Wednesday, December 15, 2010

sekilas pandang bersempena Konvokesyen UiTM ke - 73. Sidang - 3 UiTM Sarawak.

miss leela! si Chanteeek! 
 
miss Joe, Fabulous! 
 
my dad, Wilma, n Thurston

Sang!

jijah sang rayme lala(hot one)

my cute gal that i ever have!

kita sama! 

ratu! 
  termenung jauh ...haha! 

 haris, i will miss u! congrates then! 

orang kuat ladang! dang ! dang! dang!
sekian.
nanti - nantilah aku titipkan yang lain lagi. sahabat semua, aku masih sayang kalian semua. 

Topi Segi Empat

1.
Seketika dulu aku selalu bertanya kepada ibu, “ibu, kenapa mereka pakai topi segi empat dan baju besar tuh?” lantas ibu menjawab “ itu baju orang pandai sayang, sayang akan pakai baju tu juga nanti.” Sambil tersenyum dan membelai kepala aku yang baring di atas ribanya.

2.
Pada masa itu aku lansung tak tahu macam mana nak kesana. Oh! I mean nak dapatkan topi segi empat tuh. Nak buat apa dengan topi tuh? Uh! Masa tuh aku masih berlegar diawang – awangan.


3.
Tapi, kalau cikgu tanya, apa cita – cita aku, dengan berani aku cakap, aku nak jadi Perdana Menteri Malaysia. Masih ingat lagi pada tika itu kawan – kawan aku terbeliak dan melopong mendengar cita – cita aku. Ah! Tak lupa, cikgu ketawa!

4.
Aku hairan. Sangat hairan. Kenapa kalau kawan – kawan lain sebut nak jadi cikgu, polis, pegawai, wakil rakyat, dan sebagainya, cikgu tuh tak juga ketawa. Oh, inilah yang menjadikan aku sangat janggal.

5.
Persoalan : am I wrong?




6.
Oh! Alangkah bodohnya aku tika itu.

7.
Belajarlah yang membuatkan aku tahu. Kenapa dan apa yang salah, apa yang betul. baik dan buruk.

8.
Tapi aku dapat juga jadi perdana menteri! DEBAT! DEBAT! Hahaha. DONE.

9.
Tika ini, aku bagaikan bermimpi. Oh! Terlalu sukar untuk aku percaya, aku dapat apa yang ibu aku inginkan. Jangan sesekali lupa, itu juga apa yang aku ingin kan. Ya. Itu yang aku inginkan. Sangat terharu. TOPI SEGI EMPAT!

10.
Saat lagu UiTM dihatiku dimainkan, aku semakin terharu. Oh, lagu itu membuatkan air mata aku jatuh bercucuran. Ah! Aku menangis. Walhal selama pengajian aku sebagai pelajar Pengurusan Ladang, lagu itulah yang selalu menjadi bahan ketawa. Malu nya aku.




11.
Saat keluar dari dewan, aku kesat air mata. aku mencari ayah aku . Tanpa diduga, sahabat aku, sekian lama menghilang….ah! di datang. Aku terpana. DAINI!!!! Dia hulurkan aku sejambak bunga, sebuah anak patung, dan satu snap gambar. Tahniah! Katanya. Aku memeluk erat nya. Tak aku sangka , perjuangan kami juga masih kekal sama. Terima kasih sahabat. Terima kasih.


12.
Bertemu juga dengan pensyarah kesayangan aku! Miss Leela dan Miss Joe! Ahhh~ aku tahan sedaya upaya untuk tidak menangis lagi. Aku perlu tahan. Aku mahu gembira. Terima kasih miss, kerna hadir di hari konvo aku yang penuh makna. Terima kasih!



13.
Hari ini, aku berjanji, aku ingin memakai topi segi empat itu lagi. Masa ini yang akan menjadikan jarak untuk aku terus memakai topi itu. Aku berjanji.