Aramis was physically perfect. Envisioned from a fling she had with Giorgo Armani, he could pose for any male naughty wear and the princess adores him not only for his physical beauty but for his genuine affection for her. He has the gentlest body gestures and his approach towards his surroundings emanates sensitive honesty. He will complement the Satau rocks.
nota kaki ; terima kasih miss. l. terima kasih. aku terharu.
2.terdengar alunan lagu merdeka di corong radio cukup untuk membunuh deruan tidurku yang penuh drama di pagi mesra ini. Persis sang suria menyapa mesra rakyat Malaysia yang menyambut Hari Merdeka. Maka, terpaksalah aku tinggalkan kisah cinta tiga segi ku bersama Lee Jun Ki dan Kyu Hyun di alam maya buat seketika.
3.Ya. hari ini hari merdeka yang ke - 53. Maknakatanya 53 tahun kita bebas dari jajahan. Sekarang sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, aku bangga. Terima kasih buat mereka yang dahulu, berjuang mempertahankan tanah air tercinta. Terima kasih juga buat mereka yang kini, kerna kekal kan kemerdekaan. Malaysia terus maju.(pengsan).
4.sebagai rakyat Malaysia, berjiwa Malaysia, cintakan Negara, pasti hari ini kita ingin menyambut nya dengan meriah. Semeriah laungan Tunku Abdul Rahmansemasa melaungkan perkataaan ‘merdeka’ di Padang Merdeka pada 31 Ogos 1957. Cuma mekanisme yang di gunakan untuk menyambut hari merdeka itu sedikit berbeza. Kan? Apa pula yang anda lakukan semasa Hari Merdeka? Ada yang akan keluar konvoi bagai, naik kereta dan beratur mengibarkan jalur gemilang. Ada juga yang menyertai perarakan Hari Kemerdekaan, tidak ketinggalan, ada yang lebih suka bersiar - siar bersama keluarga mahupun teman kesayangan. Tidak salah. Semuanya boleh. Asalkan pengisian makna kemerdekaan itu ada. J
5.aku? aku memilih untuk menyambut merdeka dengan cara yang santai. Yakni, keluar bersama kawan kesayangan. (saya tak pasti sebenarnya saya menyambut hari merdeka atau sekadar keluar bersama kawan – kawan, seperti hari biasa) . remy, ana, Diana, net, fuad, dan lionel bersetuju untuk keluar seharian bersama. Bagi remy, semuanya akan menjadi ok nanti. (damn! Semua sepupu remy dah ada plan lain) haha. So, aku keluar bersama kawan kawan. (guys, dis statement doesn’t mean i cuba nak meng’anak tiri’ kan korang ya J )
6.dengan menggunakan dua buah kereta, kami keluar. kemana??
i,
Percubaan untuk melihat kemeriahan rakyat Malaysia, di Kuching am nya menyambut Hari Merdeka, tidak semeriah yang dijangka. Pasar masih lengang, tidak ada apa yang meriah. Oh! Mungkin mereka lupa hari ini hari merdeka. Atau mereka nak jadikan alasan puasa untuk tidak menyambut Hari Merdeka dengan meriah. Masalah nya sekarang, di Sarawak, tidak ramai yang puasa, mana pergi mereka yang lain? (Pointing kat yang tak puasa) haish! Kecewa.
ii,
destinasi kedua, rentetan daripada kekecewaan tersebut, kami menonton wayang. (dah plan sebenar nya) STEP UP 3. Cerita dari Negara penjajah. Aku lihat, ramai yang menonton. Agak sesak Ala Carte. Oh! Mungkin mereka seperti kami, menyambut merdeka di sini. Janggal la pulak L . cerita ini menarik! Sangat menarik, jauh lebih menarik dari janji British yang datang ke tanah melayu seketika dahulu. Aku suka. Oh ya! buat kawan – kawan, jangan lupa kisah yang menghantui kita. ORANG HITAM! Ouch~ (^^)v
iii.
Lebih dua jam focus untuk menonton wayang, kami pergi bermain boling di MJC. Menarik. Walaubagai manapun keputusan tidak keseluruhan tidak boleh di keluarkan, atas sebab – sebab tertentu . :P yang hadir tahu sebab nya. J walaubagaimana pun, tahniah buat fuad mengungguli ranking dengan 3 strike . J Bravo! Hey ana – cuci mata ya! satu jam setengah main boling. Tepat.
iv.
Tempat seterusnya ialah The Spring. Berbuka puasa di sana. Keadaan sangat lah sesak. Tak ada tempat duduk. Haish! Tempat sangat padat. Literally padat. Saling bersentuhan punggung dan sebagai nya. Selesai sahaja berbuka puasa, sengaja kami berkeliaran di kawasan The Spring. Merasa kesejukan pendingin hawa tajaan The Spring. 1 jam.
v.
Water Front. Destinasi kegemaran pelancong luar Negara. Berkongsi keseronokan bersama keindahan sungai Sarawak yang berlatarbelakangkan DUN baru (tetap). Amat menarik di waktu malam. Lampu neon hadir sebagai perencah suasana. Macam biasa, kerja aku, ana dan Diana.. mencuci mata. Melihat gelagat pelancong keluarga, pasangan kekasih, tak kira yang sejenis, normal dan tidak ketinggalan, orang gila. Maklumlah ‘merdeka’ katakan. Kekadang agak geli juga melihat. Wah! Haha tak apalah, mereka juga mungkin geli melihat kami yang syok mencuci mata.Lama kami bersembang, bercerita tentang kisah belajar di university, pangelaman melucukan, adakala juga kami bercerita tentang masa depan dan sebagai nya. Gurau senda dan gelak ketawa juga turut di selang - selikan. Secara peribadi, aku suka situasi begitu. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai GEMBIRA dan BAHAGIA.
Terima kasih sahabat.
7. sekitar jam 11.00pm, kami mula beransur. Semoga rakaman ini dapat diabadikan. Bersaksikan hari merdeka yang bermakna.