Thursday, June 21, 2012

Keluh Kesal.

Maafkan aku. 
Untuk yang kesekian kali. Aku tak akan lakukan nya lagi. Tapi bukan hak awak tuk memomokan cerita. Kerana 'kita sama'. Terima kasih kerana memberi ruang untuk mengenali kau. Aku amat hargai nya.

Jauh di sudut hati aku tersenyum. Syukur. Walau apa cara sekalipun Tuhan menguji, hikmah nya tetap ada. Maafkan aku sekali lagi.

Belum tiba masa nya untuk giliran aku bercerita dengan teman setia. Cerita kita.
Milik bersama. 

Terima Kasih

Pindah.

Oh, tak lama lagi aku akan pindah rumah. Gigih packing barang. Semoga ditemukan tempat yang selesa tanpa sebarang gangguan yang acap kali merintih di jam 0326 . 

Sesungguhnya aku sangat takut. 

Adakalanya aku perlu percaya pada benda sebegini. Ibu selalu berpesan, banyakkan berdoa. 

Di belakang sekadar bunyi. 

rintih... 

rintihh..
ri..nt..ih......

Tuesday, June 19, 2012

EURO 2012

Germany. 
I know, you will win EURO 2012.
 Congratulation in advance. 
*hug*






Fasa Perubahan


Kini, aku perlu terima hakikat yang aku sudah dewasa. Sekalipun pemikiran tidak pernah sematang – matang manusia, aku tetap berusaha untuk memikir seadil – se-relevan mungkin. Melihat kehadapan apa perlu dilakukan, terutamanya mengalas tanggungjawab sebagai anak sulung.

Sebenarnya aku masih rindu zaman belajar, zaman-feeling-cute/hensem (motip highlight) or do something cheeky.  Sekarang rasanya tak sesuai kot. Dah besar dah.  I dah dewasa. Wah! :)

Sekarang masa untuk aku capai apa yang aku impikan pada zaman sekolah. 

1.     Melancong ke luar Negara.
2.     Ada rumah, kereta sendiri.
3.     Dan bantu ibu dan ayah. Jaga mereka sebaik mungkin.


Doakan aku dapat mencapai apa yang aku impikan. Semoga Tuhan Maha Pemurah memudahkan segalanya. Amin.




p/s -  walau aku cakap aku perlu berubah dewasa, aku tetap minat Super Junior. Sekian. Argue? Fuck off.


Sunday, June 17, 2012

Selamatkan Rohingya



Ku dengar, di barat Myanmar rancak bergolak pembersihan etnik. Tuhanku, kau selamatkan sahabat - sahabat aku di sana.

Masyarakat Rohingya berlari kesana - kemari untuk menyelamatkan nyawa masing - masing. bukan sekadar nyawa yang mereka ingin selamatkan. Maruah, bangsa dan agama mereka papah.

Buat teman berbangsa Islam, turutkanlah melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan mereka. Badan - badan dunia, bertindaklah segera. Kasihinilah dan bantulah mereka untuk mendapatkan hak asasi mereka.

Berlari ke negara lain, mereka tidak di terima. Bangladesh, berikanlah mereka sedikit ruang untuk mereka hidupkan nyawa. Bukan menyeksa mereka membabi buta. Mereka manusia bernyawa seperti anda juga.

Rejim Burma, berhentilah bersikap durjana terhadap mereka. Sayangilah saudara senegara anda.

Dari jauh, pnjatkan doa untuk mereka.

Amin.