Monday, March 4, 2013
Mengelamun vs sewel
Kebelakangan ini aku kerap mengelamun kata kau!. Sangat banyak benda
yang aku fikirkan. Rata – rata, apa yang aku lamunkan agak tidak masuk akal.
Sehinggakan aku tertanya-tanya kepada diri sendiri, itukah yang di katakan
ilham ? wait, seriously? ilhamkah itu? Katakannnnnn! Haha
Ada beberapa lamunan yang
mencuri perhatian aku, sehinggalah ianya terjerlus ke blog aku. Kalau kongsikan
perkara ini, aku harap korang tak fikir aku gila/sewel or mana- mana yang
seangkatan dengannya. Err....*head nodes*
1. Aku pernah mengelamun yang aku pernah ada satu
kuasa yang boleh kawal satu benda.Contohnya; aku boleh musnahkan kereta Honda
City dengan sekelip mata. Aku cuma perlu genggam tangan aku seerat-eratnya,
maka seluruh kereta Honda City di dunia akan musnah dan berdebu. Kalau hendak
digambarkan dekat globe, plotkan dimana letaknya kereta Honda City tersebut,
apabila dimusnahkan oleh aku semua kereta tersebut lesap. Fuhh.. bayangkan!
Di kawasan aku mencari rezeki ni, sangat susah access nak ke
mana-mana. Sebab dikelilingi oleh sungai. Kena naik feri, kena naik bot baru
boleh pergi kemana –mana. Setiap kali menaiki feri tu, setiap kali tu lah
bergadai nyawa memohon harap agar kereta aku tidak mencium hujung feri
tersebut. Sangat tricky ---> down. (aku harap JPJ tambah lagi satu ujian, iaitu ujian
menaiki feri untuk melayakkan diri memiliki lesen memandu).
Terfikir juga aku, mungkin
ini cara orang gila berfikir. Perasan tak orang gila selalu senyum dan ketawa
sendirian? Sebab mereka berada di dunia khayal mereka sendiri?
Aku harap aku tidak gila. (Cuma sedikit obses dengan K-pop)
*layan Running Man*
Subscribe to:
Posts (Atom)