Thursday, April 30, 2009

laila taib pergi....

hi semua.
tatkala sedang sibuk menyiapkan persedeiaan untuk menduduuki peperiksaan akhir tahun, teramat jarang lah aku menyelak mana lembaran kertas, yang di namakan surat khabar. dek kerana kelalaian itu, menyebabkan aku tidak mengetaui isu yang luar dari lingkungan hidup aku. ya~ itu lah aku..
kelmarin, sedang aku borak - borak dengan kengkawan, mereka bercerita tentang, orang meninggal..tersentap pula aku.. bertanyakan siapa yang meninggal. ahhh!!!! terkejut beruk aku bahawa isteri ketua menteri SARAWAk yakni LAILA TAIB MENINGGAL akibt barah.. aku diam seketika, aku tidak paham, apa yang wajar untuk aku lakukan.. sedih itu sudah pasti..
selidik punya selidik, beliau meninggal akibat penyakit barah yang dihidapi oleh beliau selama ini. ya.. teringat aku, semasa aku bersalaman dengan beliau semasa membuat lawatan kat daerah aku. ceria orang nya.. pasti nyata akan berasa kekosongan melanda seisi sarawak. sesuatu yang amat tidak di sangka. ini lah yang di kata kan ajal maut di tangan Tuhan.
beliau selamat dikebumikan semalam.
semoga beliau di cucuri rahmat..bersemadi dengan aman...
Amin.

Sunday, April 19, 2009

bad day..

hi reader..
baru melabuhkan punggung di atas kerusi. letih..
ya . aku baru menghabiskan test final aku. management accounting. hari ini hari pertama.. dan pertama kali aku test final untuk 1st day exam. hurm.
bad day~ tema untuk hari ini. baik aku akan ceritakan bahawa aku berada di pihak yang benar. dan bagaimana "bad day" itu berlaku.
seawal 7.30 am.. aku baru habis mandi. sedang aku sibuk mengemas diri. roomate aku terbangun, mengingatkan aku ' slip peperiksaan jangan lupa' ...lantas... bagai kan kilat menyambar otakku .. minda terus berpusing. alamak~ di mana aku letak slip peperiksaan aku!! habis barang di selongkar.. tak juga jumpa. aku risau.. berpeluh - peluh aku. cari.. cari..dan mencari..
tak jumpa. berpeluh.. risau .. gusar.. semua nya bercampur. ahh setan! aku cuba mencari soft copy.. ya .. masih ada. syukur. otak aku terus berpusing sekalipun agak lembab. mencari di mana nak print. ahhh... teringat kat MISS LEELA. mujur MISS LEELA ada kat bilik. boleh tolong printkan.. aku bergegas..(rambut, muka, perfume.. semua belum di set kan lagi.)dan aku masukkan semua nya dalam beg...
MISS LEELA! u are my angel!

DALAM PERJALANAN KE BILIK MISS LEELA

sambil berlari - lari anak.. aku bergegas menuju ke blok b. jauh juga. tingkat 4 lagi tuh~ di persimpangan.. tak ku duga.. berjumpa dengan pak guard. terus di tahan.
kesalahan;

1. x pakai name tag
( kalau dah rushing cm mne la nak lekatkan semua tue..)
2 tak guna tali leher.
( nie kan final.. budak kat belakang guna T - shirt turun final (perempuan) tidak kena tahan. logik tak? aku sekadar tak guna tali leher jer. kalau nak adil tahan la kedua- duanya sekali. PAK guard BO**H.!!!)
3. guna jeans pada hari isnin.
(salah ke? nie final la.. time kat dewan peperiksaan, budak bilik sebelah aku guna seluar sukan jer turun exam. kenapa tak di tangkap??)

salah kah aku......???? @ pak guard yang tidak beretika??


SELEPAS HABIS FINAL.

ERM... tepat jam 2 pm. sir DOMINIC suruh hantar assignment.(test sebenarnya). alamak. aku tertinggal kan nya kat bilik.
aku ; sir., sorry sy tertinggal kan kertas tue kat bilik. macam mne nie sir?
sir; i dont care.. kalau tak nanti markah kosong la.. (muka angkuh) nie dah berapa hari dah nie. takkan la tak siap lagi!
aku; kalau cenggitu tunggu saya 5 minit la.. saya ambik.
.. aku pergi ambik dalam keadaan panas terik..
.......................................
.......................
..........
aku sampai.
aku; nah sir.
sir; nie kenapa banyak tak buat nie.. saya bukan main baik lagi dengan kamu. jarang nampak lecture macam saya nie.. saya nak tolong kamu. kamu buat macam nie pulak. saya tidak nampak kamu berminat dengan subjek nie..kamu tak buat ..
aku; (selamba) aku tengok tadi banyak yang tak buat pun...
sir; saya tengok kamu nie memang tak d=ada minat terhadap ujian nie.. berapa hari dah saya bagi kamu masa untuk buat semua nie. kamu buat apa??
aku; (selamba) study untuk paper final sir.
sir; kamu kena buat nie.. saya terguris dengan sikap kamu nie..
aku;( selamba) sorry sir.. saya busy dengan paper final....
dia berlalu pergi~~~( muka marah)

konkluksi;
aku hairan. siapa yang sepatut nya marah. aku atau dia. kalau berdasarkan apa yang aku faham tatatertib universiti, memang tidak dibenarkan untuk;
1. buat ujian di luar bilik peperiksaan.( mungkin test ...)
2. buat ujian semasa study week.
- yang dia buat ujian semasa study week ape hal?? dah la selalu batalkan kelas selama nie..
lepas tue nak marah - marah kan orang pula.. berpada - pada la nak mengutuk .. sesiapa yang salah. jangan jadikan alasan nak balik cepat tue sebagai satu alasan kukuh untuk awak menafikan kelewatan saya menghantar ujian tue. bukan aku bersifat kurang ajarperaturan universiti pun tidak pernah menghalalkan ujian semasa study week. terhadap orang yang mengajar aku nie.. tapi aku ada hak. malah maka untuk percaturan ini, kalau aku dapat tahu bahawa percaturan ini boleh menganggu gugat carrymark aku.. pasti nyata aku kena adukan kepada ketua program.
aku ada hak di situ. kali pertama aku di maki sebegitu.. maaf. bukan aku nak tunjuk belang. namun, andai ianya boleh menganggu- gugat markah final paper aku, disebabkan bukan kesalahan aku.. aku tidak boleh terus kan.muktamad!

Saturday, April 18, 2009

study week.. wat happen?

hurm....
any suggestion??
im still a rock star!
hehehe

Friday, April 17, 2009

dah balik..

hehehehe..
baru lega...
dah dapat balik umah..
dapat la aku makan tak ingat dunia...
yuhhhoooo...
best sangat balik nie...
huhuhuhueeehueh..
korang jangan jeles tau~

Tuesday, April 14, 2009

nak balikkkkkkkkkkkkkk!!!!


hulla.....
hari nie .. berapa kali aku dah memungkiri janji yang telah aku taburkan sendiri. aku nak balik... janji ke tiga.. aku akan balik hari nie.. tapi sayang.. kenapa tak dapat lagi.. wujud kekangan... i miss my family, house,... n so on..
aku tak menggerti... aku perlu balik.. itu yang pasti.
tolong....

Monday, April 13, 2009

hari ini....


morning~
what im going to do today...???
- hantar borang permohonan kolej.
- bukukan report ETR
- management accounting...(miss tina.. ade kat bilik x??)
not settel yet??
- nak balik umah.. mintak restu ngn mak n ayah... final dah dekat.
- report and assingment DR. margaret.
- failkan fact debat.
-jumpa timbalan pengarah~~~ adussss......

Saturday, April 11, 2009

ETR 300 - lucky



hi.....
.baru habis presentation etr. rasa lega sangat.. usaha kami membuahkan hasil kira nya..
bangga dengan ahli kumpulan aku. mereka memberikan segala tenaga yang menyebabkan kami dapat pujian.. sekaDar salah taIp berkenaan dgn figure jew.. then siap puji layout n kelainan yang ada pada kami. sekalipun selama ini kami bernanah mendengar suara - suara kumpulan lain mengatakan kumpulan kami paling banyak masalah. sekarang sudah menjadi bukti.. siapa yang bermasalah atau tidak..
alih - alih kumpulan itu gak yang bermasalah..
siap tiru presentation group kami lagi.. hahaha
puas hati aku .. JAHAT KAN aku..?
kalau di ikut kan hati .. mahu jew aku ungkit balik..gluppp...hehhe...
lepas habis tadi.. terus we all makan kat KFC. sebab dekat jew.
jalan kaki..
ini untuk meraikan kerja keras kami..
to: CRYSTAL MARINE ENTERPRISE.
- MY SELF (general executive) - erm... aku bangga dengan kerjasama. sekalipun tak sempat nak makan tengahari..hahaha

- FIONA CAMMILE(administrative executive) - kau memang group member yang baik.. (kolok mee kat sebelah KFC sedap tau..) pepaham la... cian norm kena lahar.. hahaha

- NURMAHFUZAH (marketing executive)- personally aku agak risau dengan kadar nervous anda.. namun anda mampu atasi dengan baik sekali dan dapat menjawab persoalan jang di tanyakan oleh juri... (siap dalam bahasa melayu lagi..)

- JACKY(operation executive) - no wonder lecture soil slalu puji awak.. hahah.... meletop sangat the way u presentation..huehue..

- ROZIELLA (financial executive)- paling comel..heheh bertindak selaku financial memang makanan anda.. anda telah buktikan.. tahniah.. !!

Thursday, April 9, 2009

kabinet baru kita....

hello reader...
morning..
erm... 2 hari lepas perdana menteri kita telah pun mengumumkan kabinet baru malaysia..
pbuat ahli - ahli kabinet, harapan rakyat terhadap anda terlalu menggunung. selamat menjalankan tugas !!(tetiba~)'nampak nya ahli dari Sabah dan Sarawak lebih banyak di pilih tahun ini. andai itu berdasarkan kredibiliti mereka, tahniah...!!atau sekadar satu strategi untuk meraih undi lagi..
hurm~~
tunggu la nanti~
GOOD LUCK~~

Wednesday, April 8, 2009

mencarut!

ola....
sekarang nie aku kat librari. membaca. ya..membaca. satu pekara yang amat jarang aku lakukan.. melainkan dekat final exam..entah kenapa, sukar tuk aku lunaskan kegusaran ini.. terlalu sakit buat ku.. ada baik nya aku membaca.
kita perlu tabah...
ya..itu yang pasti. namun, dalam keadaan sekarang.. ketabahan aku sebagai seorang pelajar benar-benar teruji. aku sedar. aku sudah terlalu jauh mengelamun... perlu untuk bangkit dari bayangan ini.
teman... sekeliling ku.. aku hargai anda. terima kasih yang tak terhingga kerana masih setia bersama aku. ..............
<== aku pun tak tau apa yang aku crutkan nie.. apa yang pasti.. ini lah yang ada di otak ku sekarang .. setelah open book quiz.. final dah dekat... bingung aku...

Tuesday, April 7, 2009

arrgh!!!!!!!!!!!!!! PITAM

reader.....
dah berhabuk dah blog aku nie..
almaklum la sibuk sangat semenjak 2 nie..
buat masa nie doakan aku agar mendapatkan ketenangan ..aku amat memerlukan nya ..
byk pekara yang membuatkan aku rasa sangat bersalah.. tatkala sedang menongkah arus examm yang akan datang tidak lama lagi..
bantu aku..
.....................
.........
...........
sorry~