Thursday, April 30, 2009

laila taib pergi....

hi semua.
tatkala sedang sibuk menyiapkan persedeiaan untuk menduduuki peperiksaan akhir tahun, teramat jarang lah aku menyelak mana lembaran kertas, yang di namakan surat khabar. dek kerana kelalaian itu, menyebabkan aku tidak mengetaui isu yang luar dari lingkungan hidup aku. ya~ itu lah aku..
kelmarin, sedang aku borak - borak dengan kengkawan, mereka bercerita tentang, orang meninggal..tersentap pula aku.. bertanyakan siapa yang meninggal. ahhh!!!! terkejut beruk aku bahawa isteri ketua menteri SARAWAk yakni LAILA TAIB MENINGGAL akibt barah.. aku diam seketika, aku tidak paham, apa yang wajar untuk aku lakukan.. sedih itu sudah pasti..
selidik punya selidik, beliau meninggal akibat penyakit barah yang dihidapi oleh beliau selama ini. ya.. teringat aku, semasa aku bersalaman dengan beliau semasa membuat lawatan kat daerah aku. ceria orang nya.. pasti nyata akan berasa kekosongan melanda seisi sarawak. sesuatu yang amat tidak di sangka. ini lah yang di kata kan ajal maut di tangan Tuhan.
beliau selamat dikebumikan semalam.
semoga beliau di cucuri rahmat..bersemadi dengan aman...
Amin.