Wednesday, July 29, 2009

di sebalik dingin yang subuh

hi guys!
morning~ (^_^)
huarggh....(menguap)
hym....sebenar nya banyak orang menginginkan kedinginan subuh. tidur lena. dan yang paling penting sunyi tanpa di ganggu sebarang anasir - anasir yang tidak sesuai tuk dikerjakan pada waktu subuh. ya. itu lah yang terjadi padaku subuh tadi. banyak pekara yang berlaku sehingga menidakkan aku untuk tidur, sampai ke pagi.

pertama.
balik dari bilik irman sekitar jam 0000. aku pulang ke bilik tidur ku sendiri, tak jauh sebenarnya. jiran sebelah jah~aku sebenarnya masih terkumat kamit. banyaklah yang aku carutkan(entah apa akan terjadi kalau aku tua nanti. tidak!) aku sebenarnya amat menghargi kedinginan subuh. ya aku suka. jika di bandingkan dengan keadaan tengahari @petang. hal ini di mangkin pula oleh jerebu. sah la. namun subuh kali membuatkan aku agak tidak selesa. kenapa? elektrik buat kali ke -3 dalam minggu ini tidak menjalankan tugas dengan baik. aku amat perlukan elektrik. kenapa?
sebab banyak benda yang perlu aku buat. aku perlukan cahaya dari lampu misal nya. aku tak tahu apa fungsi residen staff. atau pun pegawai kolej. keselamatan pelajar di bawah jagaan siapa sebenarnya. 2 hari dah di laporkan pekara ini. namun tidak ada hasil yang memberansangkan.
nak kata mereka sibuk. pagi tadi sempat juga aku tengok 2 orang pegawai kolej minum - minum dan sembang - sembang.. untuk mencantikkan lagi keadaan nya.. aku mula mencarut. tertekan aku dengan semua benda yang serba tak berfungsi. rasa teringin aku bawa generator ayah aku sebagai satu alternatif. hish. jarang skali aku mencarut di subuh hari.
akirnya apa yang berlaku kepada ku? aku tidak merasai kedinginan subuh itu. terlepas untuk semalaman subuh.

kedua.
aku rindukan subuh minggu lepas. aku amat bahagia. kerna subuh itu banyak memberikan manfaat kepada tu. sekitar 2 jam aku sakit hati dengan black-out, aku cuba redakan diri dengan melayan hp nokia 1100 yang comel itu. aku chat ngn budak itu. ya. budak yang pernah aku suka dulu. ternyata dia masih terlalu dingin. dek kerana kedinginan itu, aku menjadi panas sedikit. aku cuba kawal diri. sebenarnnya aku bukan pemarah. aku baik sebenarnya. tapi aku tak tau kenapa emosi aku agak tak stabil sejak kebelakangan nie. perasaan ingin membidas apa orang kata sentiasa ada. huh. parah dah nie. kembali kepada topik asal. aku mesej dia. banyak gak yang aku bual kan. sekadar berbual kosong. jauh di sudut hati aku masih menyukai nya. pun begitu. aku sedar. siapa aku . banyak yang aku tidak ada. jangan hendak di angkat harta. rupa memang tiada. cuma sekadar angan- angan aku untuk menjadi hero dalam filem sahaja. biar lah aku dengan angan - angan aku sendiri. aku tidak layak untuk semua itu. pun begitu . aku rasa aku agak bertuah juga. sebab nya? aku agak kreatif dalam berimaginasi. aku selalu berangan - angan bahawa aku yang paling hebat di dunia. aku takluk dunia. itu sekadar imaginasi. sekadar berkuasa d alam fantasi.
aku masih suka kan dia.
subuh tidak menjadi dingin lagi.

ketiga
.
dalam menanti pagi, masih tidak dapat tidur. berguling - guling di alantai. mengharapkan sejuk dari simen. sekitar 4.45 am mata aku mula mengalah. untuk tidur.. dalam keadaan mamai, aku di kejutkan oleh bunyi seakan - akan mercun. 2 kali aku terkejut. kalau tak silap . itu bunyi das tembakkan. aku bangun dari katil dan melihat apa yang berlaku di tempat menyidai pakaian itu. jantung aku berdebar-debar melihat pak guard mengepung seseorang yang tengah melarikan diri sambil membawa alat pemadam api (tujuan mencuri) pak gaurd menyuruh orang itu menyerahkan diri. akhirnya orang itu mengalah. aku cuba mengecam siapa budak itu sebenarnya. ya. aku kenal budak itu. pernah sekelas dengan budak tue semasa kelas IDA. terkejut dan takut sangat tue. budak itu berjaya di tangkap dan. pasti ada tindakan susulan. kesalahan nya? tak pasti lagi. tapi itu lah juga yang menyebabkan aku tidak menikmati kedinginan subuh dengan penuh nikmat.

sampai jam 5.00 aku tak dapat tidur lagi . selepas terdengar bunti al - Quran.menandakan azan akan berkumandang tak lama lagi. aku tidak tidir malam nie - detak hati ku.
tak apa la.
habis sahaja azan berkumandang aku cuba fokuskan diri untuk tidur. jam 8.00 pagi sekali lagi aku di ganggu oleh pak cik maintenance memaku barang kat level aku. genap aku tak tidur.
sesungguh nya pagi yang gelap dan subuh itu tidak ku nikmati sebaik nya...
subuh yang tidak dingin.

No comments: