Monday, January 4, 2010

buat ; untuk apa?


hello reader!

happy new year again.and again! haha
erm...sebenar nya aku baru balik dari kelas Mr. Zayn. ya. kelas pertama aku. biasa saja perasaan. sekadar sedikit malu dengan pelajar junior.
sebelum itu, aku nak ucap terima kasih kepada pihak kolej UiTM cawangan samarahan. kerana BARU menyediakan perkhidmatan wireless di kolej( kampus lain dah lama dah. ) makna kata ,ianya lebih mudah untuk aku dating dengan pak cik Google nie.
(tak boleh buat alasan tak boleh update blog sekarang)
datang nya ilham untuk entri kali ini adalah semasa aku berjalan balik dari kelas G101. aku berjalan seorang.(saambil berkhayal)

erm... baik. sejajar dengan tajuk "buat: untuk apa?". korang semua perasan tak, untuk apa anda buat perkara yang anda sedang buat? ( berbelit x ayat nie?). erm... ada yang berkata untuk kebaikan diri sendiri. ada juga berkata untuk selamat kan diri dari terkena apa2 tindakkan orang yang berkuasa. pasti ada kan? tidak kurang juga untuk menyusah kan orang.( itu yang selalu di buat oleh remy)
kalau anda semua perasan perkara ini selalu kita abai kan. kenapa?
banyak anda sendiri ada jawapan nya.
di sini saya nak bagi beberapa contoh untuk membuktikan nya.


pertama.

semasa kita memandu, kita kena mengikut peraturan. tujuannya apa? untuk keselamatan kita. contohnya, penggunaan helmet dan tali pinggang keselamatan. ya. ianya dibuat untuk mengurangkan risiko kesan dari kemalangan. pun begitu, sayangnyaa, terdapat sesetengah pemandu memakai tali pinggang keledar adalah untuk mengelakkan diri dari kena saman. erm..cuba anda fikirkan sejenak, adakah kehadiran tali pinggang itu adalah di jadikan sebagai satu mekanisme untuk polis trafik menyaman kita? bukan kan.?. jadi kalau untuk keselamatan, kita. maka pakai lah tali pinggang keledar. tak kisah la sama ada polis trafik atau pun tidak.(akhirnya)



kedua

ini khas untuk insan yang masih bergelar pelajar.(termasuk aku) contoh kedua ini, isu assignment pula yang akan di bangkit kan. erm... pernah tak pensyarah anda yang garang memberikan assignment kepada anda? pernah kan?. baik. mungkin kerana kita terlalu takutkan pensyarah itu, maka kita kena buat assignment. sekali pun banyak. menggunakan apa cara sekali pun, contoh nya, copy and paste dari internet, edit font, ataupun yang lebih parah.. curi assignment rakan. tujuan assignment di berikan adalah untuk memastikan pelajar faham akan sesebuah topik yang di ajarkan. tidak kah ianya menjerat diri sendiri andai kita meniru assignment kawan? tidakkah ianya akan menjadikan kita lebih malas? jawapan nya ya.
benar. kita terlepas dari amarah pensyarah. benar carrymark besar. tapi pesoalan nya, adakah ianya akan menjawab kepada pemahaman kita pada satu2 subjek? tidak kira nya. ini (pandangan penulis semata) - belajar melalui pengelaman kata kan. - haha

berdasarkan 2 contoh mudah ini, jelas menunjukkan kita perlu buat apa yang kita patut buat. untuk kita. mungkin pembaca kali ini ada contoh yang lebih baik dan relevan untuk menggambarkan apa yang ingin di sampaikan. boleh lah di kongsikan bersama. haha

mungkin entri ini sekadar memenuhi carutan blog ini. sekadar tercetus di fikiran yang lembab macam aku. adios!

No comments: