Sunday, May 16, 2010

Kenyalang Debate Open ( kisah cerita nya)

1.
hi , seperti mana yang dijanjikan, kali ini remy nak cerita kan sedikit berkenaan dengan satu aktiviti yang telah di anjurkan UNIT DEBAT UiTM cawangan Samarahan, SARAWAK. yakni, KENYALANG DEBATE OPEN.

2.
maaf lah andai teknik penceritaan remy nie tak membuatkan kalian semua puas dengan apa yang betul - betul terjadi. al maklum la..remy sangat tak reatur. (ada kaitan kew? ) haha

3.
erm..baiklah. untuk memudah kan lagi penceritaan ini, remy nak ceritakan mengikut kategori. pertama berkenaan dengan teknikal perdebatan, kedua berkenaan dengan pengurusan. dua perkara ini sahaja yang perlu untuk highlight kan. mudah.(malas nak tulis panjang - panjang sebenar nya)

4.
teknikal perdebatan.


i. setelah mendapat pendaftaran peserta secara rasmi, pihak KDO's menerima 12 pasukan debat bagi kategori bahasa melayu. pasukan uitm sarawak menghantar 3 pasukan. (makna nya 9 pasukan yang hadir) kalau di ikutkan sepanjang remy menyertai debat, ini lah pertandingan paling sedikit penyertaan nya yang pernah remy jumpa. tidak menggapa.KDO masih baru lagi.kali pertama kowt. (sekadar menyedapkan hati).


ii. seawal pagi persiapan telah di sediakan. pasukan remy, macam biasa, remy, iee dan jack. semasa pusingan pertama tidak ada masalah. semua berjalan dengan lancar. Kepanasan bahang masalah bermula apabila masalah tabbing berlaku. Remy terkejut tatkala orang yang dilantik sebagai tabbing tidak tahu apa – apa menggunakan system tersebut. Kali ini, remy tak menyalah kan sesiapa. Remy tuding jari kepada remy. kenapa? Pertama, abg zarul email remy system tabbing . kedua, remy mengambil perkara terlalu mudah. Remy ingatkan mereka pandai menggunakan system tabbing tuh. (walhal remy dah Tanya sebenarnya, samada mereka reti atau tidak menggunakan system tersebut.) hurm~ tapi satu benda pun mereka tak reti menggunakan nya. Kepercayaan terlalu berat untuk di berikan kepada mereka. masalah.

iii. setelah lebih setengah jam masalah bodoh cabaran berlaku kepada penganjur KDO, mujur abang jef (pendebat senior UIA) hadir sebagai menyelamatkan keadaan. Syukur. Sekarang remy tak pasti sama ada hendak berpihak di tempat mana. Sungguh memalukan. Tapi demi kebaikan bersama, aku perlu bertindak apa yang patut. ( apakah tindakkan itu?) tidak boleh di ceritakan, offensive. Haha.

5.

Pengurusan.

i.

Dari aspek pengurusan, terdapat berberapa perkara perlu untuk di perbaiki. Contoh nya, dari aspek penginapan dan makanan.

ii.

Dari aspek makanan, terdapat peserta mengatakan mereka mengalami tidak cukup makanan. hal ini benar. Pada hari ke – 2 remy tak makan. Sebab?? Makanan sudah habis. Paling menyedih sama sekali, orang lain (bukan comitee KDO) mengambil makanan yang di sediakan sesuka hati. Staff am nya. Kalau nak tolong dengan sehabis baik tak apa. Kalau datang sekadar nak makan free, baik bali rumah dan masak sendiri. Percuma. Ini tidak, mereka makan makanan peserta dan urus setia kemudian blah cam tuh jew~ what kind of human are u? mereka ingat, bajet yang di sediakan tuh beratus – ratus ribu? HELLO! HEP sediakan RM5000 lebih sahaja. Literally.RM 5000 lebih. Cukup tak? Sah2 tak cukup. Kedua, dana yang di berikan adalah untuk pelajar membangunkan aktiviti. Bukan untuk di makan oleh staf yang hampir sama ramai dengan peserta ye. Mengalami tak cukup makan, satu perkara yang amat sensitive. Ini akan memberikan cerminan kepada pihak luar yang datang bertanding. Harap kalian faham~

iii.

Dari aspek penginapan pula, tahniah buat Jackson gerasi! Kerana mampu fight for penginapan. Nasib baik tak di kenakan bayaran. Hue~. Tapi, proses ‘fight’ tuh amat perit. Sangat perit. Akhir sekali, di berikan kolej serapi. Secara peribadi nya, remy amat tak suka kolej tuh. Pertama, kolej lama. Orang dari university lain datang, so apa perasaan mereka berada di kolej macam tuh, kemudian berdebu. Arggh! Rasional mereka tak nak bagi kolej sri gading ialah “dulu pesta tari yang mengangkat nama UiTM Sarawak pun peserta nya tinggal kat serapi juga’’ so, what da point??? Huh! Kepada pihak kolej , sila bertolak ansur sedikit ya. Jangan jadikan perkara sekecil ini di jadikan sebagai satu alasan untuk membuktikan kalian semua berkuasa. Tidak ya.

Secara kesimpulan nya, banyak perkara yang perlu untuk kita majukan. Jangan sesekali mengambil sesuatu perkara itu dengan mudah. Kita perlu kuat. Mungkin kali ini kita gagal, tapi, tolong belajar dari kesilapan. Jangan mudah melenting. Marah dan sebagai nya. Buat staf, pihak atasan yang sebagai nya, sila bagi kerjasama yang sebaik mungkin ya. Saya percaya kalian boleh lakukan.





p/s - lame nya nak update . miss everyone here!