Tuesday, March 2, 2010

hari ini . bukan semalam.

....hi guys....
1. baru habiskan makan malam remy, menu tuk dinner tadi ialah, nasik mentega, tempoyak, sayur midin, n fish fillet. RM3.00 sahaja. murah dan berbaloi. thanx mak cik meriah. sambil2 itu remy tengok cerita 'high school get married' bersama rumate. cerita korean yang agak mencuit hati, di samping ada perempuan cantik. kedengaran juga hilaian ketawa kami bersama. haha.

2. hari ini ada 2 kelas SAHAJA. 8.00 - 12.00 p.m. so. nak di jadikan cerita, remy bangun sekitar 5.30 am. nak buat sdikit reading. almaklumlah chapter baru. (Chemistry). konfiden nieh, baca . then bawak buku chemistry dan pathology. turun kelas. sepanjang kelas pathology, remy tupukan sepenuh perhatian. hari ini belajar tajuk bacteria. then, kelas kat g101. sekali tengok pelajar lain masuk. bebudak part 5. dalam hati berdetak, kenapa mereka? bkn kelas kimia ke? lame gak remy berfikir. ... fikir dan terus berfikir... gosh!!! salah bawa buku. hari ini kelas secondary crop. satu benda tak bawa. huh! terpaksa study tanpa rujukan. tak apa. dah berlalu. (stu**d)


3. balik dari kelas. (dalam perjalanan) remy sudah mula berangan - angan. berjalan ala2 model yang shopping.. bajet semua orang pandang remy. ala2 pari hilton.. semua orang nak signature sana sini, flash camera sana sini. remy tersenyum seorang diri. tanpa sedar orang tengok remy. aduh! malu nya. tapi jalankonfiden jew. haha

4. makan tengah hari sekadar mee jawa. RM2.50. murah kan? hehe. thanx to nenek tuh.

5. sebelum tidur tengahari, remy sempat lagi berfikir. dan tertanya - tanya dalam hati. betulkan doraemon, shin chan tu wujud? remy teringin sangat memiliki dia. sangat. remy nak ketawa sepanjang masa. gembira. best nya. namun itu sekadar angan2 semata - mata. kita manusia. tidak mungkin begitu .

6. sekarang remy, dalam dunia facebook, baru remy sedar akan kepentingan nya. bukan sekadar tuk memaki hamun orang, bukan juga sekadar untuk kita meluah kan perasaan. tetapi facebook juga hadir sebagai satu medium untuk kita mencari sahabat lama. ya. banyak sahabat remy di sekolah - sekolah dulu telah remy jumpa. terutamanya yang berbangsa cina. haha. sangat best. menarik.

7. remy tetap suka kat dia. tak tahu kenapa. haha teringat lagu newboyz. sejarah mungkin berulang. suka lagu tuh.


8. sebenarnya entri kali ini di tulis adalah untuk melarikan diri untuk mengelakkan diri dari belajar paper engine. malas kan ?

9. haha..ok lah babai. tak de idea la. (^^)



p/s - teringat lagu avril lavigne. tomorrow. hurm..