Saturday, March 7, 2009

berubah02

hym...sedang aku klik2 laptop aku...
terfikir seketika aku banyak pekara yang aku suka laku kan dulu telah 'di gantikan' dengan pekara baru...

pertama
dulu; aku suka bangun awal pagi.. dan duduk sambil memikirkan apa yang aku nak laksanakan untuk hari tue.
sekarang; aku suka bangun lewat. tak tau kenapa. paling awal aku bangun sekarang nie jam 7.00n paling lewat 7.30.. banyak yang berubah dalam 30 minit tue..kalau dulu 6.00am mata memang tak nak tidur lagi. tak tau kenapa.. adakah aku semakin malas..???
boleh jadi.

kedua
dulu; aku gemar msg2 dengan kawan gune hp cute aku.
sekarang; aku lebbih suka hadap komputer riba dan chatting.aku kira bukan soal kehadiran 'benda baru' yang menyebabkan aku berubah.. tapi aku taak dapat kenal pasti apakah itu..

ketiga.
dulu; aku bukan la anti penyanyi terkenal tanah air SITI NURHALIZA. tapi aku agak kureng la dengar lagu nya.. kalau satu dua lagu dia boleh la kot..(sedapkan hati jah~)hehe
sekarang ; aku tengah mengumpulkan koleksi lagu siti. lagu dia best..(tukar statement dah!)
sekarang ne pun tengah dengar lagu siti - cintamu. sekali lagi aku tak ada jawapan untuk itu.

keempat.
dulu; aku lah insan yang paling legend dalam hantar assignment lambat. kalau lecture tanya siapa belum hanta, pasti ada aku.. tak pernah tinggal pun..
sekarang; kalau ada assignment aku mesti buat sebaik sahaja kelas tamat. mungkin itu satu pekara positif bagi aku.. namun aku tetap tak tahu kenapa .. perlu unuk aku cari jawapan yang munasabah...

kelima
dulu; kalau baca surat kahabar, bahagian pertama yang akan ku belek ialah bahagin hiburan. gossip artis banyak yang ku tahu.
sekarang; aku lebih suka baca berita muka depan surat khabar.. dan lebih kepada berita politik.. ermm.. agak pelik kan??mungkin aku baru nak bergelumang dengan dunia debat nie.. perlu untuk aku baca isu- isu politik di Malaysia kan?? mungkin ada jawapan.

keenam
dulu ; aku paling tidak suka guna pen hitam. alasan :tak cantik tulisan.
sekarang; pen hitam memenuhi pensel box aku.. tak paham kenapa.

ketujuh
dulu; aku suka seluar straight cut @ bee g. best n selesa
sekarang; semua seluar aku dah skinny jeans dah..sekarang nie tengah cari seluar koporat yang skinny pula..(PITAM**)

kelapan
dulu; dua tahun sebelum nie aku memang mohawk .. ala2 david beckham gitu~
sekarang; aku lebih meminati spike.. tak tau kenapa. lepas nie kalau aku balik umah komfom kena ganyang mak aku.. dia orang paling tak suka rambut spike.. hahaha. sorry moms..!

kesembilan
dulu; aku suka baju kaler hijau.. pernah sekali aku turun kelas guna baju kaler hijau slama seminggu.(bukan baju yang sama ye..)hheehe
sekarang; aku lebih suka baju kaler gelap. hitam terutama nya.. tak tau kenapa.

kesepuluh
dulu; aku tak suka guna perfume. aku ada perfume dulu.. 3 sem aku pakai tak habis- habis.
sekarang; aku suka pakai perfume.. kalau tak g mana 2 pun aku pakai.. tak tahu apa jawapan nya.. hehehe,.. perlu untuk cari jawapan.. cari bersama la..


banyak yang telah berubah..

apa yang pasti aku .... tak tau lah!!