Saturday, January 23, 2010

surat untuk sahabat...

khas tatapan sahabat yang jauh di mata, sentiasa di hati...

sahabat,

terlebih dahulu diri ini hulurkan salam perkhabaran buat sahabat nun jauh di seberang sana. di harap sihat hendak nya, terutama di samping teman - teman tersayang. diri ini, sihat walafiat . usah khuatir. sekadar sedikit batuk. tidak menggapa. sudah makan ubat tadi.
sebelum tangan ini lebih rancak lagi menaip surat berbentuk elektronik ini, mohon sedikit kemaafan andai kehadiran surat ini mengganggu kehidupan sahabat di sana. almaklumlah.. semua orang sibuk.

sahabat,
hadir nya surat ini, tidak lah penting hajat yang ingin disampaikan, sekadar hendak mengirimkan khabar berita diri ini, andai sahabat tertanya - tanya (boleh kah begitu??). sebenar nya...banyak perubahan yang tidak pernah di fikirkan oleh diri ini terjadi. contoh nya, sahabat sendiri pun tahu bahawa diri ini amat bergantung harap dengan kawan sekitar.. sentiasa mengingat kan sahabat agar mengingati diri ini jangan terleka. sama ada dari aspek pembelajaran, peribadi mahupun kehidupan harian di gedung ilmu tercinta ini. sekarang, diri ini lebih suka menyendiri. nak kata untuk lebih berdikari ,.. tak juga. tidak tahu kenapa(masih memikirkan sebab). untuk pengetahuan sahabat juga... makan minum diri ini tidak pernah mengikut masa yang di tetapkan. kalau dahulu.. waktu pagi, tengahhari, ataupun malam. pasti ada masa yang telah di tetapkan untuk makan. sekarang tidak. pukul 4.00 am... andai terasa ingin makan, maka berbunyi lah kerangupan maggi sup ayam kegemaran. andai malas masak air panas...makan mentah sudah cukup. sahabat, inikah yang dikatakan hidup tak terurus? mungkin ya atau boleh jadi tidak.

sahabat,


dalam aspek debat pula, diri ini juga terasa amat kerdil. terlalu banyak mereka yang berbakat. di cawangan samarahan ini, pelajar baru mula menampakkan taring nya. bangga juga sebenar nya. setidak - tidak nya, mereka dah boleh berdebat dan ada juga pelapis . tidak seperti diri ini.. berapa turun mana - mana pertandingan, berada di pentas perdana belum lagi. yang ada pun .. hadir sebagai simpanan. sebenarnya , diri ini amat cemburu melihat piala - piala pendebat terbaik yang acap kali di julang oleh barisan pendebat yang tersohor bagi diri ni.. seperti, abg bonsai, abg amer (upm), abg mont, myer(mmu) dan sebagai nya... diri ini??bila lagi dapat menjulang piala seperti itu?? untuk mengubat hati ini, diri ini sekadar berbisik di dalam hati belum ada rezeki lagi remy. hurm..

sahabat,

satu perkara yang amat menganggu hidup diri ini.. soal hati dan perasaan(chewah). sahabat.. dahulu, tidak pernah terfikir untuk memulakan mana - mana perhubungan istimewa. malu sebenar nya. apa yang hendak di malukan entah. dewasa ini... semenjak Arau Open hari itu.. banyak yang membuat diri ini berdebar - debar. terutama nya melihat yang bermata sepet. sahabat tahu kan... citarasa diri ini.? bermata sepet. haha...jauh nya diri ini berangan. terkadang diri ini amat keliru. kenapa menyukai orang yang tidak menyukai kita? tidak menggapa. diri ini tetap menunggu. sahabat doakan... boleh? (sekadar bergurau). sekarang sahabat nak tahu tak apa lagu kegemaran diri ini? kiranya sahabat dengar lagu skipalong by lenka...itulah lagu pujaan diri ini . sangat menarik.

sahabat,


walau apapun yang terjadi...doakan agar diri ini habiskan masa ini untuk belajar. setidak - tidak nya mengenggam segulung ijazah. nasihatkan diri ini andai terlalai dan alpa. ajari diri ini untuk menjadi lebih dewasa. diri ini terlalu lemah. cuma ilmu yang dapat menyelamatkan diri ini.

sahabat,


kira nya ini sahaja nukilan yang mampu diri ini hasilkan. sekadar ingin menceritakan kepada sahabat..bagaimana kehidupan ini. jauh di lubuk hati diri ini mendoakan agar sahabat senantiasa mengingati diri ini. maaflah andai bahasa yang di gunakan ini tidak teratur. susunan ayat agak berterabur. bukan sebab sudah lama tidak menulis surat, mungkin fikiran ini yang sentiasa tidak teratur...(macam mana tu?) haha..nanti diri ini fikirkan lagi,.
akhir sekali... sambut lah salam sayang dan rindu dari diri ini.
rindu. semoga jumpa lagi ya!

Saturday, January 16, 2010

sahabat blog dan ekspresi

semalam aku terbaca blog sahabat yang agak baru aku kenal. memang aku selalu baca blog dia. tak tau kenapa slalu sangat baca blog dia. mungkin aku nie jenis yang penyibuk, busybody dan sebagai nya... lantak korang lah nak labelkan aku apa. korang ada hak. sebagaimana aku labelkan orang lain. adilkan? jawapan nya ; YA.





kembali lagi.. biasa nya aku baca blog orang pasti nya muka aku akan penuh dengan ekspresi. contoh nya kalau entri someone tuh berbentuk metafora, aku akan berkerut2 sambil aku cuba mentafsir apa yang ingin di sampaikan oleh si blogger itu. pernah juga hati aku meruntun pilu andai madah dan wording yang di gunakan oleh seseorang tuh bertepatan dengan suasana sedih.mereka main sentimen. kekadang kalau sentimen itu ting tong sedikit, aku slalu garu kepala. boink dengan apa yang ingin di sampai kan. haha.
blog sahabat yang bernama xoxo(bukan nama sebenar) cukup biasa. tak ada apa yang menarik. sama ada dari segi penulisan nya atau pun sebagai nya. xoxo kebanyakan entri yang di sampai kan adalah berkaitan dengan kehidupan dia. pun begitu, ada satu entri yang terkini xoxo membuatkan aku rasa panas, tak tenang, muka aku jadi merah... tak tau situasi aku pada masa itu dalam kategori apa. nak kata marah , tidak juga. sedih? tak juga. ntah Apakah itu. hati ku seakan bergolak - golak. membuak ingin memuntahkan sesuatu yang terbuku di hati. telinga ku pula seakan - akan berdesing. tak tau kenapa. aku cuba untuk bertenang.( kenapa nie remy? tanya hati ku.)
aku seakan akan...... entah.. tak tahu macam mana nak describe. haha. lawak kan?
pun begitu.. jauh di sudut hati aku berdoa agar blog aku juga selalu di lawati oleh dia. (tingtongkan?)terima kasih kepada penulis blog itu kerana mampu membuatkan perasaan aku amat lain dari biasa setelah membaca nya. jauh di sudut hati aku bangga. haha. kenapa?? entah.
biarkan semuanya berlalu. di harap si blogger itu mampu membuat entri yang lebih menarik dan mengembirakan hati aku yang tengah lara ini. haha..


p/s - aku amat menghargai blog sahabat itu sebenar nya. setidak - tidak nya aku tahu apa yang terjadi pada dia di sana. (beautiful nightmare~)

Thursday, January 14, 2010

aku, sekkitar nya...

hi. gigih kan aku? pepagi dah bangun semata - mata nak update blog. (tepuk2 + puji)
erm..
sumone ; en remy, assignment dah siap??
mr. rayme ; tengah nak siap.(konfiden tapi propa!!)

ntah la. semakin malas nak buat assignment. berusaha lah remy. STOP!

baik, kalau entri (entri kah?@gambar sajja??) sebelum ini banyak gambar, kali ini pun banyak gambar gak. hehe kenapa? ? - jangan tanya. semua jawapan di terima. haha
...................
.................
...........
remy nak tunjukkan gambar ceria bersama member ladang. outing sana - sini. sangat best!

konvoi merdeka 2007!!
5 buah kereta di guna kan.
destinasi pertama di SARIKIN. (sempadan indonesia dan sarawak.)
ke- 2 ; Gua angin.
ke - 3; Rumah Alex.(panggang memanggang)
ke - 4; tasik biru
ke - 5; panggung wayang .
(hahaha...konvoi kah ini?? )

sam - rayme - (lut + lina)
sam ; kite kacau daun la... hahahaha miss dis moment!


di gua angin , BAU sarawak. baru balik dari serikin. Alex yang sponsor makanan. thanx Alexious Bethrol yang comel!



rayme - cece - ima - fadillah - irman(nampak chubby you...!!!) haha
tengok wayang bersama ...pengakhiran kepada konvoi merdeka!

seterus nya...
berkelah di pantai pandan.
(berkelah kah??) haha

pernah d pos entri nie dulu.. tapi tak ape lah. tulis lagi. harap2 dapat berkat!

irman di kuburkan. ini lah geng-remy sepanjang semester nie. yang tinggal ?? aku sorang. huh! ;-(


miss dis moment. tanda protes futsal ladang.(ingat x?)

cuba teka siapa nie?? hehe
.........
....
.......
seterus nya . makan laksa masakan irman dan remy.(perempuan makan, laki2 masak.

kenjet ima n tasha!


rayme-marjory - fio(kuat mak*&)



nikmat nya. irman makan dgn lahap.. hhahaha

seterus nya....
hehe.. ini lah aktiviti yang paling banyak meninggal kan kesan yang amat mendalam buat diri ku. hakikat yang perlu kita telan, dalam diam aku menitis kan air mata ketika ini. sebab nya?? aku tak tahu kenapa...

majlis makan malam
sedikit gambar di kongsikan bersama.


cece-fio-lut-man-deb-mar-suzie
diantara yang drag time tuh.. letop uols!!



fio!!- kali makan. banyak kenangan melucukan bersama budak nie.. haha dek kerana kuat makan.



fio - tasha-ima-rayme-marjory-ima
geng mencarut.(irman n julian akan hadir sebagai penenang..)



kalau dah duduk semeja, tanda nya apa??
mengumpat la alamat nya.. hahaha
sayang nya aku jadi emcee time nieh...!


itu lah dinner vouge yang terakhir kami bersama..
ada lagi... jum....
malam pra - graduan 2009


antara yang hadir(DPIM) hehe



rayme-man-marjory-fio-ima-dilah-tasha-julian
team UNACO & GREEN SHOP



man-rayme-julian
(punca blackout adalah mereka bertiga. bawak periuk dalam kolej)


ha... sekilas aktiviti yang membawa seribu satu makna dalam hidup remy. semoga kenangan ini dapat di abadikan bersama . buat anda semua. rindu sangat
I LOVE ALL OF YOU GUYS!!

plantation family... sekilas


hi... entri kali ini sengaja aku tujukan khas buat keluarga plantation. aktiviti bersama sahabat ladang... sukup manis. tiada bandingan nya.. i love uols!!mari berkongsi gambar bersama saya!

part 1- gunung gading SARAWAK

part 2 - family day di ladang. haha

tasha - rayme - deb


sedik - rayme
family day part 4 - taman Ranchan Serian- kami adalah penganjur pada masa itu. sangat menarik.


part 5 - taman negara Kubah Ria
- semasa membuat persembahan. tapi masih mabuk .sang!! kemaya kitai ngelangkau baru?? .. ah dow~


part 6??

- aku tak sertai.. sbb menghadiri konvensyen debat time tuh.. hohoho.
buat warga diploma pengurusan ladang.. terima kasih tak terhingga kerana menerima saya sebagai salah seorang dari anda. tanpa kalian siapa lah aku . buat pensyarah yang mengajar... budi baik anda takkan di lupakan..
TAMAT UNTUK FAMILY DAY.

mara ke aktiviti lain pula..
ha....nie ialah aktiviti yang di anjurkan oleh Diploma in science.
yakni, Pertandingan Debat Alam sekitar interfakulti.
buat pertama kali nya pasukan dari DPIM johan 3 tahun berturut - turut. haha
bangga aku.
nie gambar final..
usul; sungai kita ; lain dulu, lain sekarang.
kerajaan ; DPIM
pembangkang ; Diploma in Quantity survey.





bergambar bersama ketua program Diploma Pengurusan Ladang yakni, Mr. sulaiman bin man dan isteri tercinta, Puan Hasmah Mahyidin.
mereka berdua nie sangat mesra pelajar. tak hairan lah kalau rumah mereka sentiasa ada pelajar - pelajar.. hehehe
i love uols semua.


p/s - cuba korang teka berapa lama aku siap kan blog ini... siapa dapat meneka dengan tepat, dapat hadiah.

Monday, January 4, 2010

buat ; untuk apa?


hello reader!

happy new year again.and again! haha
erm...sebenar nya aku baru balik dari kelas Mr. Zayn. ya. kelas pertama aku. biasa saja perasaan. sekadar sedikit malu dengan pelajar junior.
sebelum itu, aku nak ucap terima kasih kepada pihak kolej UiTM cawangan samarahan. kerana BARU menyediakan perkhidmatan wireless di kolej( kampus lain dah lama dah. ) makna kata ,ianya lebih mudah untuk aku dating dengan pak cik Google nie.
(tak boleh buat alasan tak boleh update blog sekarang)
datang nya ilham untuk entri kali ini adalah semasa aku berjalan balik dari kelas G101. aku berjalan seorang.(saambil berkhayal)

erm... baik. sejajar dengan tajuk "buat: untuk apa?". korang semua perasan tak, untuk apa anda buat perkara yang anda sedang buat? ( berbelit x ayat nie?). erm... ada yang berkata untuk kebaikan diri sendiri. ada juga berkata untuk selamat kan diri dari terkena apa2 tindakkan orang yang berkuasa. pasti ada kan? tidak kurang juga untuk menyusah kan orang.( itu yang selalu di buat oleh remy)
kalau anda semua perasan perkara ini selalu kita abai kan. kenapa?
banyak anda sendiri ada jawapan nya.
di sini saya nak bagi beberapa contoh untuk membuktikan nya.


pertama.

semasa kita memandu, kita kena mengikut peraturan. tujuannya apa? untuk keselamatan kita. contohnya, penggunaan helmet dan tali pinggang keselamatan. ya. ianya dibuat untuk mengurangkan risiko kesan dari kemalangan. pun begitu, sayangnyaa, terdapat sesetengah pemandu memakai tali pinggang keledar adalah untuk mengelakkan diri dari kena saman. erm..cuba anda fikirkan sejenak, adakah kehadiran tali pinggang itu adalah di jadikan sebagai satu mekanisme untuk polis trafik menyaman kita? bukan kan.?. jadi kalau untuk keselamatan, kita. maka pakai lah tali pinggang keledar. tak kisah la sama ada polis trafik atau pun tidak.(akhirnya)



kedua

ini khas untuk insan yang masih bergelar pelajar.(termasuk aku) contoh kedua ini, isu assignment pula yang akan di bangkit kan. erm... pernah tak pensyarah anda yang garang memberikan assignment kepada anda? pernah kan?. baik. mungkin kerana kita terlalu takutkan pensyarah itu, maka kita kena buat assignment. sekali pun banyak. menggunakan apa cara sekali pun, contoh nya, copy and paste dari internet, edit font, ataupun yang lebih parah.. curi assignment rakan. tujuan assignment di berikan adalah untuk memastikan pelajar faham akan sesebuah topik yang di ajarkan. tidak kah ianya menjerat diri sendiri andai kita meniru assignment kawan? tidakkah ianya akan menjadikan kita lebih malas? jawapan nya ya.
benar. kita terlepas dari amarah pensyarah. benar carrymark besar. tapi pesoalan nya, adakah ianya akan menjawab kepada pemahaman kita pada satu2 subjek? tidak kira nya. ini (pandangan penulis semata) - belajar melalui pengelaman kata kan. - haha

berdasarkan 2 contoh mudah ini, jelas menunjukkan kita perlu buat apa yang kita patut buat. untuk kita. mungkin pembaca kali ini ada contoh yang lebih baik dan relevan untuk menggambarkan apa yang ingin di sampaikan. boleh lah di kongsikan bersama. haha

mungkin entri ini sekadar memenuhi carutan blog ini. sekadar tercetus di fikiran yang lembab macam aku. adios!

Friday, January 1, 2010

selamat tahun baru

welcome 2010.
haha.. lambat la remy wish.. tak apa. . pasti nya ramai yang hadir dengan azam baru. wajah baru. tema baru. dan sebagai nya.. whatever(^_^).
.......
........
..... seorang hamba Tuhan bertanya kepada ku..tentang azam baru ku. dan apa misi baru ku...
jawapan aku mudah sahaja.
aku tak ada azam baru.. sekadar meneruskan azam yang lama. ya..
apa azam ku? erm... nanti la kalau dah tercapai nanti aku ceritakan kepada anda semua. percayalah.
...........................
..........................
.......................
...................
..............
............
...........
....
..


dengan kesempatan ini.. aku mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ini. semoga tahun ini dapat memberikan kebahagiaan kepada kita semua.(remy kahwin!!) haha
semoga juga kita mendapat apa yang kita ingin kita kecapi selama ini.
kalau anda semua... mungkin anda mampu.. aku??? mampukah aku....? tahun makin berlalu.. semakin banyak yang perlu aku tempuhi. (lambat!!!!!!!!) erm.. aku memang lambat salam segala hal. tak tahu kenapa. (MALAS!!!!!!) mungkin~ siapa tahu.. haha.
SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA!!