Friday, March 5, 2010

cerita kita

Rayme lala ada cerita buat kalian semua

Cerita gembira


1

Hari ini kita bertukar bertukar khabar. Masing – masing mengetahui perkhabaran yang sekian lama tidak kedengaran. Sangat gembira di hati. Terpaksa di kawal juga. Takut dia ingat remy pelik. (memang pelik pun sebenar nya.) dalam hati melonjak – lonjak. Membuak – buak. Meronta – ronta. Tak tau nak gambarkan apa. Haha. Begitu bunyi ketawa nya. Tanda gembira.



2

Hati ini sangat gembira

Bila bercerita dengan dia

Sekali pun sekadar chatting sahaja

Tuhan yang maha Esa, tahu segala

Apa yang ada di dada

Tatkala bergurau senda dengan dia

Biarpun sekadar Di alam maya

Sahaja


3

Sekalipun tidak lama

Tidak mengapa

Rayme lala tetap suka

Mungkin itu satu petanda, bahawa kita boleh bersama

Sebenar nya. Ya. Sebenarnya.

Jauh di sudut hati, petanda ini perlu menjadi nyata

Tidak sekadar suka - suka


4

Dia bertanya,

apakhabar diri mu di sana?

Ku jawab juga, sihat sentiasa.

Kalian bagaimana?

Dia menjawab juga,

biasa sahaja. Sihat seperti rayme lala

Sekian lama muka mencuka, akhir nya rayme lala tersenyum juga

Melihat symbol senyum yang di hantar kepada saya

Hati sangat gembira

Rasa seperti kahwin dengan anak raja


5

Sekian lama berkongsi cerita

line internet mencemburui kita

lantas terputus begitu sahaja, cerita kita

Tidak mengapa

Remy syukur kepada Yang Esa

Kerana memberi ruang untuk rayme lala mengenali dia

Sekali pun dahulu, sekian lama tidak bertegur sapa

Kini ketemu jua


6

Sekian cerita kita

di harap kita berjumpa di alam nyata

Rayme lala rindu kenangan kita

Gambar mu tetap kekal di computer riba, milik rayme lala

Salam terubat rindu kepada dia~

Rayme lala gembira.

Itu cerita kita.





p/s – khas buat dia. Puas tidak bertegur sapa. Harap2 kita boleh berkawan semula. Bermain seperti dahulu kala.

done.

hey ya!!
got something new in my blog? haha. no la.. lite - lite sahaja.


1. kali ini blog ini sedikit lain. ya. remy baru tukar layout. sekian lama tak pernah tukar. blog tempat mencarut ini perlukan 'suntikan' baru. seawal 6.30 am tadi remy bangun. semata - mata nak tukar layout baru. cari dan terus mencari. namun tidak ada satu pun yang mampu menawan hati ini. memilih sangat. akhir nya, sekitar jam 7.30 pm. remy menjumpai yang boleh tahan juga menawan. haha. tak apa. jadi la. hijau. sesuai dengan warna kegemaran. lagi pun, setelah fikir2 balik, layout tak pun boleh mempengaruhi entri yang di nukilkan oleh remy. contohnya, layout blog abang bonsai amat simple. tapi, tiapkali entri yang dia tulis sangat bermakna. tidak seperti blog ini. tidak berilmiah lansung. haha tak apa. remy punya.



2. tadi ada lab engine. makna katanya, kena kotorkan tangan bermain dengan minyak, perkakas engine dan sebagai nya. hari ini, remy bersemangat turun. kenapa? sebab tak pegang minyak mahupun perkakas engine. hari ini pegang pen, kertas dan kalkulator. tak terasa 2 jam lab mr. zayn berlalu. we love u mr. zayn.(^_^)



3. sebentar tadi juga , mr. zayn inform yang test minggu depan di tunda. hurm. tak apa. banyak masa untuk belajar.(er...belajar kew?) tak apa. tertangguh makna nya belajar pun tertangguh. haha


4. baru perasan, akan ketiadaan irman dan julian agak memberikan implikasi kepada rayme lala. bukti nya, dari aspek pemakanan. sekarang, pemakanan remy tak terjaga. kekadang kalau lapar tuh, makan seri kaya saja. kelmarin, remy termakan makanan basi. kuih basi. tak apa lah. orang malas layak dapat macam tuh. remy perlukan someone yang boleh menjaga makan - minum sekarang. offer di buka!! haha. thanx mak cik meriah.. kerana selalu bagi diskaun kat remy. budi mu akan di balas.


5. sekarang dah dekat nak final. preparation tak buat lagi. bangun remy bangun. jangan di buai mimpi. sahabat sekalian. remy keseorangan. amat payah. mampukah remy? haha. tak apa.



6. teringin nak balik umah pula. tapi teringatkan pelbagai kerja yang pasti akan menjelma, tak perlu di jangka.. remy pendam kan sahaja.



7. oh ya! kelmarin, remy keluar withdraw duit. remy ternampak ABANG SHAWN FENDI. gosh! rindunya kat budak nieh. clasmate remy. percaya atau tidak, 5 sem remy tak bertegur dengan dia. kenapa? ada cerita di sebalik nya. tak apa. harap dia berubah. tapi kelmarin dia menegur remy. sedikit. tak apa. terubat rindu. haha. kenny!!!!! help me out!!


8. erm. babai~










P/S
- ada kaitan dengan tajuk x entri kali ini?