Sunday, March 7, 2010

rayme lala hendak belajar.



Bila rayme lala hendak belajar..

Bila rayme lala hendak belajar..

Otak mula berkerja keras,

bukan hendak mencari nahas,

tapi inginkan idea panas,

lagi bernas ,

dan pantas,

agar dapat di alas ,

sikap rayme lala yang malas.


Bila rayme lala hendak belajar..

Ada sahaja yang akan menjelma,

alasan tidak pernah tiada,

senantiasa ada,

andai tiada,

minda akan menjadi mangsa,

jadikannya ada

barulah rayme lala gembira

alasan sudah ada.


Bila rayme lala hendak belajar..

Banyak yang sudi mengajar,

mana satu hendak di dengar,

suasana menjadi bingar,

menjadikan rayme lala tak dapat belajar,

ini juga alasan sebab tak mahu belajar.


Bila rayme lala hendak belajar..

Yakin turun ke library,

Mengharapkan suasana sunyi,

Mengimpikan sesebuah kondisi yang sepi.

Ya, suasana sepi,

Akan ada juga menjadi tapi,

Mata tengok orang kesana – sini,

Mencari sesiapa yang dikehendaki,

‘cuci mata’ nama aktiviti diberi,

Rayme lala tidak belajar lagi.


Bila rayme lala hendak belajar ?

Tatkala ujian dah dekat,

baru mula mengatur matlamat,

supaya tidak tersekat – sekat,

menjawab soalan yang maha hebat,

adakah rayme lala sudah terlambat?

Mampukah rayme lala menjadi hebat?

Seperti mereka yang cepat,

Dan penembak tepat.


P/S entri ini juga alasan rayme lala untuk tidak membuka buku. Untuk belajar. Ayoyaiiiiii..koma!