Saturday, June 26, 2010

entah. teruskan.

1.
susah mana perjalanan yang kita harungi, hidup ini perlu di teruskan juga. tiada siapa yang dapat membantu kita, melainkan diri kita.

2.
perjalan ini takkan terhenti begitu sahaja. aku masih perlukan semua nya. perlu.

3.
aku perlu lebih tabah. terima kasih semua.



p/s - hati masih keliru.

Tuesday, June 8, 2010

di tagged oleh rda

eh, nampak nya remy kali ini kena tagged oleh rda . remy cuba habis kan sebaik mungkin. hehe~

1) Adakah anda rasa anda hot ?
kalau rda is hot, abg hafis super hot, remy pula super duper hottest! boleh? (its factual)

2) Update wallpaper laptop yang anda guna skrg ?




3) Cerita pasal gambar ini .
erm, pc nie kazen remy punya. so pasal kasut nie, remy tak tau sangat. just remy jumpa kat folder onitsuka tiger. jawab soalan tak?

4) Kali terakhir makan pizza ?
sebulan yang lepas, semasa lunch bersama miss leela! (^_^)

5) Lagu terakhir yang anda dengar ?
arjuna - alif aziz

6) Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini ?
hati dan perasaan - rindu kat rda n anas n airy n abg zarul n abg bonsai
otak - berfikir cara nak buat tajuk entri ni.

7) Selain nama sendiri , anda dipanggil dengan nama apa ?
lala, ijau, mie...




8) Tag orang , siapa yang nak kena tag?
nazwan (mmu)
panda
padin
haris (uitm sarawak)
johari

9) Siapa orang number 1 pada anda ?
kawan yang lucu dan selesa bersama nya

10) Katakan sesuatu pada orang number 5 .
joe, please update blog! please~ wee!

11) Number 3 ada hubungan dengan siapa ?
dengan no 2.(yakin)

12) Bagaimana pula dengan number 2 ?
No 3. Hahaha.

13) kata - kata cinta pada orang number 4
haris,I love you, not for what you are, but for what I am when I am with you.
pengsan~~~


14) Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag .
nazwan (mmu) - pendebat mmu yang best kalau bagi komen (jika dia jadi hakim)
panda - bakal pereka fesyen remy. koma!
padin - penghibur dan sangat memahami.
haris (uitm sarawak) - orang yang dalam diam. tapi lucu.
johari - sahabat baik faiQ. mati larhhh~


sekarang sudah berjaya menjawab nya. thanx to rda kerna tag remy. i love u so much babe~




p/s - huh! menunggu ketibaan pelancong singapura dan jerman dengan penuh debaran kerna remy akan berpakaian Iban. mean dat i have to bercawat! sexy~

Monday, June 7, 2010

hari gawai dayak 2010 - sedih.

1.
hi semua. sekitar jam 5.30am remy bangun. semata - mata nak online.gigih kan? (tepuk tangan) whooohoo! sekadar entri ringkas kali ini regarding gawai dayak 2010. hurm.

2.
pada 30hb remy n kawan lama remy aka girl next door(literally) balik sama. menjanjikan kegembiraan sempena gawak Dayak. almaklum la hari gawai. semua orang sepatut nya bergembira. ditambah lagi sambutan mesra dari orang jauh yang jarang datang ke kampung.

3.
kegembiraan ini bertambah - tambah apabila di mangkinkan bahawa sepupu sepapat akan datang. wah! meriah ni.(yakin). tiba sahaja di rumah, remy melihat ibu sibuk membuat kuih - muih. timbul rasa cemburu dalam hati. berbisik ; 'esok remy akan tunjukkan kepandaian remy. awas ye bu..!' haha.

4.
itu sekadar gambaran kegembiraan. situasi yang di harap kan tidak berapa menjadi. banyak kisah sedih berlaku. peristiwa berdarah juga berlaku (gittew) .

5.
malam 30hb. sekitar 8.00pm adik ku kena belasah. berdarah . banyak luka nya. timbul persoalan , siapa yang membelasah nya? hurm.. adik ku tak tahu. (dalam keadaan mabuk). kesian. pada remy, amat mengecewakan andai gawai di cemari oleh darah. sangat sedih . sebagai abg, remy rasa tak perlu untuk mencampuri urusan dengan mendalam. remy serah kan pada ibu n bapa remy . mereka lebih mahir. kesian adik remy. 5 bahagian luka di muka.

6.
kesan dari itu juga, beliau menghadapi masalah sukar kencing. pernah kencing berdarah. kesian. 5 hari makan bubur jew.

7.
paling mengerikan lagi apabila sepupu ayah.(gengster) datang nak balas dendam bagi pihak adik remy. sebuah van datang, pelbagai senjata yang di bawa. lutut remy bergegar. sangat takut. semua besar - besar belaka. kalau boleh remy tak nak meneruskan pergaduhan ini berlaku. sangat ngeri. timbul juga perasaan gembira(sedikit) rupa nya remy ada banyak keluarga gengster. hahaha.

8.
tidak lengkap dengan adik remy yang kena belasah, pada 2hb pula ibu remy dan adik remy( yang kena belasah ) kemalangan di jalan raya. kereta remuk. tapi nasib baik mereka berdua tak apa - apa. hurm.

9.
sangat sedih gawai kali ini. tak tau nak xplain macam mana. sedih la.


p/s - sedih.