Friday, March 5, 2010

cerita kita

Rayme lala ada cerita buat kalian semua

Cerita gembira


1

Hari ini kita bertukar bertukar khabar. Masing – masing mengetahui perkhabaran yang sekian lama tidak kedengaran. Sangat gembira di hati. Terpaksa di kawal juga. Takut dia ingat remy pelik. (memang pelik pun sebenar nya.) dalam hati melonjak – lonjak. Membuak – buak. Meronta – ronta. Tak tau nak gambarkan apa. Haha. Begitu bunyi ketawa nya. Tanda gembira.



2

Hati ini sangat gembira

Bila bercerita dengan dia

Sekali pun sekadar chatting sahaja

Tuhan yang maha Esa, tahu segala

Apa yang ada di dada

Tatkala bergurau senda dengan dia

Biarpun sekadar Di alam maya

Sahaja


3

Sekalipun tidak lama

Tidak mengapa

Rayme lala tetap suka

Mungkin itu satu petanda, bahawa kita boleh bersama

Sebenar nya. Ya. Sebenarnya.

Jauh di sudut hati, petanda ini perlu menjadi nyata

Tidak sekadar suka - suka


4

Dia bertanya,

apakhabar diri mu di sana?

Ku jawab juga, sihat sentiasa.

Kalian bagaimana?

Dia menjawab juga,

biasa sahaja. Sihat seperti rayme lala

Sekian lama muka mencuka, akhir nya rayme lala tersenyum juga

Melihat symbol senyum yang di hantar kepada saya

Hati sangat gembira

Rasa seperti kahwin dengan anak raja


5

Sekian lama berkongsi cerita

line internet mencemburui kita

lantas terputus begitu sahaja, cerita kita

Tidak mengapa

Remy syukur kepada Yang Esa

Kerana memberi ruang untuk rayme lala mengenali dia

Sekali pun dahulu, sekian lama tidak bertegur sapa

Kini ketemu jua


6

Sekian cerita kita

di harap kita berjumpa di alam nyata

Rayme lala rindu kenangan kita

Gambar mu tetap kekal di computer riba, milik rayme lala

Salam terubat rindu kepada dia~

Rayme lala gembira.

Itu cerita kita.





p/s – khas buat dia. Puas tidak bertegur sapa. Harap2 kita boleh berkawan semula. Bermain seperti dahulu kala.

6 comments:

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Wahhhhh. Ni betul2 happy ni! Hahaha. Siapa ni siapa ni? Ceritalahhhh.

Rayme Lala said...

rda - budak yang remy ceritakan time previous post tuh... 5 sem tak bertegur.. akhir nya die meng'chat' remy. hahaha sangat best!!!!!

harisu-sama a.k.a RS said...

tak tahu~ tak tahu~

Teddy Reezwan said...

ceritera cinta..ayok.. LARIKKKKKK

Rayme Lala said...

haris - hahaha~ yang pasti bukan kisah haris. haha

Rayme Lala said...

wan - mati la... hahaha.. cinta ketemu semula. pitam*** tak de kaitan kot~ haha