Thursday, March 4, 2010

kerana khilafnya remy.

Hi. Hari ini hari khamis! jangan konpius ok.

Malam tadi remy study subjek Agriculture Engineering. study smart study hard, bermula dari pukul 6.00 p.m kemudian rehat sebentar sekitar jam 0000. Otak perlu rehat. Mesin pun boleh rosak kalau tanpa henti. Inikan manusia, yang asyik berehat pun boleh sakit. Kan? Sekitar jam 0100 remy sambung balik. Buat pass year paper, hafal komponen yang penting – penting. Konfiden + focus. (jauh di sudut hati mengharapkan agar dapat 100%.) ini penting. Agar Mr. zayn sedar akan kehebatan remy.(mati la.~). Jam 5.30 am tidak terasa. Remy cuba untuk rehatkan diri. Sekalipun otak masih ingin menghadam engine dan system yang berkaitan. Tidur.ZzZZzZ

Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab dan menepati masa, sangat suka melengah – lengahkan masa, remy kali ini turun awal. (Al - maklumla ada test.) sampai sahaja di kelas sekitar 7.30 am. Kelas pun belum buka lagi. Haha. Tidak menggapa. Remy teruskan menyambung membaca nota yang ada. Pak cik hensem membuka kunci pintu. Sedikit senyum manis seikhlas hati dan ucapan selamat pagi di lemparkan kepada pak cik tuh. Kenapa berbuat demikian? Bukan kerana remy pelajar yang sopan dan berhemah, bukan juga kerana remy kenal rapat dengan pak cik tuh. Bukan. Tapi dengan harapan mendapat berkat semasa menjawab test nanti. (ikhlas tak macam tuh? Jangan nilai. Anda tak berhak.)

Duduk terus membaca nota lagi. Sekitar 5 minit, datang lah bebudak kelas remy.

(Sebagai pemecah kesunyian kelas. Sila baca dialog ini.)

R;remy L ; pelajar kelas .

L : morning remy. Awal nya…!

R : morning dear. Saje jew awal. Nak baca nota tuk test engine nanti. So how ur preparation?

L : …(muka selamba) oh… masih lama lagi rilek la..

R : (berkerut kening ) eh.. bukan pukul 10.00 nie ke?

L : NEXT WEEK la..

R : (muka tak dapat menerima reality) gosh! Mek dah berkorban malam yang indah dah…. Ingat kan hari nie. Waaaa……

Rentetan daripada perkara di atas, banyak kesan sampingan yang remy terima . kerana khilafnya remy..

1. Kerana khilafnya remy,

Sanggup tinggalkan sarapan pagi yang indah, Di bilik. Membuatkan remy kelaparan seharian. (kelas full day)


2. Kerana khilafnya remy,

Pagi yang indah menjadi sangat gelabah. Semua benda tak kena. Sehingga terlupa bawa beg duit. Hal ini menuntut untuk remy tidak makan tengahari. Sekali lagi remy sangat menyesal kerana tak lihat betul – betul tarikh test tuh. Huh. Sh*T


3. Kerana khilafnya remy,

Sanggup buat korbankan latihan chemistry yang di suruh madam ViVien buat. Walhal dia telah meroyan semalam. Remy korban kan. Demi test engine.


4. Kerana khilafnya remy ,

Emosi tidak menentu. Tak dapat focus kelas. Perkara sebegini tak boleh jadi. Sepatut nya.


5. Kerana khilafnya remy,

Turut kena lecture oleh abang long (irman) selalu membuat kesilapan yang sama. Jangan study last minute. Jangan study lewat malam. Jangan lalai dan jangan jadi pelupa. Irman, saya janji takkan buat lagi. Ok! P.E.A.C.E


6. Kerana khilafnya remy,

Remy naik ke bilik miss leelajini untuk berehat sebentar. Semasa kelas jam 10.00 am, remy terjumpa wang r m5.00. tak tahu nak pulang kan kepada siapa. Miss leela tahu tentang itu. remy simpan sahaja.


Entri kali ini bukan hendak menceritakan betapa bodohnya lalainya remy. Tetapi ada mesej penting yang hendak di sampaikan. Jangan sesekali sahabat yang membaca entri ini tidak peka kepada perkara yang ada di sekitar kita. Banyak benda boleh berubah sekelip mata. Percayalah.




P/Snasib baik miss leela ada coklat kat bilik. Then dia bagi. Setidak – tidak nya remy tidak lapar. Yang berpanjangan. Love u miss Leela. :)