Friday, November 28, 2008

mari membaca!!

Aku rajin baca buku!!!!

Tatkala sedang asyik melayan kebosanan, timbul pula hobi yang sekian lama ku tinggalkan sunyi dan sepi tanpa sebarang berita. Ya, baca buku..(oing!!!) masa kat Kolej Perindu,(UiTM shah Alam) time debat tue, aku ternampak buku kat tepi TONG SAMPAH, aku kutip la.. sayang kan buku di buang sesuka hati. Masih cantik lagi. Buku bertajuk GAZA DI SERANG – CATATAN SEJARAH PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN PADA TAHU 2006 HINGGA AWAL 2007 di tulis oleh MASZLEE MALIK.

Tersentap aku!

Aku kenal penulis buku nie. Aku rasa, kalau dah kat tepi tong sampah, mungkin orang dah buang kot.

So kau ambik la, mana lah tau, buku tu nanti berguna pada masa debat nanti. Cek2 tak berfungsi,.. aku gigihkan diri untuk embawwa buku tersebut ke bumi tercinta. SARAWAK BUMI KENYALANG.

Sampai kat sini, aku cuba belek2 buku tue dan baca synopsis nya. Nampak menarik, aku cuba selak2 dan terus menyelak. Aku tertarik. Tapi aku belum baca habis lagi. aku baru baca sampai ISU PALESTIN : DI MANA OIC?..... apabila pengarang cuba mengupas isu tersebut untuk di masukkan ke dalam buku ini, aku sedar. Betapa besar nya kesilapan yang Negara kita telah lakukan(berdasarkan pemahaman aku terhadap isu OIC )

TERSENTAP!!

Katanya pada hari ini kita terlalu bersimpati dengan masyarakat Islam di Palestin. Katanya kita memberi bantuan kepada rakyat palestin. Tapi apa tindakan yang kita telah lakukan? Apa bantuan yang kita lakukan? Menghantar ketenteraan? Untuk minimbulkan lagi kemaraan rejim Zionis, AS dan sewaktu dengannya ?

Begitu??

Sekalipun dalam bayangan, apakah bantuan yang ingin rakyat Malaysia ingin laksanakan, keewangan?? Berpa jumlah nya?

Pernahkah perdana menteri kita pada hari ini memberi tahu berapa jumlah nya?

Kalau Negara Qatar terang terangan, membantu sebanyak USD50 juta. Kalau Iran genap USD 100 juta. Kita??

Saya kira saya serah kan kepada perdana menteri tuk menjawabnya..

Pada hari ini bukan ingin menyatakan, mahupun menunjuk berapa bantuan yang perlu kita perolehi. Namau, setidak – tidak nya, nyatakan berapa. Seringgit? 50sen?

Atau berapa? Tidak salah maklumkan berapa kiranya. Sehingga kini ianya masih tidak dapat di jelaskan dalam bentuk angka.

Kata perdana menteri, kita memberi sokongan kepada palestin. Apa jenis sokongan?mungkinkah sokongan yang di maksudkanitu adalahkata – kata seumpamakumpulan sorak yang menyorakkan kumpulan bola sepak yang tengah rancak beraksi di padang bola? Atau mungkin, inya berbentuk seumpama kutukan –kutukan dan kecaman – kecaman anggota PBB yang berjumlah hamper 400 resolusi terhadap rejim Zionis?

Hanya perdana menteri kita sahaja yang tahu jawapan nya..

Sedangkan hakikat yang perlu kita terima OIC yang telah dipengerusikan oleh Kuala Lumpur pada masa itu. Mereka juga harus sedar dengan OIC dengan mesyuarat mereka yang berlansung di JEDDAH pada tahun 2005, lantas mengaitkan isu PALESTIN dan MASJID AL – AQSA antara salah satu resolusi nya.. maknanya perhatian terhadap PALESTIN itu perlu!

Persoalan nya…… apa fungsi OIC dan bantuan MALAYSIA??

P/s ; reaksi??