Tuesday, September 25, 2012

SEMI – MENTAL


Akhir – akhir ini, aku acapkali aku bercakap bersendirian. Aku harap aku tak gila. Haha bukan apa, banyak perkara yang aku perlu ingat. Dengan menyebut, aku akan mudah mengingatinya.

Ini method yang  baru praktikkan untuk mengatasi masalah pelupa aku yang agak kronik. Kalau tulis…. 

Pengsanla aku nak kena bawa nota dan pen kemana – mana.

Tak apa, ikut mana suka la. As soon as dapat ingat apa perlu di lakukan seterusnya, aku rasa tak ada 
masalah. J

FIXI - LICIK



(entri ini ditulis bersama alunan merdu suara Adele –  Album 19)

   Bersempena dengan perasmian laptop baru yang aku beli, aku ingin canangkan bahawa ini merupakan entri pertama yang ada dalam computer riba aku. Untuk itu, aku ingin mengulas sedikit sebanyak novel yang aku baca sekarang ni.

   Memandangkan aku sudah kehabisan buku baru untuk dibaca, jangan hairan andai aku mengulang semula buku yang aku sudah baca. 

Perkara yang sama terjadi kepada sebuah buku keluaran Fixi ni.

    Yang aku maksudkan ialah, Licik karya Sham Hasim dan Julie Anne.Seperti buku – buku Fixi lain, Licik juga tidak menekankan persoalan cinta tahap cinta-kahwin-cerai-madu-setia seperti buku – buku keluaran  Alaf 21 yang sudah menjadi darah dalam kerangka syarikat penulisan yang boleh dikatakan gergasi tersebut.




    Buku ini mengisahkan……blablabla (baca sipnosis) . Apa yang ingin aku ketengahkan dalam buku ini adaah soal kelebihan yang ada pada buku ini (ingat, aku bukan promoter nak promote buku ini. Sekadar memberi pandangan). Antara bahagian yang menarik dalam buku ini adalah :


1.       Saat Sadik dan Fira menipu beberapa orang kaya yang mudah terpengaruh dengan kecantikkan wanita dan harta.

2.       Fira telah ditipu oleh Sadik, sehingga memberikan wakeup call buat mira yang tengah hanyut dengan belaian cinta – licik si Sadik.

3.       Siri keberanian penulis mengetengahkan bahasa Iban dalam novel Bahasa Melayu. so proud : )

  Aku tak pasti sebenarnya, kalau aku baca buku ini aku mesti akan teringatkan salah sebuah buku Fixi – PECAH. Mungkin konsep kedua- novel ini menengahkan konsep penipuan. Mungkin.


  Apa – apa pun, skala yang aku boleh bagi kat buku ini ialah 6/10.Sebagai pembaca dan peminat buku Fixi, semoga terus kekalkan kualiti novel kalian.

Sekian. 


p/s: double check spelling dalam novel ya !