Cinta saya pada Ratu akan kekal selama-lamanya. kalian, doakan kebahagian kami.
Saturday, December 1, 2012
Thursday, October 18, 2012
TaTOO
INTRO
(Muka Bengis)
Menyerap semangat perjuangan Rentap….. (gitu)
Elopps!
Sebenar nya aku teringin nak bertatoo. Nampak la ciri-ciri
Iban tu sikit (glup!) bukan apa, selama ini ramai yang ingat aku Melayu. So,
dengan adanya tattoo nanti, mudahlah orang mengenali diri ini. -->(statement minta tikam dengan tombak.)
Kalau tak silap, bagi masyarakat Iban, pemilihan tattoo sangat
penting. Kalau badan tak dapat hold tattoo tu, badan akan rasa sakit dantidak
selesa.
cool kan?
Step pertama yang perlu aku lakukan ialah, SAVING. Maka gigih la aku melacur sana-sini mencari rezeki yang halal untuk me- natoo badan aku. Heh! Lain la kalau gaji aku sama dengan gaji Najib tak apa jugekk. . haha.
Ohh! Tak sabar nak buat taooo!
Terjumpa gambar ini. Baru sedar, dulu masyarakat Iban ada alphabet tersendiri. (apa kaitan gambar ni dengan tatoo? moink. #major
Tuesday, October 16, 2012
Happy Belated Birthday Rayme!
Ok, mungkin post ini sedikit lambat dari tarikh sepatutnya
di post. Erm, sebenarnya sampai sekarang aku masih tertanya-tanya kenapa perlu
aku simpan entri ini lama – lama. Lupakan lah.
Tanggal 28 September merupakan hari yang paling aku tak
ingini. Yes! Hari lahir aku. Maka aku semakin tualah jawabnya. (hari jadi kali
ke berapa, terpaksa di sembunyikan atas faktor – faktor depress yang
SIGNIFICANT – Nampak tak capital letter tuh? ) *demam*
Haha, kalau tahun lepas hadiah paling sweet aku dapat is nektie
dari Miss L. Dia beli kat Germany you! Thanx miss L.
Untuk tahun ini, aku tak dapat apa- apa dari orang. Wish
sahaja. Oh, aku tahu aku akan dapat poskad dari Miss L dan Sheela bila dia
jelajah Europe nanti. Wiewieett!
So, since aku tak dapat apa- apa hadiah dari orang
lain,dengan muka tak malunya aku buat la
hadiah buat aku sendiri. Tada!
Aku siap tempah awal- awal Buku Fixi, supaya buku tu sampai
masa Hari Jadi aku nanti. – Nampak tak tahap ketaksuban aku dengan hadiah? Tak
cukup lagi tuhhh, aku siap settle awal-awal kereta . cakap kat si dealer kereta
aku nak kereta tuh keluar pada 28 september – feeling Kimora Lee.
Akhirnya, segalanya berjaya. Seperti yang dirancangkanaku
Berjaya dapat 12 biji Novel dari Fixi buat bacaan dan Preve keluar la. Hehehe
yang penting aku pakai duit aku sendiri untuk beli.
TGIF –
Thank-God-Im-Fabulous.
Tada! nampak tak betapa besar bungkusan buku ku ini. Happy Birthday Raymelala!
Haa. ini lah isi segala isi kandungan dalam bungkusan besar ituuu. weiwieet! -over to the top.
Lupa nak mention, ini T-shirt x-bos aku bagi kat aku. sempena beliau melancong ke Indonesia. haha thanks bos! aku sorang dia bagi tuhhh!
akhirnya, keluar jugek kereta yang aku impikan. haha jemput naik!
Aku suka LED niii! cool. rawrrr!
Lupa, aku tak dapat cake tahun niiii!
Sunday, October 14, 2012
FIXI PECAH
Heh, sekali lagi aku dapat buku yang limited edition.
Tada! Aku sempat rembat HARD COVER
novel PECAH. Thanx abg Bonsai merangkap penulis Pecah kerana sudi booking buku tersebut untuk aku.
Siap dapat 2 nashkah tuh. Haha satu aku bagi kat seorang sahabat, sebagai
kenang- kenangan.
Sebenarnya sudah lama sudah aku nak
memberi secalit komen pada buku yang bakal difilemkan diterjemahkan dalam bentuk filem oleh anak
syarikat Grand Brilliance ini.
Sebenarnya kalau kita baca tajuk
pun kita tahu bahawa buku ini bukan novel cinta. Bila aku dapat tahu bahawa abg
Bonsai a.k.a Khairulnizam Bakeri bakal mengeluarkan novel memang seperti yang
aku dijangka bahawa novel beliau nanti banyak bermain dengan plot dan ending
cerita selain daripada menekankan aspek keindahan bahasa. Ahh, sesiapa pun
pasti akan menjangkakan perkara yang sama bagi sesiapa yang sentiasa mengikut
tiap entri yang ditulis di blog Salah Taip milik beliau.
Sebagai seorang pembaca, sejujurnya
buku ini sesuai dibaca oleh golongan yang ingin mendalami uniknya Bahasa
Malaysia. Apa yang jelas, banyak perkataan – perkataan yang jarang digunapakai
oleh penulis-penulis lain (mungkin). Disini juga, kita juga boleh menikmati
keindahan bahasa yang beritma sehingga ianya boleh menyebabkan kalian tersenyum
sendirian (terbukti).
PECAH yang bakal ditayangkan pada
awal tahun 2013 ini memiliki plot cerita yang cukup menarik, sehinggakan kita akan tertanya-tanya kenapa si peguam
(Herman) menjadi pencuri tapi untuk tujuan kebaikkan (menangkap pesalah yang
sebenar). Kalau nak tahu lebih lanjut, wajiblah beli ya.
Memandangkan filem ini dalam proses
pembikinan filemnya, maka tergerak untuk aku stalk siapakah barisan pelakon
yang bakal membintangi filem PECAH ni. Haha, best! Yang pasti ada Fiz Fairuz –
pelakon pujaan ever after. Hahaha jujurnya aku tak sabar tengok filem ini.
Jauh disudut hati aku berharap abg
Bonsai akan mengeluarkan sebuah novel cinta pula. Teringin hendak baca ayat
romantic yang beritma seksi. Haha
Salam.
ok,aku tak tahu macam mana nak rotate gambar ni. =.="
RIP DATUK
Dulu, masa kami se-sepupu masih kecil, datuk suka nyanyikan
satu lagu buat kami. Datuk sudah pergi meninggalkan kami. Hampir 8 tahun. Rasa baru semalam aku menguburkn mayat datuk. Bila aku rindukan datuk, aku akan nyanyikan
lagu tu dalam hati. Tapi tak sepenuhnya la. Ada certain lirik yang aku lupa.
Ini lirik nya:
Aku bisi ninga,
Orang begau malam tadik,
Baka rauh munyi nyawa,
Ngumbai pangan dirik jai,
…….dah tak ingat dah.
Haha
Tapi, apa yang pasti lagu tu ada sebut nama sepupu aku yang
sorang ni, yakni si Junny. Dia memang selalu puji Junny. Anehnya kami se-sepupu
yang lain tak pernah kisah atau mempersoalkan semua itu. Aku rindu saat datuk memanjakan aku. Ahh! Betapa aku
rindukan masa itu. :)
Datuk, semoga engkau mendoakan segala kejayaan dan
kesihatan kami semua.
RIP TUAI RUMAH AMAN ANAK GINCHANG
exam! akik, wish me luck. doakan si penjaga peperiksaan tak nampak toyol aku bawak. kbai. =.=''
Thursday, September 27, 2012
Betul Sangkaan Ku.
Dulu aku ada cerita tentang seorang budak yang aku suka cara dia berfikir. Sekarang terbukti, dia punya kelebihan pemikiran amat tinggi logiknya. :
Jika burung terkurung kerana sangkar manusia terkurung kerana peraturan.Manusia akan lurus macam pembaris,taat seperti kompas kepada utara,ikut telunjuk jari yang menuding tanpa membantah hanya kerana takutkan peraturan.Perlukah itu semua,mengapa kebebasan kita disekat.Mengapa perlu adanya hukuman,gari ditangan dan perlukah sebutir peluru menembusi tubuh yang mengandungi darah yang sama merah seperti darahmu atau perlukah tali itu meragut setiap nyawa yang sama bernafas seperti caramu."perlu kerana mereka melanggar peraturan,setiap perbuatan yang melanggar peraturan adalah salah",inilah kata-kata pembaris dan kompas peraturan.Jika kekerasan ini yang digunakan untuk menegakkan peraturan,maka ketahuilah bahawa kekerasan ini juga yang akan memerangi peraturan.Dan jika kekerasan ini yang dinamakan peraturan,aku lebih rela menentangnya daripada tunduk kepadanya.Kerana perwira dahulu pun menentang peraturan yang pernah dicipta dan kini ianya merupakan sejarah yang amat berharga,sehingga kini kita masih mempelajari dan darinya kita telah mencapai kemerdekaan...jadi aku katakan..."fucking rules"...FROM....PP5&OGE&OBE.. ...529/2619/ 12...I******@B***S*T***2012. - TOMMY AMIE.
Orang mengatakan"genggam bara api biar sampai menjadi arang",bukankah ianya satu tindakan yang bahaya dan akan menyakitkan tanganmu...tiada apa-apa faedah pun yang kamu dapat kalau kamu berbuat demikian...malah kamu sendiri yang akan mendapat sakit atas perbuatan kamu itu...bukankah lebih baik jika kamu"padam bara api sebelum menggegamnya",ini lebih baik kerana tubuhmu tidak tercela dan bara yang telah menjadi arang boleh kamu gunakan untuk kemudian hari...malah kamu mendapat faedah darinya...ingat jangan membuat sesuatu yang memudaratkan diri sendiri...tetapi buatlah sesuatu itu seperti kamu membuat diri kamu sendiri....THE END....FROM...one green&blind eye/kebebasan... -TOMMY AMIE
Dia class mate aku dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Masih teringat ketika dia di hukum cikgu Manibalan masuk dalam tong sampah ketika kelas Ekonomi Asas. Dia tidak melawan. I love his style.
Jika burung terkurung kerana sangkar manusia terkurung kerana peraturan.Manusia akan lurus macam pembaris,taat seperti kompas kepada utara,ikut telunjuk jari yang menuding tanpa membantah hanya kerana takutkan peraturan.Perlukah itu semua,mengapa kebebasan kita disekat.Mengapa perlu adanya hukuman,gari ditangan dan perlukah sebutir peluru menembusi tubuh yang mengandungi darah yang sama merah seperti darahmu atau perlukah tali itu meragut setiap nyawa yang sama bernafas seperti caramu."perlu kerana mereka melanggar peraturan,setiap perbuatan yang melanggar peraturan adalah salah",inilah kata-kata pembaris dan kompas peraturan.Jika kekerasan ini yang digunakan untuk menegakkan peraturan,maka ketahuilah bahawa kekerasan ini juga yang akan memerangi peraturan.Dan jika kekerasan ini yang dinamakan peraturan,aku lebih rela menentangnya daripada tunduk kepadanya.Kerana perwira dahulu pun menentang peraturan yang pernah dicipta dan kini ianya merupakan sejarah yang amat berharga,sehingga kini kita masih mempelajari dan darinya kita telah mencapai kemerdekaan...jadi aku katakan..."fucking rules"...FROM....PP5&OGE&OBE..
Orang mengatakan"genggam bara api biar sampai menjadi arang",bukankah ianya satu tindakan yang bahaya dan akan menyakitkan tanganmu...tiada apa-apa faedah pun yang kamu dapat kalau kamu berbuat demikian...malah kamu sendiri yang akan mendapat sakit atas perbuatan kamu itu...bukankah lebih baik jika kamu"padam bara api sebelum menggegamnya",ini lebih baik kerana tubuhmu tidak tercela dan bara yang telah menjadi arang boleh kamu gunakan untuk kemudian hari...malah kamu mendapat faedah darinya...ingat jangan membuat sesuatu yang memudaratkan diri sendiri...tetapi buatlah sesuatu itu seperti kamu membuat diri kamu sendiri....THE END....FROM...one green&blind eye/kebebasan... -TOMMY AMIE
Dia class mate aku dari tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Masih teringat ketika dia di hukum cikgu Manibalan masuk dalam tong sampah ketika kelas Ekonomi Asas. Dia tidak melawan. I love his style.
Aku copy paste dari dia punya Facebook Status.
Tuesday, September 25, 2012
SEMI – MENTAL
Akhir – akhir ini, aku acapkali aku bercakap bersendirian.
Aku harap aku tak gila. Haha bukan apa, banyak perkara yang aku perlu ingat.
Dengan menyebut, aku akan mudah mengingatinya.
Ini method yang baru
praktikkan untuk mengatasi masalah pelupa aku yang agak kronik. Kalau tulis….
Pengsanla aku nak kena bawa nota dan pen kemana – mana.
Tak apa, ikut mana suka la. As soon as dapat ingat apa perlu
di lakukan seterusnya, aku rasa tak ada
masalah. J
FIXI - LICIK
(entri ini ditulis bersama alunan merdu suara Adele – Album 19)
Bersempena dengan perasmian laptop baru yang aku beli, aku
ingin canangkan bahawa ini merupakan entri pertama yang ada dalam computer riba
aku. Untuk itu, aku ingin mengulas sedikit sebanyak novel yang aku baca
sekarang ni.
Memandangkan aku sudah kehabisan buku baru untuk dibaca,
jangan hairan andai aku mengulang semula buku yang aku sudah baca.
Perkara yang
sama terjadi kepada sebuah buku keluaran Fixi ni.
Yang aku maksudkan ialah,
Licik karya Sham Hasim dan Julie Anne.Seperti buku – buku Fixi lain, Licik juga tidak menekankan
persoalan cinta tahap cinta-kahwin-cerai-madu-setia seperti buku – buku
keluaran Alaf 21 yang sudah menjadi
darah dalam kerangka syarikat penulisan yang boleh dikatakan gergasi tersebut.
Buku ini mengisahkan……blablabla (baca sipnosis) . Apa yang
ingin aku ketengahkan dalam buku ini adaah soal kelebihan yang ada pada buku
ini (ingat, aku bukan promoter nak promote buku ini. Sekadar memberi pandangan).
Antara bahagian yang menarik dalam buku ini adalah :
1.
Saat Sadik dan Fira menipu beberapa orang kaya
yang mudah terpengaruh dengan kecantikkan wanita dan harta.
2.
Fira telah ditipu oleh Sadik, sehingga
memberikan wakeup call buat mira yang
tengah hanyut dengan belaian cinta – licik si Sadik.
3.
Siri keberanian penulis mengetengahkan bahasa
Iban dalam novel Bahasa Melayu. so proud : )
Aku tak pasti sebenarnya, kalau aku baca buku ini aku mesti
akan teringatkan salah sebuah buku Fixi – PECAH. Mungkin konsep kedua- novel
ini menengahkan konsep penipuan. Mungkin.
Apa – apa pun, skala yang aku boleh bagi kat buku ini ialah
6/10.Sebagai pembaca dan peminat buku Fixi, semoga terus kekalkan
kualiti novel kalian.
Sekian.
p/s: double check spelling dalam novel ya !
Tuesday, September 4, 2012
Bad Planner
Jangan plan. Nanti tak menjadi.
Ohhh! Itu memang terjadi pada aku. So, tak payah nak serabutkan kepala yang sedia berserabut. Biar semuanya terjadi secara surprise. (daaa....!)
Ahh, cakap sahaja kau tak pandai planning. glup!
p/s - Badan lembab menyebabkan otak jadi lembab juga.
Ohhh! Itu memang terjadi pada aku. So, tak payah nak serabutkan kepala yang sedia berserabut. Biar semuanya terjadi secara surprise. (daaa....!)
Ahh, cakap sahaja kau tak pandai planning. glup!
p/s - Badan lembab menyebabkan otak jadi lembab juga.
Thursday, June 21, 2012
Keluh Kesal.
Maafkan aku.
Untuk yang kesekian kali. Aku tak akan lakukan nya lagi. Tapi bukan hak awak tuk memomokan cerita. Kerana 'kita sama'. Terima kasih kerana memberi ruang untuk mengenali kau. Aku amat hargai nya.
Jauh di sudut hati aku tersenyum. Syukur. Walau apa cara sekalipun Tuhan menguji, hikmah nya tetap ada. Maafkan aku sekali lagi.
Belum tiba masa nya untuk giliran aku bercerita dengan teman setia. Cerita kita.
Milik bersama.
Terima Kasih
Pindah.
Oh, tak lama lagi aku akan pindah rumah. Gigih packing barang. Semoga ditemukan tempat yang selesa tanpa sebarang gangguan yang acap kali merintih di jam 0326 .
Sesungguhnya aku sangat takut.
Adakalanya aku perlu percaya pada benda sebegini. Ibu selalu berpesan, banyakkan berdoa.
Di belakang sekadar bunyi.
rintih...
rintihh..
ri..nt..ih......Tuesday, June 19, 2012
Fasa Perubahan
Kini, aku
perlu terima hakikat yang aku sudah dewasa. Sekalipun pemikiran tidak pernah sematang – matang manusia,
aku tetap berusaha untuk memikir seadil – se-relevan mungkin. Melihat kehadapan
apa perlu dilakukan, terutamanya mengalas tanggungjawab sebagai anak sulung.
Sebenarnya aku
masih rindu zaman belajar, zaman-feeling-cute/hensem (motip highlight) or do something cheeky. Sekarang rasanya tak sesuai kot. Dah besar
dah. I dah dewasa. Wah! :)
Sekarang masa
untuk aku capai apa yang aku impikan pada zaman sekolah.
1. Melancong ke luar Negara.
2. Ada rumah, kereta sendiri.
3. Dan bantu ibu dan ayah. Jaga mereka
sebaik mungkin.
Doakan aku
dapat mencapai apa yang aku impikan. Semoga Tuhan Maha Pemurah memudahkan segalanya.
Amin.
p/s - walau aku cakap aku perlu berubah dewasa, aku
tetap minat Super Junior. Sekian. Argue? Fuck off.
Sunday, June 17, 2012
Selamatkan Rohingya
Ku dengar, di barat Myanmar rancak bergolak pembersihan etnik. Tuhanku, kau selamatkan sahabat - sahabat aku di sana.
Masyarakat Rohingya berlari kesana - kemari untuk menyelamatkan nyawa masing - masing. bukan sekadar nyawa yang mereka ingin selamatkan. Maruah, bangsa dan agama mereka papah.
Buat teman berbangsa Islam, turutkanlah melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan mereka. Badan - badan dunia, bertindaklah segera. Kasihinilah dan bantulah mereka untuk mendapatkan hak asasi mereka.
Berlari ke negara lain, mereka tidak di terima. Bangladesh, berikanlah mereka sedikit ruang untuk mereka hidupkan nyawa. Bukan menyeksa mereka membabi buta. Mereka manusia bernyawa seperti anda juga.
Rejim Burma, berhentilah bersikap durjana terhadap mereka. Sayangilah saudara senegara anda.
Dari jauh, pnjatkan doa untuk mereka.
Amin.
Wednesday, April 25, 2012
Sesak Nafas
1.
Sebenarnya, blog ini perlu
diberikan nafas baru. Terlalu jauh jeda
masa aku lakukan untuk membuat satu – satu entri. Walhal, kalau aku hantar satu
– satu entri, tak lah semeletop mana. Boo! Banyak sangat perkara yang ini aku
ceritakan sebenarnya. Terlalu banyak. Cuma aku yang malas untuk mengemaskini
apa yang berlaku. *rolling eye*
2.
Ahh! Mie, tak perlu kau
merintih sedemikian rupa. Bukannya ada pun yang akan membaca blog kau. Jangan
nak berangan sangat la. YOU are NOTHING!
3.
Tidak menggapa. Tidak ada apa
yang perlu dirisaukan. Aku berhak untuk meluahkan apa sahaja. Ini blog aku.
Yang tak minat, rasa menyesakkan ; Please, jangan paksa diri untuk membenci.
Keluar dari atmosfera aku dengan keadaan yang aman. Terima kasih.
4.
Bergerak pada kapasiti yang
lembab dan rangkaian internet yang tidak mengizinkan membuatkan aku tidak tahu,
bagaimana saya hendak menghidupkan kembali blog ini. Ya, aku sendiri perlu
untuk mengakui bahawa blog ini semakin membosankan. Layout baru. (ukuran bosan saya ialah saya sendiri sudah
muak tengok blog sendiri)
5.
Biarlah dulu. Kalau aku sudah
dipindahkan kerja ke tempat yang lebih selesa nanti aku akan lebih banyak post
entri kat sini. (sedapkan hati sendiri)
p/s - suara itu. suara itu. satu badi.
Thursday, February 16, 2012
Permulaan 2012
1. Kiranya nota julung kali untuk tahun 2012. Bulan ke dua ye.-------> perasan tak dengan sindiran ni? Haha aku tak malas. *cover line* . Beberapa perkara yang perlu untuk saya kongsi berkenaan dengan permulaan tahun baru ini.
2. Kalau boleh, saya nak jadikan permulaan ini sebagai gambaran awal kepada apa yang akan berlaku pada tahun ini . Rumusan yang dapat di buat setakat ini : tidak mengembirakan aku. So far.
i. Kerja
- pembukaan tahun 2012 ini Ladang aku mula mengeluarkan hasil. Peringkat pertama ini masih dipanggil scout harvesting. Maknanya, segala keuntungan masih tidak dimasukkan ke dalam keuntungan syarikat secara keseluruhannya. Jadi, penggunaan wang dari keuntungan hasil kelapa sawit boleh digunakan untuk menyengelarakan kerja2 maintenance. Jimat la budget untuk tahun ini.
- tahun 2012 ini juga menyaksikan 2 daripada 4 orang staff saya ditendang keluar dari syarikat. Reason? + ve dadah. Perkara ini sekali gus akan memberikan implikasi kepada aku . Mereka di bawah jagaan aku. Sedikit terkilan. Soalnya, terma peribadi sudah bercampur aduk. Tak faham? Lu pikir la sendiri.
ii. Hal - hal peribadi
- life, macam biasa . SUCK! Unless kalau aku balik jumpa kawan di Kch. Or balik kampung. Sangat bosan. Tak ada idea nak interpret cam mana. Untuk mengubat hati yang lara, aku beli buku. Buku Fixi lengkap dah semua koleksi. Setiap bulan aku beli buku. Kalau aku bosan baca buku, aku bertweet, aku surf tenet yang lembab macam Kerajaan Malaysia. Oh! What a life.
- oh ya! Aku sudah buat passport. Hurm, nak pergi mana aku tak pasti. -mute-
- aku tengah kumpul duit buat rumah. Kawan lain sibuk nak beli kereta, aku sibuk nak buat rumah. Hahaha tak apa. Aku kan insan luar biasa.
- single? Yesssssss! Aku masih single. * pergi mampus yang feeling aku promote diri* haha aku dah tak kisah soal berpacaran ni. Bila imbas kembali kisah dulu, aku, betapa aku bazirkan masa aku. Daripada aku sibuk kumpul jumlah pasangan, baik aku sibuk kumpul harta. Haha aku kan luar biasa?
- Kalau ada jodoh, adalah tuh. * bunuh diri*
P/s :- Finally. Blog ini bukan blog inspirasi, blog ini juga tidak menjana pendapatan engkau. Kbai.
2. Kalau boleh, saya nak jadikan permulaan ini sebagai gambaran awal kepada apa yang akan berlaku pada tahun ini . Rumusan yang dapat di buat setakat ini : tidak mengembirakan aku. So far.
i. Kerja
- pembukaan tahun 2012 ini Ladang aku mula mengeluarkan hasil. Peringkat pertama ini masih dipanggil scout harvesting. Maknanya, segala keuntungan masih tidak dimasukkan ke dalam keuntungan syarikat secara keseluruhannya. Jadi, penggunaan wang dari keuntungan hasil kelapa sawit boleh digunakan untuk menyengelarakan kerja2 maintenance. Jimat la budget untuk tahun ini.
- tahun 2012 ini juga menyaksikan 2 daripada 4 orang staff saya ditendang keluar dari syarikat. Reason? + ve dadah. Perkara ini sekali gus akan memberikan implikasi kepada aku . Mereka di bawah jagaan aku. Sedikit terkilan. Soalnya, terma peribadi sudah bercampur aduk. Tak faham? Lu pikir la sendiri.
ii. Hal - hal peribadi
- life, macam biasa . SUCK! Unless kalau aku balik jumpa kawan di Kch. Or balik kampung. Sangat bosan. Tak ada idea nak interpret cam mana. Untuk mengubat hati yang lara, aku beli buku. Buku Fixi lengkap dah semua koleksi. Setiap bulan aku beli buku. Kalau aku bosan baca buku, aku bertweet, aku surf tenet yang lembab macam Kerajaan Malaysia. Oh! What a life.
- oh ya! Aku sudah buat passport. Hurm, nak pergi mana aku tak pasti. -mute-
- aku tengah kumpul duit buat rumah. Kawan lain sibuk nak beli kereta, aku sibuk nak buat rumah. Hahaha tak apa. Aku kan insan luar biasa.
- single? Yesssssss! Aku masih single. * pergi mampus yang feeling aku promote diri* haha aku dah tak kisah soal berpacaran ni. Bila imbas kembali kisah dulu, aku, betapa aku bazirkan masa aku. Daripada aku sibuk kumpul jumlah pasangan, baik aku sibuk kumpul harta. Haha aku kan luar biasa?
- Kalau ada jodoh, adalah tuh. * bunuh diri*
P/s :- Finally. Blog ini bukan blog inspirasi, blog ini juga tidak menjana pendapatan engkau. Kbai.
Monday, January 2, 2012
ERECTION!!! VICTORY!!!
1. Oh! Sedar tak sedar, sudah 3 entri aku post untuk kali ini. Bongga siot (^_^) Ã (kpop sangat kan? ). Sebelum entri ini di tulis dengan lebih panjang lagi, molek kiranya aku ucapkan sekalung aprisiasi buat teman yang taja laptop untuk aku terus gigih menulis entri blog ni. Thanx bro. Nanti aku belanja makan. I know, u love sangat makan.
2. Entri kali ini, ringkas.
3. Aku ingin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih buat Pasukan Debat UiTM Sarawak kerana memenangi pertandingan Debat Piala Naib Canselor yang bertempat di UiTM Shah Alam. Tahniah! Kiranya kali ini merupakan kejayaan paling cemerlang buat UiTM Sarawak.
4. Bagi Kategori Bahasa Inggeris juga berjaya meloloskan diri ke peringkat akhir. Untuk Pidato, kedua – dua Kategori juga berjaya masuk ke peringkat akhir. Oh, cukup manis.
5. Buat Iee, Iem dan Friz , tahniah! Saya yang jauh ini tumpang gembira dengan kejayaan kalian. Itu yang kita sangat impi – impikan selama ini. Sesungguhnya aku sangat terharu (kesat air mata ). Sekalipun aku sekadar mendapat update dari panggilan telefon. Oh! Sangat bermakna.
6. Buat Miss Leela, ini merupakan hadiah yang paling manis buat beliau. Terima kasih miss L. banyak sangat kemajuan yang telah di buat. Hasil dari sentuhan anda. #happyending.
7. Sehari selepas mengetahui kejayaan Pasukan Debat UiTM Sarawak, sekali lagi aku mengalirkan air mata. Bila aku flash back apa yang berlaku, jerih pedih tawa ceria, hidup mati ahli kelab debat. Aku berasa sangat bangga, aku sebahagian daripada sketsa itu.
8. Air mata ini semakin laju mengalir, bila mengenangkan apa yang akan terjadi pada masa depan. Ya Tuhan ku, mampukah mereka menghadapi cabaran hari esok tanpa seorang pemimpin yang berkaliber seperti Miss L?
9. Tetapi, tidak pula untuk aku menafikan kekuatan dan kemampuan adik – adik. Tidak sama sekali. Cuma terkadang, terdetik dan akan terasa kekosongan, tempat bergantung dan kekangan yang tidak pernah kita jangka. Oh! Adik - adik sekalian, tabahlah.
10. Jauh di sudut hati, aku berasa sangat rindu untuk mendampingi mereka dengan lebih rapat. Sama seperti dahulu. Mereka cinta mati ku.
11. Life must go on. Bye! I love all o you kids!
p/s – tika sekarang, rasa sebak itu kekal ada. Sob. Sob. Sob..... uwaaaaa!
ENTRI GERSANG SKALA 7
1. Oh! Berkesempatan menjengah internet, ada baiknya untuk aku menaip seberapa banyak entri yang aku suka sebagai back-up entri yang aku tak pernah update selama ini. Bukan apa, jarang sangat jumpa internet, semenjak berkerja sebagai Peladang Gagah (kata abang Zarul) ni.
2. Kenyalang Debate Open 2011, inilah yang aku ingin catitan. Ya, sedikit lewat untuk aku menulis entri berkaitan dengan KDO2011 ni. Sebab, tak ada internet. kalau ada pun paling laju pun GPRS. Pukimak kan? *angguk kepala* #nuya.
3. Syabas buat Unit Debat UiTM cawangan Samarahan atas kejayaan menganjurkan satu pertandingan peringkat world varsity. Satu kemajuan yang sangat memberansangkan, jika di bandingkan pada kali pertama KDO dianjurkan. Terima kasih buat university yang hadir bagi menyokong aktiviti kami (kami?) . Terutamanya yang dari luar Negara. Gigih uol kan ? gitu.
4. Tahniah juga buat pasukan UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS atas kemenangan. Tambah manis apabila kemenangan tersebut diapit dengan Johan Liga. Tahniah juga buat yang menyokong KDO. Abg Zarul, abg Boonzai, Junny dan yang sewaktu dengan nya. Terima kasih tidak terhingga.
5. Tetapi, ucapan terima kasih yang paling bermakna adalah khas buat comitee yang bertungkus lumus berkerja siang dan malam bagi menjayakan program tersebut. Tanpa kalian, sememangnya KDO2011 tidak akan berjaya.
6. Buat Miss L, ini merupakan satu kejayaan paling manis buat anda. Tahun ini juga merupakan tahun yang paling manis buat kelab Debat UiTM samarahan. Tanpa Miss L, siapalah Kelab Debat UiTM Samarahan. I mean it.
7. Selaku pemerhati (over mak ayam!) , sepanjang perjalanan program ini, aku sangat berpuas hati dengan kelancaran aktiviti ini. Tipulah kalau tidak ada salah silap dan kurang. Tipu. Ada, tapi dalam keadaan yang boleh di maafkan.
8. Buat Pasukan Debat UiTM Samarahan yang bertanding, tahniah juga di ucapkan. Kalian telah menunjukkan kemajuan yang sangat memberansangkan. Sangat membanggakan. Kalian berdebat, kalian juga hadir sebagai komitee. Terharu.
9. Berjumpa dengan pelapis debat UiTM Samarahan, memberikan nafas baru buat saya. Lega. Terharu. Bangga. Terima kasih Miss L, terima kasih Iee. Kerana kalian banyak memberikan sumbangan dalam dunia debat ini. Kejayaan demi kejayaan yang kalian peroleh.
10. Dengan kesempatan i ni, mohon maaf andai kehadiran saya semasa berlansungnya KDO2011 sedikit sebanyak menganggu perjalanan aktiviti kalian. Terima kasih atas layanan kalian. Kalian semua sangat baik. J
11. Sekali lagi terima kasih.
P/s - post ini tahun lepas sebenarnya. Lewat, ( tak ada masa ). Pecut **
Subscribe to:
Posts (Atom)