa kat Kolej Perindu,(UiTM shah Alam) time debat tue, aku ternampak buku kat tepi TONG SAMPAH, aku kutip la.. sayang kan buku di buang sesuka hati. Masih cantik lagi. Buku bertajuk GAZA DI SERANG – CATATAN SEJARAH PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN PADA TAHU 2006 HINGGA AWAL 2007 di tulis oleh MASZLEE MALIK.

Tersentap aku!

Aku kenal penulis buku nie. Aku rasa, kalau dah kat tepi tong sampah, mungkin orang dah buang kot.

So kau ambik la, mana lah tau, buku tu nanti berguna pada masa debat nanti. Cek2 tak berfungsi,.. aku gigihkan diri untuk embawwa buku tersebut ke bumi tercinta. SARAWAK BUMI KENYALANG.

Sampai kat sini, aku cuba belek2 buku tue dan baca synopsis nya. Nampak menarik, aku cuba selak2 dan terus menyelak. Aku tertarik. Tapi aku belum baca habis lagi. aku baru baca sampai ISU PALESTIN : DI MANA OIC?..... apabila pengarang cuba mengupas isu tersebut untuk di masukkan ke dalam buku ini, aku sedar. Betapa besar nya kesilapan yang Negara kita telah lakukan(berdasarkan pemahaman aku terhadap isu OIC )

TERSENTAP!!

Katanya pada hari ini kita terlalu bersimpati dengan masyarakat Islam di Palestin. Katanya kita memberi bantuan kepada rakyat palestin. Tapi apa tindakan yang kita telah lakukan? Apa bantuan yang kita lakukan? Menghantar ketenteraan? Untuk minimbulkan lagi kemaraan rejim Zionis, AS dan sewaktu dengannya ?

Begitu??

Sekalipun dalam bayangan, apakah bantuan yang ingin rakyat Malaysia ingin laksanakan, keewangan?? Berpa jumlah nya?

Pernahkah perdana menteri kita pada hari ini memberi tahu berapa jumlah nya?

Kalau Negara Qatar terang terangan, membantu sebanyak USD50 juta. Kalau Iran genap USD 100 juta. Kita??

Saya kira saya serah kan kepada perdana menteri tuk menjawabnya..

Pada hari ini bukan ingin menyatakan, mahupun menunjuk berapa bantuan yang perlu kita perolehi. Namau, setidak – tidak nya, nyatakan berapa. Seringgit? 50sen?

Atau berapa? Tidak salah maklumkan berapa kiranya. Sehingga kini ianya masih tidak dapat di jelaskan dalam bentuk angka.

Kata perdana menteri, kita memberi sokongan kepada palestin. Apa jenis sokongan?mungkinkah sokongan yang di maksudkanitu adalahkata – kata seumpamakumpulan sorak yang menyorakkan kumpulan bola sepak yang tengah rancak beraksi di padang bola? Atau mungkin, inya berbentuk seumpama kutukan –kutukan dan kecaman – kecaman anggota PBB yang berjumlah hamper 400 resolusi terhadap rejim Zionis?

Hanya perdana menteri kita sahaja yang tahu jawapan nya..

Sedangkan hakikat yang perlu kita terima OIC yang telah dipengerusikan oleh Kuala Lumpur pada masa itu. Mereka juga harus sedar dengan OIC dengan mesyuarat mereka yang berlansung di JEDDAH pada tahun 2005, lantas mengaitkan isu PALESTIN dan MASJID AL – AQSA antara salah satu resolusi nya.. maknanya perhatian terhadap PALESTIN itu perlu!

Persoalan nya…… apa fungsi OIC dan bantuan MALAYSIA??

P/s ; reaksi??

Wednesday, November 26, 2008

piala naib canselor 2008

hahahahah.....
lame aku dah tak update blog nie, dah berkulat nampak nya. sebagai seorang pelajar, tanggungjawab kita bukan menjadi persoalan sebenar nya, cuma rasa MALAS tue yang membuatkan kita terus lali dengan persekitaran..caya la..!
wah gitu~
hari nie aku cuba lap sawang - sawang yang di buat oleh sang labah2 malas.
aku cuba yang terbaik!


GO REMMY GO!!
sebenar nya aku baru balik dari SHAH ALAM untuk pertandingan debat Piala Naib Canselor yang diadakan pada 18 sampai 26 november 2008.
huh!!
banyak cerita yang aku aknak ceritakan..
aku akan cuba yang terbaik, agar korang dapat tahu..

1. aku n member aku berangkat lpas aku abis paper SOIL MANAGEMENT, yang cukup memeningkan otak aku yang sudah cukup kusut bercelaru, tepat jam 3.00 pm kami berangkat. naik Air Asia. UiTM SARAWAK akan jadi kaya kalau KELAB KEBUDAYAAN minta bajet. TUK kelab yang berilmiah...HANJENG! Tapi tidak menggapa. asal kan kami selamat sampai, itu sudah cukup memadai. dengan hasrat yang menggunung tuk sampai ke tempat pendaftaran peserta, aku gigih kan diri untuk aku berdikari. walau pada hakikat yang perlu seisi dunia tahu, aku pemalu!
WAH~~~

2. PERTANDINGAN
banyak yang aku peroleh kali ini..
Pertama - PENGELAMAN
sekiranya dulu aku amat terhad untuk dapatkan pelbagai maklumat dan cara - cara berdebat..
kini setidak2 nya aku sudah pandai merangkak, daripada mengesot. hakikatnya VC kali nie amat memberikan aku seribu satu makna. tahun lepas aku bertanding, macam timun lawan durian!
SENTAP!! pepatah! buat yang memberi tunjuk ajar, seperti ABANG MONT,ABANG ZARUL, ABANG FAIZAL, ABANG BONSAI.. thanx!!
korang memang LEGEND dalam dunia nie.. kredit tuk korang semua. WAH~~

kedua - pertandingan

sepanjang pertandingan, kalah mati memang adat pertandingan..buat pasukan yang pernah lawan..korang secara tidak lansung telah melatih aku tuk berfikir menjadi lebih matang. banyak pengelaman yang aku timba dari korang semua. dalam hati aku slalu berkata, "untung nya dapat bertanding dengan diaorang nie.." GITU! bukan apa.. aku amat menghargai korang masa tue caya la.. terkandas suku akhir , mencerminkan aku perlu lebih berusaha. begitu juga team aku!
banyak lagi yang aku perlu lakukan. bukan sekadar bercakap kosong tanpa sebarang konsep perdebatan yang kukuh. itu yang pasti.

ketiga - persahabatan.

seminggu lebih aku di shah alam. banyak yang aku tak kenal menjadi kenal. maka secara tidak lansung, segala entiti yang menjadikan kondisi persahabatan terbentuk. tukar no fon, email, friendster, and macam2 pekara yang di gunakan tuk berhubung di tukar.(betul ke ayat aku nie)
huahuabuat kengkawan... aku hargai korang semua. korang memang baik!caya la..buat my roomate yang baru aku knal..HAKIM... aku ada americas next porn star yang baru.. ko nak tak..
hahaha..
pokok nya..korang memang baik la... love uols

keempat - Pengurusan

secara jujur nya aku memang tak berapa selesa dengan tempat yang menjadi pertandingan. namun setelah aku berpijak di bumi yang nyata, baru aku menyadari bahwa korang bersusah payah menyediakan tempat nie..
- khulafa restoran- sirap manis sangat!
hehehe..aku terima seada nya. tapi itu bukan titik persoalan, asalkan aku sudah ada tempat bertanding, cukup! bagi aku...
thanx pihak penganjur!!