Saturday, January 23, 2010

surat untuk sahabat...

khas tatapan sahabat yang jauh di mata, sentiasa di hati...

sahabat,

terlebih dahulu diri ini hulurkan salam perkhabaran buat sahabat nun jauh di seberang sana. di harap sihat hendak nya, terutama di samping teman - teman tersayang. diri ini, sihat walafiat . usah khuatir. sekadar sedikit batuk. tidak menggapa. sudah makan ubat tadi.
sebelum tangan ini lebih rancak lagi menaip surat berbentuk elektronik ini, mohon sedikit kemaafan andai kehadiran surat ini mengganggu kehidupan sahabat di sana. almaklumlah.. semua orang sibuk.

sahabat,
hadir nya surat ini, tidak lah penting hajat yang ingin disampaikan, sekadar hendak mengirimkan khabar berita diri ini, andai sahabat tertanya - tanya (boleh kah begitu??). sebenar nya...banyak perubahan yang tidak pernah di fikirkan oleh diri ini terjadi. contoh nya, sahabat sendiri pun tahu bahawa diri ini amat bergantung harap dengan kawan sekitar.. sentiasa mengingat kan sahabat agar mengingati diri ini jangan terleka. sama ada dari aspek pembelajaran, peribadi mahupun kehidupan harian di gedung ilmu tercinta ini. sekarang, diri ini lebih suka menyendiri. nak kata untuk lebih berdikari ,.. tak juga. tidak tahu kenapa(masih memikirkan sebab). untuk pengetahuan sahabat juga... makan minum diri ini tidak pernah mengikut masa yang di tetapkan. kalau dahulu.. waktu pagi, tengahhari, ataupun malam. pasti ada masa yang telah di tetapkan untuk makan. sekarang tidak. pukul 4.00 am... andai terasa ingin makan, maka berbunyi lah kerangupan maggi sup ayam kegemaran. andai malas masak air panas...makan mentah sudah cukup. sahabat, inikah yang dikatakan hidup tak terurus? mungkin ya atau boleh jadi tidak.

sahabat,


dalam aspek debat pula, diri ini juga terasa amat kerdil. terlalu banyak mereka yang berbakat. di cawangan samarahan ini, pelajar baru mula menampakkan taring nya. bangga juga sebenar nya. setidak - tidak nya, mereka dah boleh berdebat dan ada juga pelapis . tidak seperti diri ini.. berapa turun mana - mana pertandingan, berada di pentas perdana belum lagi. yang ada pun .. hadir sebagai simpanan. sebenarnya , diri ini amat cemburu melihat piala - piala pendebat terbaik yang acap kali di julang oleh barisan pendebat yang tersohor bagi diri ni.. seperti, abg bonsai, abg amer (upm), abg mont, myer(mmu) dan sebagai nya... diri ini??bila lagi dapat menjulang piala seperti itu?? untuk mengubat hati ini, diri ini sekadar berbisik di dalam hati belum ada rezeki lagi remy. hurm..

sahabat,

satu perkara yang amat menganggu hidup diri ini.. soal hati dan perasaan(chewah). sahabat.. dahulu, tidak pernah terfikir untuk memulakan mana - mana perhubungan istimewa. malu sebenar nya. apa yang hendak di malukan entah. dewasa ini... semenjak Arau Open hari itu.. banyak yang membuat diri ini berdebar - debar. terutama nya melihat yang bermata sepet. sahabat tahu kan... citarasa diri ini.? bermata sepet. haha...jauh nya diri ini berangan. terkadang diri ini amat keliru. kenapa menyukai orang yang tidak menyukai kita? tidak menggapa. diri ini tetap menunggu. sahabat doakan... boleh? (sekadar bergurau). sekarang sahabat nak tahu tak apa lagu kegemaran diri ini? kiranya sahabat dengar lagu skipalong by lenka...itulah lagu pujaan diri ini . sangat menarik.

sahabat,


walau apapun yang terjadi...doakan agar diri ini habiskan masa ini untuk belajar. setidak - tidak nya mengenggam segulung ijazah. nasihatkan diri ini andai terlalai dan alpa. ajari diri ini untuk menjadi lebih dewasa. diri ini terlalu lemah. cuma ilmu yang dapat menyelamatkan diri ini.

sahabat,


kira nya ini sahaja nukilan yang mampu diri ini hasilkan. sekadar ingin menceritakan kepada sahabat..bagaimana kehidupan ini. jauh di lubuk hati diri ini mendoakan agar sahabat senantiasa mengingati diri ini. maaflah andai bahasa yang di gunakan ini tidak teratur. susunan ayat agak berterabur. bukan sebab sudah lama tidak menulis surat, mungkin fikiran ini yang sentiasa tidak teratur...(macam mana tu?) haha..nanti diri ini fikirkan lagi,.
akhir sekali... sambut lah salam sayang dan rindu dari diri ini.
rindu. semoga jumpa lagi ya!