Heh, sekali lagi aku dapat buku yang limited edition.
Tada! Aku sempat rembat HARD COVER
novel PECAH. Thanx abg Bonsai merangkap penulis Pecah kerana sudi booking buku tersebut untuk aku.
Siap dapat 2 nashkah tuh. Haha satu aku bagi kat seorang sahabat, sebagai
kenang- kenangan.
Sebenarnya sudah lama sudah aku nak
memberi secalit komen pada buku yang bakal difilemkan diterjemahkan dalam bentuk filem oleh anak
syarikat Grand Brilliance ini.
Sebenarnya kalau kita baca tajuk
pun kita tahu bahawa buku ini bukan novel cinta. Bila aku dapat tahu bahawa abg
Bonsai a.k.a Khairulnizam Bakeri bakal mengeluarkan novel memang seperti yang
aku dijangka bahawa novel beliau nanti banyak bermain dengan plot dan ending
cerita selain daripada menekankan aspek keindahan bahasa. Ahh, sesiapa pun
pasti akan menjangkakan perkara yang sama bagi sesiapa yang sentiasa mengikut
tiap entri yang ditulis di blog Salah Taip milik beliau.
Sebagai seorang pembaca, sejujurnya
buku ini sesuai dibaca oleh golongan yang ingin mendalami uniknya Bahasa
Malaysia. Apa yang jelas, banyak perkataan – perkataan yang jarang digunapakai
oleh penulis-penulis lain (mungkin). Disini juga, kita juga boleh menikmati
keindahan bahasa yang beritma sehingga ianya boleh menyebabkan kalian tersenyum
sendirian (terbukti).
PECAH yang bakal ditayangkan pada
awal tahun 2013 ini memiliki plot cerita yang cukup menarik, sehinggakan kita akan tertanya-tanya kenapa si peguam
(Herman) menjadi pencuri tapi untuk tujuan kebaikkan (menangkap pesalah yang
sebenar). Kalau nak tahu lebih lanjut, wajiblah beli ya.
Memandangkan filem ini dalam proses
pembikinan filemnya, maka tergerak untuk aku stalk siapakah barisan pelakon
yang bakal membintangi filem PECAH ni. Haha, best! Yang pasti ada Fiz Fairuz –
pelakon pujaan ever after. Hahaha jujurnya aku tak sabar tengok filem ini.
Jauh disudut hati aku berharap abg
Bonsai akan mengeluarkan sebuah novel cinta pula. Teringin hendak baca ayat
romantic yang beritma seksi. Haha
Salam.
ok,aku tak tahu macam mana nak rotate gambar ni. =.="