Monday, March 4, 2013

Selamat hari lahir Momo


Rasanya sangat lama kita tidak ketemu. yeah, i miss you a lot! :) take care.
 Ambik Master elok-elok. :) 


Mengelamun vs sewel


Kebelakangan ini aku kerap mengelamun kata kau!. Sangat banyak benda yang aku fikirkan. Rata – rata, apa yang aku lamunkan agak tidak masuk akal. Sehinggakan aku tertanya-tanya kepada diri sendiri, itukah yang di katakan ilham ? wait, seriously? ilhamkah itu? Katakannnnnn! Haha

 Ada beberapa lamunan yang mencuri perhatian aku, sehinggalah ianya terjerlus ke blog aku. Kalau kongsikan perkara ini, aku harap korang tak fikir aku gila/sewel or mana- mana yang seangkatan dengannya. Err....*head nodes*

1.  Aku pernah mengelamun yang aku pernah ada satu kuasa yang boleh kawal satu benda.Contohnya; aku boleh musnahkan kereta Honda City dengan sekelip mata. Aku cuma perlu genggam tangan aku seerat-eratnya, maka seluruh kereta Honda City di dunia akan musnah dan berdebu. Kalau hendak digambarkan dekat globe, plotkan dimana letaknya kereta Honda City tersebut, apabila dimusnahkan oleh aku semua kereta tersebut lesap. Fuhh.. bayangkan!

 2.     Aku boleh bertukar wajah sesuka hati. Dalam konteks lamunan ini, aku rasa dipengaruhi bentuk badan aku yang semakin tembam dan perut aku yang semakin membuncit. Haha!Bayangkan aku boleh bertukar rupa bentuk sesuka hati? Aku selalu aku boleh jadi secantik Miranda Kerr,  aku boleh setampan Henry Golding, Kim Hyun Joong, Lee Minho, dan comel macam Kim Beom dan mana – mana artis Korea yang tampan. Ohhh! Bestnya kalau ada bentuk badan yang solid, 6 pack dan sebagainya. Best giler!

Di kawasan aku mencari rezeki ni, sangat susah access nak ke mana-mana. Sebab dikelilingi oleh sungai. Kena naik feri, kena naik bot baru boleh pergi kemana –mana. Setiap kali menaiki feri tu, setiap kali tu lah bergadai nyawa memohon harap agar kereta aku tidak mencium hujung feri tersebut. Sangat tricky ---> down.  (aku harap JPJ tambah lagi satu ujian, iaitu ujian menaiki feri untuk melayakkan diri memiliki lesen memandu).

Terfikir juga aku, mungkin ini cara orang gila berfikir. Perasan tak orang gila selalu senyum dan ketawa sendirian? Sebab mereka berada di dunia khayal mereka sendiri?

Aku harap aku tidak gila. (Cuma sedikit obses dengan K-pop)

*layan Running Man*

Friday, February 15, 2013

Yuna.

Favourite Thing by Yuna #lyrics via @musixmatch http://lyr.cx/t/17275880

Thursday, February 7, 2013

Saturday, January 19, 2013

Nota ringkas

Selamat tahun baru. Azam tahun baru? Tak tahu.

Terus di tindas

Tolonglah, jangan tindas kami.
Kami disini hidup mencari rezeki. Kita sama mencari rezeki
Cara kau buat kami begini buat aku benci seisi kaum mu. Rasa nak ku ludah muka kau. Grrr.

Aku cuma berangan-angan sahaja sebenarnya. Mana mampu aku melawan kaum mereka yang maha besar itu.

Dan kami terus ditindas....