Thursday, September 27, 2012

Betul Sangkaan Ku.

Dulu aku ada cerita tentang seorang budak yang aku suka cara dia berfikir. Sekarang terbukti, dia punya kelebihan pemikiran amat tinggi logiknya. : 


Jika burung terkurung kerana sangkar manusia terkurung kerana peraturan.Manusia akan lurus macam pembaris,taat seperti kompas kepada utara,ikut telunjuk jari yang menuding tanpa membantah hanya kerana takutkan peraturan.Perlukah itu semua,mengapa kebebasan kita disekat.Mengapa perlu adanya hukuman,gari ditangan dan perlukah sebutir peluru menembusi tubuh yang mengandungi darah yang sama merah seperti darahmu atau perlukah tali itu meragut setiap nyawa yang sama bernafas seperti caramu."perlu kerana mereka melanggar peraturan,setiap perbuatan yang melanggar peraturan adalah salah",inilah kata-kata pembaris dan kompas peraturan.Jika kekerasan ini yang digunakan untuk menegakkan peraturan,maka ketahuilah bahawa kekerasan ini juga yang akan memerangi peraturan.Dan jika kekerasan ini yang dinamakan peraturan,aku lebih rela menentangnya daripada tunduk kepadanya.Kerana perwira dahulu pun menentang peraturan yang pernah dicipta dan kini ianya merupakan sejarah yang amat berharga,sehingga kini kita masih mempelajari dan darinya kita telah mencapai kemerdekaan...jadi aku katakan..."fucking rules"...FROM....PP5&OGE&OBE.....529/2619/12...I******@B***S*T***2012. - TOMMY AMIE.


Orang mengatakan"genggam bara api biar sampai menjadi arang",bukankah ianya satu tindakan yang bahaya dan akan menyakitkan tanganmu...tiada apa-apa faedah pun yang kamu dapat kalau kamu berbuat demikian...malah kamu sendiri yang akan mendapat sakit atas perbuatan kamu itu...bukankah lebih baik jika kamu"padam bara api sebelum menggegamnya",ini lebih baik kerana tubuhmu tidak tercela dan bara yang telah menjadi arang boleh kamu gunakan untuk kemudian hari...malah kamu mendapat faedah darinya...ingat jangan membuat sesuatu yang memudaratkan diri sendiri...tetapi buatlah sesuatu itu seperti kamu membuat diri kamu sendiri....THE END....FROM...one green&blind eye/kebebasan... -TOMMY AMIE


Dia class mate aku dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Masih teringat ketika dia di hukum cikgu Manibalan masuk dalam tong sampah ketika kelas Ekonomi Asas. Dia tidak melawan. I love his style. 



Aku copy paste dari dia punya Facebook Status. 

Tuesday, September 25, 2012

SEMI – MENTAL


Akhir – akhir ini, aku acapkali aku bercakap bersendirian. Aku harap aku tak gila. Haha bukan apa, banyak perkara yang aku perlu ingat. Dengan menyebut, aku akan mudah mengingatinya.

Ini method yang  baru praktikkan untuk mengatasi masalah pelupa aku yang agak kronik. Kalau tulis…. 

Pengsanla aku nak kena bawa nota dan pen kemana – mana.

Tak apa, ikut mana suka la. As soon as dapat ingat apa perlu di lakukan seterusnya, aku rasa tak ada 
masalah. J

FIXI - LICIK



(entri ini ditulis bersama alunan merdu suara Adele –  Album 19)

   Bersempena dengan perasmian laptop baru yang aku beli, aku ingin canangkan bahawa ini merupakan entri pertama yang ada dalam computer riba aku. Untuk itu, aku ingin mengulas sedikit sebanyak novel yang aku baca sekarang ni.

   Memandangkan aku sudah kehabisan buku baru untuk dibaca, jangan hairan andai aku mengulang semula buku yang aku sudah baca. 

Perkara yang sama terjadi kepada sebuah buku keluaran Fixi ni.

    Yang aku maksudkan ialah, Licik karya Sham Hasim dan Julie Anne.Seperti buku – buku Fixi lain, Licik juga tidak menekankan persoalan cinta tahap cinta-kahwin-cerai-madu-setia seperti buku – buku keluaran  Alaf 21 yang sudah menjadi darah dalam kerangka syarikat penulisan yang boleh dikatakan gergasi tersebut.




    Buku ini mengisahkan……blablabla (baca sipnosis) . Apa yang ingin aku ketengahkan dalam buku ini adaah soal kelebihan yang ada pada buku ini (ingat, aku bukan promoter nak promote buku ini. Sekadar memberi pandangan). Antara bahagian yang menarik dalam buku ini adalah :


1.       Saat Sadik dan Fira menipu beberapa orang kaya yang mudah terpengaruh dengan kecantikkan wanita dan harta.

2.       Fira telah ditipu oleh Sadik, sehingga memberikan wakeup call buat mira yang tengah hanyut dengan belaian cinta – licik si Sadik.

3.       Siri keberanian penulis mengetengahkan bahasa Iban dalam novel Bahasa Melayu. so proud : )

  Aku tak pasti sebenarnya, kalau aku baca buku ini aku mesti akan teringatkan salah sebuah buku Fixi – PECAH. Mungkin konsep kedua- novel ini menengahkan konsep penipuan. Mungkin.


  Apa – apa pun, skala yang aku boleh bagi kat buku ini ialah 6/10.Sebagai pembaca dan peminat buku Fixi, semoga terus kekalkan kualiti novel kalian.

Sekian. 


p/s: double check spelling dalam novel ya !

Tuesday, September 4, 2012

Bad Planner

Jangan plan. Nanti tak menjadi.
Ohhh! Itu memang terjadi pada aku. So, tak payah nak serabutkan kepala yang sedia berserabut. Biar semuanya terjadi secara surprise. (daaa....!)

Ahh, cakap sahaja kau tak pandai planning. glup!


p/s - Badan lembab menyebabkan otak jadi lembab juga.